Carlsberg vs Islam Hadhari…Satu Industri Yang Patut Di "Banggakan"

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.

Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di

sana

.

Langkah Kerajaan

Malaysia

menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan

Malaysia

sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh ‘negara Islam’ yang berjaya. Hakikatnya pemimpin yang mengaku Islam di negara ini berjaya menjadikan

Malaysia

sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.

Saya akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di

Malaysia

ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di

Malaysia

menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di

Malaysia

sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar ‘Kerajaan Islam Hadhari’ Pak Lah.

Saya menghormati keperluan sesetengah rakyat yang bukan Islam terhadap arak ini. Tetapi jika pengeluarannya sudah melebihi dan boleh dieksport ini bukan lagi pengeluaran biasa untuk keperluan rakyat. Ini jelas menunjukan bahawa UMNO menaburkan duit haram ke dalam akaun Negara melalui cukai eksport arak yang amat digalakkan oleh Kerajaan.

Kita tidak perlukan duit hasil jualan arak ini untuk bangunkan negara dan Ustaz-ustaz UMNO harus sedar bahawa mereka telah bersekongkol dengan pemimpin UMNO dalam membuat dosa dan dalam hal ini Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

1) yang memerasnya

2) yang minta diperaskannya

3) yang meminumnya

4) yang membawanya

5) yang minta dihantarinya

6) yang menuangkannya

7) yang menjualnya

8 ) yang makan harganya

9) yang membelinya

10) yang minta dibelikannya

Bagi saya Kerajaan dan Rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ke-8 iaitu mereka yang makan harganya kerana nilai cukai itu sendiri telah dimasukan dalam harga jualan di dalam dan luar negara.

Paling jelas, mana lagi Carlsberg nak dapat duit bayar cukai jika bukan dari duit jualan arak. Ini sekaligus menjelaskan bahawa kita telah menjadi rakan kongsi yang turut sama merasai hasil jualan arak ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.