Dec 25
YAHOO! MESSENGER INVISIBLE HACK
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 25th, 2007| | 1 Comment »

Tentu anda bengang lantas naik bigung pabila korang berusaha keras men”arrange” sesuatu event (eg: Melepak kat Mapley, Bowling, Futsal, Marathon, Berbasikal sambil keliling Kg., xpun Majlis Harijadi Adik Anda…etc) untuk berjumpa member2 lama/baru tetapi menghadapi masalah untuk menhebohkan event best korang kat YM, dan korang xtau samada member korang tu online atau tidak untuk mengetahui secara live/secepat mungkin sesuatu event itu, leceh bukan??Idea ni aku curahkan kepada sesape yang Kedekut-credit phone tahap gaban ntuk SMS member2..Ataupun anda mempunyai rakan yg suka invisibe Kini ada cara baru(sebenarnya da lama) untuk mengetahui status online seseorang. Satu kelebihan Yahoo! Messenger adalah fungsi invisible atau stealth yang digunakan untuk menyorok daripada seseorang yang tidak dikehendaki. Kadang kala seseorang itu dalam keadaan offline hanya melalui pilihan “invisible to everyone” padahal dirinya sebenarnya berstatus online.Aku xpaham sebenarnya apakejaddahnya yahoo! bikin feature visible ni sbb gua ponn xpernah ambik pot atau guna invisible feature itu…


Kini terdapat cara untuk mengetahui rakan anda itu benar-benar offline atau sebaliknya. Antaranya ialah menggunakan perisian Buddy Spy, namun dengan menggunakan perisian ini kita perlu login ke account yahoo dan seterusnya berhenti berhubung dengan rakan buat sementara waktu….Leceh bukan???Jangan risau Ada setting tertentu yg korang xtau kat YM window anda caranya adalah seperti berikut:

Menggunakan Yahoo Conference settings

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Klik butang Conference. Tetingkap (window) Conference akan dibuka.
3. Klik butang Invite. Jika butang Talk dapat ditekan, maka rakan anda adalah online, jika tidak maka memang dia adalah dalam status offline.

Menggunakan Yahoo Doodle IMvironment


1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Tekan butang IMvironment.
3. Pilih See all IMvironments kemudian pilih Yahoo! tools and Doodle.
4. Jika anda melihat seperti skrin dibawah, maka rakan anda benar-benar offline, jika skrin adalah kosong maka rakan anda sebenarnya tengah online.

Moral: pasni xpayah la nak invisible2 orang dapat detect gak korang on9 ke x…..

credit to: http://require512mb.blogspot.com

Dec 24
KOLEKSI VIDEO MONTAJ DISK UITM PERAK
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 24th, 2007| | 9 Comments »

Since ramai yang bertanya aku pasal video montaj DISK (UITM Perak-Comp. Science Student Society) yang lepas2…okeh aku dah upload kat Youtube. Sori kalo quality-nya low sbb source mpg/wmv pon yg dah barai aku dapat…hah ape lagi check it out laa:

yg ni time Annual Dinner Dec-July 2006 Melayu Nite(batch Lokman yg organize):

Montaj Time Dinner July-Dec 2006 Tropicana Nite(bebudak batch aku yg organize)


*Actually ada sound, kuatkan speaker korang semaximum mungkin ada background lagu M. Nasir kannn?? dengar x??

Montaj Activity 2006:

Montaj Activity 2005:

Montaj Activity 2007:

Ni Plak Time FTMSK CyberGames 2006(kalo x silap):

okeh ni plak video link kat Youtube:
click sini
My Profile/uploaded vid.

P/S: actually ada 2-3 video lagi yg xdapat upload ntah apekejaddahnya problem kat youtube aku xtau dia kata invalid file type padahal dah convert .flv dah…nanti aku try kat google video plak kalo dapat aku repost kat sini. Pls give ur comment Enjoyyy!!!!!!!!!!!

