Dec 30
AZAM TAHUN BARU YANG HORROR!!!
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 30th, 2007| | 1 Comment »


Tahun baru??? setiap tahun perasaan tahun baru aku adalah sama sahaja dan tidak juga wujud banyak keterujaan dalam hidup apabila berakhirnya sesuatu tahun dan bermulanya tahun yang baru. Aku juga bukan jenis muda-mudi yang suka benar “enjoy” dan bersuka-ria Jantan dan Betina menyertai satu Pesta Sambutan/Konsert-konsert Tahun Baru bagaikan dunia tiada penghujungnya. Hati aku jugak bergitu sadis apabila melihat bebudak kecik kelas 3 Ribena yg masih di alam persekolahan memakai Kostum-kostum Hitam Gothic, SkinHead, Emo, Punk Nazi, Black Metal, memakan dan meminum darah kambing hitam beserta air kencing setan. Aku Ada juga beberapa kali terlihat secara Live di TV sambutan Tahun Baru, tetapi gua lebih teruja dengan “Pembaziran Tembakan Bunga Api” di ruang udara yang menggunakan duit rakyat, dengarnya satu-satu tembakan selama 30minit memakan belanja jutaan ringgit.Mungkin ini salah satu daripada budaya2 barat yg sudah perlahan2 meresap masuk???. Dan aku juga tidaklah bergitu “sivik” dengan mengadakan majlis2 khatam Al-Quran & Bacaan Yassin di malam Tahun baru, tapi aku rasa majlis2 sebergini lebih afdal dan diredhai, bukankah kamu pun berasa perasaan yang sama?? Jika bergitu rupa Tahniah kepada kamu. Aku juga tidaklah seperti orang lain dimana tiap2 tahun musti mengeluarkan satu azam(walopun sukar sekalipun) apa yg ada di dalam hati aku adalah harapan….Seorang insan yg mengharap gua rasa lebih afdal dari seorang yang berazam. Tahun 2007 bakal melabuhkan tirai tepat pukul 12 malam ini. Ayuh melayan serba sikit crap dari aku…..

Disini aku senaraikan antara harapan pada tahun 2008:

1) Turun Mengundi: 2008 merupakan tahun pertama aku untuk pergi membuang undi, aku sudah membuat pilihan yang ku rasa bakal memantapkan lagi sistem demokrasi yg lebih adil dan saksama di Malaysia ini. Tidak perlulah ku umumkan disini apa yg bakal ku undi. Apa yg aku harap kepada korang Rakyat2 Malaysia yg sudah layak megundi sila menjalankan tanggungjwab anda dan “Go To Hell!!!!” diucapkan kepada mereka2 yang sudah layak tetapi teragak-agak ntuk keluar mengundi.

2) Memiliki sebuah VCD “Pembalasan Rambu”: gua saspek VCD ni mengandungi cerita-cerita yang hebat dan mampu menghiburkan hati gua yg berduka-lara.Gua nekad ntuk memiliki VCD original setelah mendengar Review hebat dari En. Kumprinx. Thanks!!!

3) Menjadik Pembeli Pertama Burger Prosperity: Sudahkah korang melihat iklan yg banyak ditayangkan oleh McD berulang-kali?? tidak syak lagi Prosperity Burger merupakan “benda” yang aku tunggu setiap kali kemunculannya. Gua bersama Mail, Alel dan Kerol sudah nekad mahu bercamping di sekitar kawasan lapang Resturant McD area gua, supaya keesokan harinya gua akan meluru terus kedalam kedai dan gua yakin akan menjadik pelanggan pertama untuk merasainya Burger Prosperity pada taun 2008.

4) Berjumpa dengan James Gosling: orang ini merupakan ikon gua, pada bulan september 2006, gua sudah hampir sekali ntuk berjumpa dengannya, semasa JAVA Conference oleh Sun Microsystems kat KLCC dulu gua sudah2 hampir bertolak ke sana tapi di cancel saat akhir. damn it!!!!

5) Mencari sorang awek satu lg Graphic Card 8800GTS: tujuan utama ialah ntuk dikahwinkan dengan 88GTS gua yg sedia ada…so gua dapat setkan SLI dengan running 2 bijik Geforce 88series kat PC gua ni. Untuk memuaskan “nafsu-gajah gua” terhadap Games-games directx10 terbaru yang bakal muncul.

