Albert Einstein…Bengap Rupanya masa kecik2 Dulu???
Sape yang tak kenal Albert Einstein (1879-1955) yang dikatakan orang paling genius pada zaman beliau. Pernah dilabel sebagai orang yang lembap belajar masa sekolah tak menghalang dirinya untuk mendapat pencapaian yang hebat dalam sains. Beliau menyusulkan satu teori relativiti, membantu membangunkan teori kuantum dan menerima hadiah Nobel hasil daripada penerangan tentang kesan fotoelektrik. Persamaan beliau yang paling popular dan memberi kesan hingga sekarang adalah E = mc2 Satu contoh yang baik, macam mana orang yang dikatakan lembap dalam pelajaran tapi dapat menjadi tokoh sains. Sikap ingin terus belajar yang ada pada dirinya patut kita contohi. Kebodohan diri tak menghalang untuk menjadi orang yang pandai. Ada ke the next Einstein ? Ahli Fizik menyatakan belum ada lagi Einstein yang seterusnya dilahirkan sehingga sekarang. Fakta otak Einstein Selepas 7 tahun Einstein meningal dunia, otaknya telah dibedah untuk dikaji. Salah seorang yang saintis yang mendapat otak Einstein adalah Professor Marian Diamond. Beliau dan ahlinya mengira bilangan neuron dan sel glial dalam otak Einstein. Otak Einstein dibandingkan dengan otak 11 orang lelaki yang telah meninggal dunia dalam purata umur 64 tahun. Hasil yang diperolehi, otak Einstein mempunyai peratus yang tinggi bagi sel glial; sel yang menyokong dan menyuburkan sambungan antara neuron. Sebab tu Einstein mempunyai keupayaan berfikir yang tinggi. Satu kajian lain pada tahun 1999 mendapati otak Einstein adalah luar biasa. Otak Einstein dibandingkan dengan 35 otak lelaki dan 50 otak wanita pada kecerdikan normal. Secara umumnya otak Einstein adalah sama kecuali satu bahagian yang dipanggil inferior parietal, bahagian ini 15% lebih lebar daripada otak normal. Apa yang menarik adalah kisah hidupnya ketika kecik. Tapi saya takde maklumat pasal tu. Kalau ada, saya akan post baru nanti. Kebiasaannya orang yang berjaya dan hebat adalah orang yang dianggal bodoh ketika belajar. Tak bermakna orang yang pandai ketika belajar ni tak dapat jadi orang yang pandai. Tapi janganlah jadikan alasan, tak pandai di sekolah tapi nak jadi orang yang hebat lepas habis belajar disebabkan orang yang luar biasa macam Einstein ni. Cuma boleh dijadikan motivasi bagi mereka yang lemah dalam pelajaran untuk berjaya