Dec 24
AKU DAN DUNIA KEHITAMAN
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 24th, 2007| | 3 Comments »

Pagi Ahad lalu(aku xingat tarikh brape hb yg aku ingat raya haji ke-4). Sebab itu time aku letih gile dan terbongkang-layu di atas katil setelah pulang dari Futsal(dgn bebudak skolah dulu) dan disambung sesi melepak2 kat Mapley sambil meng”karate” Mee Goreng + Teh O Ais Limau disamping Live Liverpool vs Portshmouth(The Reds menang 4-1) betul2 membuatkan aku lupa pedoman samada hari masih malam ataupun sudah beransur pagi, aku pulang tepat pukul 3.00A.M.

Pepagi lagi Bibik Noni buat bising kat bilik gua ntah apekejadah yg dibebelkan gua xambik pot. Isk2 kecoh btul laaa Mokcik Jawa sekor niiii, yang aku tau dia datang mengutip baju aku yang bersepah terlipat kemas atas lantai bilikku ntuk dibasuh. Lalu dihulurkan satu ayat soklan power kepada aku yang sampai ke malam ni terngiang2 kat telinga aku ”kok kenapa kamu ini??? pakaiannya suma hitam2 belaka???…..kaloo pakai yang colourfull kan lagi bagus nampak lebih ganteng gitu??” hah ape?? Tersentak jugak gua itu time seraya bangun dan aku xde jawapn yang bernas ntuk soklan cepumas itu. Time ni dia dah blah berlalu dengan bebelannya.Image260_1 Banyak soklan2 cepumas lain menerawang ke kepala otak aku, Lalu aku pon terpikir kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini pakaianku(especially T-Shirt) sumanya colour hitam?? Kenapa aku obses sekali dengan hitam?? Adakah hitam itu ayu?? Bagaimanakah hidup aku kalo xpakai T’s Hitam?? Pernahkah anda mendengar iklan ayat ini kat TV ”Hitam Itu Nampak Kemas, Menawan..Bermakna Tiada Lagi Kelemumur, Nama saya Rain” Aku tidaklah sebergitu naif untuk mengatakan hitam itu Menawan. dan juga tidak sekacak model syampu itu untuk menamakan diriku sebagai Rain. Kenapa nafsu time shopping(nak muntah guna ayat ni) membeli pakaian tidak memilih colour orange, hijau muda, kuning, biru kundang, putih mutiara atau lebih ngeri lagi color Pink??

Fakta Menarik: Color Pink adalah color yang sangat diminati oleh kaum yang berlawanan jantina dengan aku. Juga menjadi warna favourite satu lagi kaum yg digelar Abang Apok a.k.a Bapokkk!!!!!

Kapala otak semakin bercelaru dengan soklan2 cepumas yang menerawang muncul, lalu dengan seraya aku melakukan bedah siasat ke atas almari pakaianku WTF?? Suma baju aku color hitam except baju Raya (Baju Melayu) yang aku pakai setahun skali sejak beberapa tahun kebelakangan.Image266 ini dah bullshit getus hatiku? Dimanakah color2 lain dalam hidupku? Aku terus melakukan bedah siasat dan akhirnya terjumpa satu Baju Hard Rock Cafe yg colornya blue black(hitam lagi) xkisahla yg penting ada color lain. Itu pun abang aku yang angkat kat Taiwan beberapa tahun lalu, arrrghhhh aku xpuas hatiii sbb bukan aku yg beli yang aku angkat sumanya hitam.Apa sudah jadi kepada hidup aku? Kenapa aku di surrounded dengan kehitaman? Adakah aku sudah perlahan-lahan diserap oleh kuasa Jahat Dark-Side dan diriku bakal berubah menjadik Darth Vader tidak lama lagi?? atau lebih horror bertukar terus menjadik Gaban Bertopeng Hitam???