6) Mengukuhkan lagi sumber kewangan: gua rasa suma orang ada harapan sebergini, jadi gua xde reason ntuk cerita kat sini. Tanya diri korang sdiri kenapa??

7) Mengosok gigi kepada 5 kali sehari: Itu hari aku ada jumpa Dentist ntuk check gigi dan dia sound aku pasal condition gigi aku yg xberapa best. WTH?? aku dah amalkan & membuang masa 3 kali sehari ntuk mengosok gigi aku. Ini jugak antara tekad yg musti gua kotakan…yearrrghhhhh!!!

*edit sbb aku perlukan masa ntu dapatkan stat. yg tepat:
8) Mengurangkan penggunaan Plastik Bag: Jumlah statistik penggunaan plastik bag dalam hidup aku pada tahun 2007 adalah 89.786 bersamaan lebih kurang 1 plastik bag dalam masa 5 hari. Ntuk tahun 2008 aku mahu mengurangkan jumlah ini kepada bawah 50bag ntuk penggunaan 365hari aku hidup pada tahun 2008. Jom Bersama-sama kita menyokong SAY NO TO PLASTIC BAG CAMPAIGN dan selamatkan alam sekitar dari pencemaran plastik!!! yeahhh

Ini Pula antara harapan aku yg tidak mungkin tercapai pada tahun 2008 (aku yakin):

1) En. Sammy Vellu Meletak Jawatan: apa yg aku harapkan ialah terjadinya “Shocking of The Year” dimana Mr. SAmmy Vellu mengumumkan secara Live di RTM, TV3, “Ass”tro dan juga Siaran Berita seluruh Dunia tentang perletakan jawatannya. Aku sudah bosan lantas naik bengang dengan Sammy Vellu yg cakap berbelit-belit serta dengan bangganya tiap2 tahun mengumumkan kenaikan harga tol dan gentar skali(seolah-olah dia perfect) mempertahankan diri jika apa2 masalah melanda Kementeriannya. Jika perkara ini benar-benar berlaku, gua nekad ntuk turun ke Sungai Siput(Parlimen Sammy Vellu) bersama-sama Band Kompang kg gua beserta Perarakan Bunga Manggar untuk menyambutnya dan mengucapkan Tahniah atas keputusannya itu.

2)En. Bill Gates Meng”Open-Source”kan Windows: ini bukan lg “Shocking of The Year” malah boleh dikatakan “Shocking Of The Century” apabila En. Gates telah terpengaruh dengan falsafah2 GNU yg diasaskan oleh Richard Stallman (salah seorang ikon gua). “The code nowadays is all about a bussiness!!” terngiang-ngiang kata2 En. Bill Gates yg sungguh bongkak, dan gua yakin beliau akan terus menhisap darah manusia seluruh dunia pada tahun 2008.

3) Untuk melihat “Malam-malam Tahun Baru Yang Bebas Drpd Maksiat”: harapan ini adalah mustahil untuk aku merasainya. Gua yakin.

Dec 30
APABILA EN. GATES REKOMEN UBUNTU
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 30th, 2007| | 1 Comment »

Ini akan jadiknya….Btw if you want to get free Ubuntu CDs, you can get them at https://shipit.ubuntu.com/. ;)

Thanks Cyperhackz to make me laught so bad with this!!!!hahahahahhahh

Dec 30
BITCOMET MODDED.
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 30th, 2007| | No Comments »

Kepada penggemar/kutu-kutu torrent aku ada berita baik ntuk korang Bitcomet 0.66 Modded dah bersedia ntuk didownload thanks to Xtreme_Paranoid…kudos!!!! lepas ni xyah nak buat portforward2 lagi, tapi modded version xdapat jugak menyelesaikan masalah bandwidth shaping yg iklas di”provided” oleh TMNUT Screamyx…. aku dah try but a lil’ bit berat kalo korang running kat Laptop yg zaman pak kaduk(my suggestion Centrino duo or higher…trust me memang berat bitComet modded ni makan banyak CPU resource kat Task Manager)….Running kat PC baru aku xdak hal

Here the link…enjoy!!:

mediafire.com : download link
rapidshare.com : download link

Dec 28
UPDATE: DISK MONTAGE FROM GOOGLE VIDEO
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 28th, 2007| | No Comments »

Okeh ni update DISK montaj video terbaru upload kat google video…..

