Browse > Home

| Subcribe via RSS

Road to Final

November 5th, 2009 | No Comments | Posted in Yang Menarik

Seumur hidup aku tak pernah tengok Tok Guru se “cool” ini…..! Apa-apa pon Tok Guru sentiasa disayangi Orang Muda!

Okeh tiket sudah di beli…apa tnggu lagi “gomo kelate gomo!”

Rakyat Pencipta Sejarah

November 1st, 2009 | No Comments | Posted in Jentik Politik


LAPAN TIGA DUA KOSONG KOSONG LAPAN

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.

Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikait dan disangkutkan dengan beberapa susuk dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya – perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya – memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen. More »

Ucapan hari raya, yang tidak tipikal

September 19th, 2009 | No Comments | Posted in Daily craps, Yang Menarik

Aku cuba lari daripada tajuk  Tipikal hampir kesemua blog seperti “Selamat Hari Raya daripada <masukkan nama blog kau>.com”…okeh fine mungkin aku gagal…!

Apa-apa pun senarai pengampunan tahun ini sudah dikeluarkan. kepada rakan2 yang gagal namanya disenaraikan sila cuba lagi tahun depan, atau kau boleh mencuba semasa ulangtahun kelahiran aku nanti.

Terima kasih yang menghantar SMS, dan aku mintak maaf kerana tidak mengenali nombor kalian, hanpon baru kecurian beberapa hari menjelang lebaran.

Okeh, Tahun ini, seperti raya beberapa tahun lepas, aku tidak membuat apa-apa persiapan, raya aku cukup simple tp tidak se-horror tahun lepas. Baju melayu masih lagi warisan asal semasa aku menuntut di Sekolah Menengah 6 tahun lepas.

Apapun selamat hari raya, dan aku bertekad utk mengadakan operasi rampasan mercun tahun ini, apakes? anak buah umur 5 tahun sudah pandai main mercun bola. Aku rasa ini adalah kesan dasar kerajaan yang mengharamkan mercun sehingga anak2 kecil terpaksa tertanya2 apa itu mercun bola <—hek eleh yg ni pon nak salahkan kerajaan!!!

Okeh kad raya seperti ini..okeh fine, aku rembat dari facebook..selamat hari raya kawan2!!

kad raya

Majlis Iftar AIC, terima kasih sahabat yg hadir!

September 12th, 2009 | No Comments | Posted in Semasa, Yang Menarik

Majlis berbuka puasa AIC bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya diadakan dengan kehadiran hampir 200 orang tediri daripada Anak Muda, Pimpinan dan Mahasiswa dari beberapa Universiti tempatan. Sambutan daripada mahasiswa amat mengalakkan.

Iftar AIC 2009028

Seusai dengan itu, sesi perkenalan dan sembang santai memulakan acara tepat jam 6.15petang membicarakan tentang iklim politik  semasa dan perkembangan negara. Datuk Seri Anwar memetik keyakinan mengenai liberalisasi dan reform pemerintahan Indonesia yang dilakukan BJ Habibie dan membandingkan dengan Malaysia.

Sembang santai berterusan dengan soal jawab, sehingga waktu berbuka dengan menjamah kurma dan juadah ringan. Seterusnya sembahyang magrib diimamkan Datuk Seri Anwar sendiri, dan hadirin menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Disambung dengan sembahyang isyak dan terawih.

Seterusnya, Beliau memulakan Wacana yang cukup menyegarkan,  menekankan penghayatan ramadhan sebagai madrasah ruhiyyah, mengimbau gagasan yang ditinggal Ustaz Fadhil Noor dan pertemuan dengan Fathi Yakan di Riyadh dan Umar Telmasani di Kaherah, gagasan Al-Biruni dan Akbar.

Beliau memetik Armatyha Sen (Pemenang Nobel Ekonomi) dan beberapa Sarjana mengenai liberalisasi ekonomi yang menekankan perlaksanaan bersederhana, merupakan kunci “serampang dua mata” bagi menguruskan ekonomi semasa beliau menjawat Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Mengimbau bacaannya di Penjara mengenai makasid syariah, sejarah pertembungan dan pencerahan barat dan karya genius Shakespeare serta beberapa dialog Filasuf agung dunia.

Iftar AIC 2009093

Beliau juga menyentuh, Ronggo Warsito seorang pujangga besar Jawa dan karya hebatnya Serat Keladita menekankan puisi Jaman Edan.

Datuk Seri Anwar Menekankan tangungjawab Mahasiswa dan betapa perlunya Universiti tempatan mempunyai Barisan Profesor yang idealis dalam membentuk masa hadapan negara. Beliau membidas kebejatan golongan pendidik sekarang yang gentar akan seruan pemerintah.

Sesi berakhir dengan soal jawab oleh beberapa mahasiswa, beliau menekankan betapa peri pentingnya masa di kampus. Majlis bersurai tepat pukul 10.30 malam dengan jamuan ringan.

Pihak AIC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang turut serta dalam majlis yang diadakan. Ribuan terima kasih juga kepada Pihak Tuan Rumah dan Pejabat Datuk Seri yang menyelenggarakan makanan dan tempat dengan sempurna.

Koleksi terbaik foto sepanjang Ramadhan

September 11th, 2009 | No Comments | Posted in Fotografi, Yang Menarik

Boston Bigpicture menerbitkan koleksi gambar-gambar terbaik yang diambil oleh Fotographer Profesional dari Agensi Reuters/AP,  Potret yang penuh sentuhan  estetika dan menjelajah jiwa serta emosi Ramadhan. Sebagai contoh gambar seorang budak yang sedang tekun menunggu dan berdoa untuk berbuka di Masjid Karachi, Pakistan, sementara dikelilingi juadah.

r28_20097041

Bulan sabit penuh bersebelahan Mesjid Raja Hussein Bin Talal, di Jordan

r33_20100307

Sementara di Kasmir Masyarakatnya menunaikan sembahyang di kaki lima r22_20104691

dan secara peribadi aku amat tertarik dengan potret budak kecil yang memegang candy sambil membaca Al-Quran ini, sangat epik!

r17_20082797

Face of Ramadhan 2009