Akhir2 ni aku ponn pelik apsal waktu tidurku tidak mengikut jadual biasa malah lebih parah lagi bila tibanya weekend/hari cuti umum(ini time ramai bebudak jahat mempengaruhi hidup aku dengan aktiviti buang masa dan tidak sihat ), benda ni akan memberi efek apabila aku kembali ke office dlm kata lain mutu kerja aku menjadik tidak produktif, PHP coding aku menjadi barai, entah dimana function & logicnya juga error bersepah2..Adakah ini juga efect awal dari obses aku terhadap kehitaman???

Soalan Trivia: Adakah kereta aku yang sedia color silver akan convert kepada color hitam tidak lama lagi…kita tunggu jawapannya…tunggu!!!!!!!!

Dec 14
PROSES PENCANTUMAN PC BARU GUA BERLAKU
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 14th, 2007| | 2 Comments »

Setelah seharian gua dengan sabarnya menunggu, maka pada finalnya tiba berkotak2 barangan kompiter yang gua angkat beberapa hari lepas.perasaan teruja mungkin juga menjengah hati/perasaan gua, tapi tidak mungkin akan gua biarkan ianya terpendam lama2. Kalo dilihat dari sudut kondisi luar kotak tersebut ternyata pandangannya bergitu elok dan enak, didalam hati gua mahu saja dipeluk/ciumnya posmen yang bergitu berdedikasi dalam menjalankan tugasnya, tetapi gua tidak mahu dipandang serong oleh jiran2 tetangga gua yang sememangnya handal sekali bergosip!!!!

Image176 Okeh barang pertama tiba adalah Graphic Card yang gua sudah trade-in dgn AceCombat seorang forumer Lowyat.net yang Pasif, Hardcore & bergitu Ganteng sekali. Barang kedua pula CPU datangnya daripada Seamonster juga seorang former LYN di dalam bungkusan yang kecil hampir saja gua kompius, surat normal ataupon CPU, setelah dibuka dan diteliti tepat sangkaan gua ianya sebuah OEM Intel Core 2 Duo E6420 4Mb Cache. Menurut review yang gua baca di situs www.tomshardware.com ternyata ianya bergitu overclokable di tambah pula dengan stepping yg baik..Ini juga bakal mengembalikan nafsu overclockers gua yang sudah lama gua pendamkan. Kudos!!!! to Acecombat & Seamonster thanks dude its nice dealing with ya’ll.

Okeh Mari Kita mulakan ramuan2 untuk proses pencantuman ini…huhuhu:

1) OEM Intel Core 2 Duo E6420

Image164_1

2) XFX Nvidia Geforce 8800GTS

Image156

3) 2 * 1024MB Kingston RAM Dual Channel Running

Image177_1

4) Gigabyte P35 DS3 Motherboard

Image160

5) Gigabyte GT Odin 550Watt PSU

Image229

Maka proses pencantuman berlaku dengan excellent skali..tiada masalah cuma masa first gua try mengunakan PSU CoolerMaster 430Watt ternyata ianya tidak berupaya untok menjamu Graphic Card 8800GTS yang sememangnya gilakan kuasa ini…lepas ni jenuhla parent gua tiap2 bulan mau bayar bil letrik sbb PC ni bakal on 24/7 kui kui kui!!!

Image202 Image205

Image192

Image235



Proses Installasi CPU dan di taruk sedikit Thermal Compaund berjenama Thermaltake….seterusnya pemasangan mobo & PSU baru ke dalam Casing burukku and finally, New baby has arrived…get ready to give one shot one fall..CRYSIS!!!!!

PS:tunggu next entry review ntuk overcloking test…bertanduk lah aku kali ini

Dec 14
KENAPA LA BABI BANYAK GILER…DAMN IT!!!!
Posted by Truckster in Uncategorized on 12 14th, 2007| | 2 Comments »

Patut laaaaa…..selain ayam,b@b1 adalah eksport terbesar MALAYSIA HADHARI yang korang citai nihh…….laughing laughing laughing laughing laughing laughing

Image

ntuk pengetahuan korang jugak….Singapore yg of course bukan Negara Hadhari merupakan pengimport terbesar B@bi dari Negara kita, since government diorang mengharamkan penternakan B@bi di sana Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...