Montaj Annual Dinner july 2007 (bebudak Jaba yg organize):

Montaj FTMSK CyberGames 2005 (bebudak Daud yg Organize):

Kalo nak save video ni kat PC korang sila guna OrbitDownloader Click here!! ntuk download. then install kalo xtau mcmna nak guna tanya/discuss je kat sini.

*Stay coming back here & please leave ur comment to keep this blog alive, xde gunanya kalo korang x comment….wait for more vid. updates….!!!!!

Dec 26

Dalam beberapa hari lepas gua ada membelek-belek dan melakukan bedah siasat terhadap arkib buku-buku lama gua semasa study dulu (lama ke sampai jadik arkib??), dan gua terkejut beruk apabila masih terdapat lagi proposal-project Multimedia yang gua bikin masa semester 4 dulu, dalam situ jugak terdapat report yang kitorang buat, ni kira macam the making of laaa lebih kurang. Itu jam gua satu group bersama Sarjan dan John, dalam mencarik idea bernas tajuk apa yang patut dibikin gua secara rambang memilh untuk buat dokumentari pasal Pulau Pangkor kerana destinasinya yang cantek dan eksotik, banyak nilai sejarah classic, juga dapat skodeng melihat Pelancong Luar/Mat Salleh Mandi manda dan bersuka-ria serta tidak lupa jugak acara sampingan seperti mengusha awekkk. John & Sarjan dengan selamber(setelah digertak dgn sepucuk pistol di kepala) setuju sahaja dengan idea gua & memuji-muji idea gua yang bernas itu. Maka proses penyediaan bahan serta beg packing dibuat. Video Cam dapat dari PakSU, Kamera daripada Puaka, seluar pendek ,selipar, kasut, Stoking serta sedikit Meggi sumanya kami poww dari bebudak(hoh???)

Keterangan: Gambar ni xde kena mengena dgn Trip ni, time bersama Zuar, Apak, Lie, Puaka Bertaring, Aku dan Mal..ini mase 1st trip kitorang dulu, pergi secara marathon beramai-ramai

Okeh untuk Trip 2 hari 1 malam,

ini antara catatannya:

Hari Pertama(25/9/2006): Berkemas dan packing suma barang, John di pertanggunjawabkan dalam menguruskan suma hal ini. Gua & Sarjan pergi servis keta, suma gua tukar minyak hitam, spark plug, 4 tayar, penapis minyak hitam, coolant radiator, hampir sahaja gua mengarahkan apek kat workshop tu meng“overhould”kan sahaja enjin keta buruk gua, setelah dinasihat oleh Sarjan gua cancel saje niat itu. Waaahhhh semangat giler nak pegi Pangkor padahal jarak Pulau Pangkor dari UITM Sri Iskandar(kampus tempat gua blajar dulu) hanya 80KM sahaja(hoh??)

Fakta Menarik: Muka Apek Workshop itu same dengan David Teoh alaaa yang tokey Flem tuh?? Xkan x kenal kot.

Sampai saje di Kolej Gua & sarjan terkejut beruk apabila melihat John mengangkut suma Piggan Mangkuk, Periuk Belanga, serta Heather air untuk dibawa bersama. Gua Tanya Sarjan apakejadahnya suma itu dan Sarjan dengan seraya mengkarate tengkuk John sebanyak tiga kali. Gua saspek John sudah disampuk oleh Hantu Jembalang Pangkor yang dengar khabarnya banyak berkeliaran di sekitar kepulauan itu, kerna beberapa hari lalu John ada cakap kat gua yang di demam2 panas serta pening kepala dan seraya gua sound dia supaya mengambil ubat panadol kerana project trip ini perlu berjalan sebelum bulan puasa. Itu jam bulan Ramadhan akan bermula beberapa hari sahaja lg dan juga bukan amalan gua untuk menyiapkan sesuatu final project pada saat akhir(ye ke?? Anda percaya??) Setelah sembahyang zuhur secara berjemaah di Surau Kolej kami bertiga berangkat ke Area gua kat Manjung untuk mengambil Motor kat rumah abng gua, satu motor Kriss dan Yamaha SS, maka lengkaplah segala benda/barang2 untuk memulakan Trip 2 hari 1 malam ke Pulau Pangkor. Bagi orang Perak especially area Setiawan, Manjung & Lumut membawa motor di atas feri ke Pulau pangkor adalah biasa ini untuk memudahkan pergerakan di Pulau itu nanti, juga mengurangkan kos. Lebih kurang 15minit perjalanan dengan bermotor kitorang sampai di Lumut WaterFront tempatnya indah dan mendamaikan maka kami memulakan acara utama iaitu mengusha awek sesi makan2 di Kedai Mapley yang berdekatan, itu time gua pekena Mee Rebus. Waaaahhh rasanya memang champion dan kalo korang ke Lumut sila singgah ke Nasi Kandar ERA(tiada kena mengena dgn ERA FM) untuk merasa bertapa championnya Mee Rebus diorang. Setelah sessi makan2 kini gua memerintahkan Sarjan untuk membeli tiket Feri dan kami dikenakan charge RM10 untuk motor. Dalam menunggu Feri kitorang sempat posing2 sakan di area Jetty tu, dan gua lihat ada sorang Mat Salleh ni macam pelik giler tengok kami berposing, itu time gua sangka mungkin Mat SAlleh tu terfikir “entah Jakun datang dari mana ni, mybe 1st time datang ke Pangkor kot”, berposing gambar mengalahkan aku. Lantak ko la nak pikir ape gua x ambik pot. Dalam feri kami berposing lagi.

Keterangan: Gua dengan sarjan secara serentak sedang menelefon Taukeh Kedai Nasi Kandar td ntuk mengucapkan Terima Kasih kerna Belanja kitorang minum

Akhirnya tiba kat Pangkor

Feri mengambil masa 20minit untuk Tiba di Jetti Pulau Pangkor, setelah segala urusan passport diselesaikan di pusat imigresen yg berdekatan(hoh?) maka kami merempit disekeliling kawasan jeti hinggalah ke area Pekan Pangkor gua lihat ramai pelancong asing berkeliaran, pada hemat gua baik sahaja kerajaan bikin satu International Airport kat Pangkor ni mcm kat langkawi nun sbb pelancong Asing bergitu suka skali ngan keindahan Pulau tersebut. Awek/amoi jugak ramai berkeliaran disini. Kami ke Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah dan area Pangkor Laut mencarik tempat strategic ntuk landing/camping, masalah muncul kitorang x jumpa tempat yg strategik. Maka john bagi idea supaya kami tidur sahaja di Masjid kat Pekan Pangkor, kat sana senang skit nak charge battery Video cam dan lain2 barangan pengambaran(dah ok kot kapla otak member gua sorang ni, sbb selepas dikarate Sarjan pg tadi dia tidak bercakap waloupun sepatah) satu idea yang bernas!!!. Dalam pada tu kami menjalankan sdikit pengambaran di sekeliling Teluk Nipah, tengok sunset itu time memang indah. Kitorang terpandang satu awek yg cun, John dengan selamber memberi salam dan bersedia ntuk menemuramah awek ni ntuk dimuatkan dalam video project kami(isk2 ni dah lebih), “APA KO NIHH JOHN!!!! xde dalam planning laaa” dengan seraya gua sound dia.”Ala rakam je nanti sampai kampus kita edit balik” jwabnya selamber. maka gua untuk tidak melukakan hati member sorang tu buat2 rakamlaaa. Gua hawatir takut2 Jin Jembalang Pangkor datang menghasutnya lagi kang jadik masalah besar kang.


Keterangan: Pemandangan Petang hari di Teluk Nipah, suasana malam xdapat disiarkan kalo xblog gua akan bertukar mode menjadik blog berunsur pornografi yg xsanggup anda lihat

Malam menjelma, Di Teluk Nipah seMacam Pesta Keraian ada yang buat BBQ, Jual-Beli seakan Uptown, berpesta muda-mudi, Juga terdapat Mat Salleh beromen mabuk2, yg melayu pun lebih kurang jeerrr. “Wahhhh ini dah lebih xtakut bala ke?? Kang tetiba Tsunami datang x ke haru!!!!” selamber je gua sound tp xde orang yg pedulik. Kami sempat rakam aksi mereka, tapi xdapat dimuatkan dalam Documentary nanti takut kena potong markah dengan Pn. Norliza(lect. Multimedia) . Dia dah sound awal2 aksi pornografi/ lucah melampau dia tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak ntuk potong markah.

Lepas makan2 Kitorang kembali ke Masjid ntuk solat ngan tidur. ALangkah tekejut beruk kitorang apabila pagar Masjid sudah di tutup, satu lg masalah timbul!!!. Dengan budget terhad, Maka gua mengadakan meeting tergemparr, setelah mengadakan kutipan derma kilat dengan penduduk setempat serta mengepoww beberapa budak kecik kami membuat keputusan ntuk menyewa Chalet. Kami dapat tidur/landing dengan aman fuhhh nasib baik.

Hari Kedua Yang Mendamaikan

Hari Kedua(26/9/2006): Budget Bagun pagi2 tapi terlanjur sampai kul 9.30 kami sempat usha Breakfast tp suma dah abis “apakejadahnya kul 9.30a.m dah abis??” gua selamba sound anak pemilik chalet tu kedekut nak mampos. Itu time hendak sahaja kitorang mengadakan mogok lapar. Dan gua tengok sarjan dengan muka merah padam ke hulu-ke hilir mencarik Tuan punya Chalet ni, gua pikir barangkali dia bersedia nak hadiah sekeping dua pelempang kat Tuan punya Chalet. Lantak ko laaa….Kami berlalu dan singgah ke gerai ntuk sesi makan2 gua ambik nasi lemak ikan bilis, lepas tu bayar dan apekejaddahnya nasi lemak berharga RM2.50? Nasi Lemak ini yg paling mahal yg pernah gua rasa dlm hidup gua. Itu time kitorang xde melakukan protes apatah lagi berdemontrasi. Lepas makan kitorang merempit ke Teluk Dalam, pangkor Laut, ntuk merakam video chalet2. Seterusnya pergi ke Kota Belanda korang baca la sdikit fakta Pasal Kota Belanda kat bawah ni malas aku nak menaip pepanjang:


Kawasan Dutch Forth Yang Klasik & Vintage

Seterusnya Kitorang ke Tokong Fuh Li Kong, dan menemuramah seorang Uncle Cina rumahnya kat Bawah bukit btul2 bertentangan dgn tokong ni kalo xsilap kedai makan, kalo korang pernah ke sini musti perasan, dia bagi banyak info detail tempat bersejarah ni kat kitorang dan banyak skali fakta berguna. Time tu sarjan yg take video, john plak sbgai wartawan, aku sbgai pengarah. Setelah siap ditemuramah gua view skit video yg dah diambik oleh Sarjan dan WTF???? Dia x open audio mode, akhirnya video tu jadik silent. Sumanya musnah dan dengan seraya gua memerintahkan John untuk meghadiahkan Tinju Maut Pendekar Laut tepat ke buah pinggang sarjan beberapa kali. Itu jam kitorang dah malas menyusakhan Uncle dgn re-take balik video temuramah tuh….Waaaaaaaaa!!!!


Kawasan Tokong Fuh Li Kong yg Cantekk Bangat!!!

Seterusnya kami ke Pusat Pembuatan hasil laut, kitorang lihat ramai awek2 rombongan dari UPSI “ini suda bagoss!!!!” jerit John dan Sarjan, maka meninggalkan aku untuk take video kat situ sesorang. Memang tiada berhati perut btul la dua orang member gua ni.


John & Sarjen, yeelaaaa aku letak gambar korang sebagai credit menyiapkan Video Documentary ni Thanks!!!!

Hari sudah petang kitorang sudah nak bertolak balik dan shopping(alamak guna lg ayat ni) skit barang kat PEkan Pangkor. Kepada korang yg blum sampai lagi kat sini sila la melawat apekajadahnya korang ke Pulau Hawaii, Bali, Pulau Phuket , Pulau Andaman, atau lebih horror lagi Pulau Singapura(Pulau jugak ape??) kalo korang tidak lg melawat Pulau Pangkor, maka tiada gunanya korang tinggal kat Mesia ni kalo x support pusat pelancongan tempatan. Okeh sebelum tuh enjoy dulu video Documentary Pulau pangkor yg kitorang bikin ni.

Cuti-Cuti Malaysia: Pulau Pangkor – Part 1

Cuti-Cuti Malaysia: Pulau Pangkor – Part 2

P/S: lepas tengok jgn lupa comment anda, nak kutuk pun kutuk la apa gua pedulik gua dah dapat A+ dgn project video ni, khas dari Gini-Gini Production ntuk korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...