Browse > Home / Archive: January 2008

| Subcribe via RSS

FAST UPDATE: AWAY KE TEMPAT MISTERIUS!!

January 30th, 2008 | 4 Comments | Posted in Uncategorized
Blog apa-saje akan dibiarkan bersawang ntuk beberapa hari until selepas CNY?? hoh!! kenapa ini terjadik?? jawapannya aku ke satu “tempat” yg tidak dapat aku umumkan di sini, cukup saje kita namakan sebagai tempat Misterius. Kira outstation laaa lebih kurang dan tempat misterius ni jugak gua suspek koneksi internet pon tarak kot. So ada sesape nak volunteer tolong aku untuk menyembur Ridsect/Baygon kepada labah-labah bagi mengelakkan blog ni menjadik lebih bersawang?? jangan khuatir, kerna ada hadiah untuk anda, merupakan buah tangan hebat selepas aku pulang dari tempat Misterius ini. Sape berani angkat tangan, Mungkin En. HeavenX bleh tolong?
Soalan Trivia: misterius ke gambar kat atas tu??? actually gambar kat yahoo images ntah sape punya, aku rembat…kalo nak kredit tuntut la kat sini…heh!

TRUCKSTER ADVENTURE TEAM : EKSKLUSIF HARI THAIPUSAM

January 23rd, 2008 | 6 Comments | Posted in Uncategorized
Aku x berapa pasti idea best ni datang daripada siapa, apa yang aku tahu En. Lord Puaka sejak akhir-akhir ini bergitu bersungguh-sungguh sekali into kepada benda2 mistik lagi horror dan terlalu asyik sekali mengkaji Teori Chow Tut & Falsafah Kerajaan Langit yg diasaskan oleh Ayah Pin (di satu sudut bilik En. Puaka ada Sebuah Kitab Kerajaan Langit, yg entah dari mana datangnya, gua pon seram time nak usha kitab tu). Trip ini jugak untuk menyiapkan thesis ujarnya sambil serius menghembus asap rokok SAAT yang keluar dari paru-parunya. Aku tertanya-tanya??? apekeharamjaddahnya thesis plak ni??. Itu jam kami tengah lepak2 kat Salam Corner (Kingpin Kedai Mapley yg pegang area gua ni).

Trivia Menarik: En. Puaka merupakan Tokan rokok yang berjaya semasa tinggal di Hostel dulu, pasarannya melangkau ke Blok C & D dan diedarkan oleh kutu-kutu yang dilantik khas. Yang menjadik mangsa adalah keta aku, digunakan untuk menyeludup berkarton-karton rokok melepasi Pondok Pak Guard ke dalam Kampus.

Menurut En. Puaka Perarakan Thaipusam Kaum Hindu untuk memuja Lord Murugan akan bermula di sebuah Kuil Hindu di Pusing, Ipoh Perak. Menurut research yg di baca En. Puaka Perarakan Kavadi bakal bermula di Kuil Sri Mahakarumaryamman Muneshwarar. Sebuah Kuil di Pusing.


Menurutnya lagi, Di Malaysia merupakan yang terbesar di dunia, sambutan Thaipusam turut disambut dengan meriah di kuil Gunung Cheroh Sri Subramaniar, Ipoh, Perak; kuil Arulmigu Balathandayuthabani, Pulau Pinang serta tiga kuil di Johor iaitu kuil Sri Muniswarar di Tampoi dan kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air serta kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel, Johor Bahru(hoh???)….Gua, Lan dan Mal tergaman beberapa minit disebabkan kenyataan En. Puaka ini dan di sebabkan faktanya yg bernas dan tepat kami sepakat melantik En. Puaka untuk mengetuai Trip Truckster Adventure Team untuk ke Pesta Thaipusam.

Pada awalnya kami merancang ntuk terus ke Bt. Caves, disebabkan kos yg tinggi menyebabkan idea tersebut gagal dan kami mengambil keputusan ke Ipoh saja. Sebagai ketua misi En Puaka dipertangungjawabkan merangka trip, menetapkan budget dan juga menganalisis kesukaran yang akan kami tempuhi.


Suasana di Jalan Medan Kid.

Pagi2 lagi kami bangun dan tanpa breakfast kami menyiapkan diri ntuk ke Pusing, destinasi pertama kami. Mengambil masa selama 20minit akhirnya tiba. Kami heran lantas naik bigung kerna tidak terdapat sorang pun macha kat Pekan Pusing. dalam kami mencarik-carik kuil hindu di pekan Pusing maka datang sorang Apek Tua Berbasikal Tua selamba melakukan wheelie didepan kami dan aku seraya bertanya kepadanya “Apekk!! bawak kavadi punya olang mana pigi arrr?? itu thaipusam punya pesta???”. Soal gua. “Owh itu aaaarrr, lu pigi straight nampak simpang lu masuk, then ada itu kuil, dalam sana ada itu olang bikin kavadi”. Jawabnya ringkas. Setelah mengucapkan terima kasih kami terus ke Kuil yg apek tu cakap tadi. Sampai saje kat Kuil tu satu macha pun tarakk!!!. Gua suspek kami dah kena kencing dengan Apek Tua Berbasikal Tua tu. Cisssss!!!!


Aku dan Mal, bergambar latarbelakang Kavadi. yang Kool.


Mal dan Puaka bergitu terhibur skali.di situ.

Tanpa banyak soal kami terus ke Ipoh dan tiba di area Medan Kid kami lihat ramai orang dan Polis mengawal Trafik…Yaaaa ini laaahhh yang kami tunggu2 dan gua seraya melakukan drift ntuk park keta di area Stesen Shell seberang jalan. Kami benar-benar teruja, menyiapkan kamera dan peralatan lain ntuk menyertai pesta ini. Sambil menjunjung periuk susu serta kavadi, penganut Hindu berduyun-duyun berjalan sejauh 10 km melalui beberapa jalan termasuk Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusuff, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Muda Musa untuk ke Gunung Cheroh.


Macha ni dah berapa kali stop, gua suspek dia dah sakit giler usung bendalah tu. tgk la duri2 menyucuk kat badan dia. ngeri siall.

Para pelancong asing, gua suspek mereka satu rombongan bas turut menyertai kira-kira 100,000 penganut Hindu yang membanjiri kuil Subramaniyar di Gunung Cheroh sejak petang semalam.Pelbagai aktiviti keagamaan diadakan di situ termasuk perarakan Lord Murugan dari kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari ke kuil Kallumai Arul Subramaniyar di kawasan batu kapur Gunung Cheroh. Kami sempat menemuramah beberapa Mat Salleh dari German Reporter sebuah Majalah kat sana dan banyak lagi dibebelnya tp xpaham sbb loghat Germannya pekat gile. Owh!! patut la siap ngan kamera SLR suma.

Info Menarik: Apa yang kami perhatikan tiada sorang pon orang Melayu kecuali kami menyertai Perarakan itu. Pelikkan? kenapa kepelbagaian kaum dan tradisional yg unik ni orang melayu tidak beberapa into.


Aksi ngeri yg gua compilekan skali, gambar-gambarnya.

Pelbagai aksi ngeri dan berani mati dapat dilihat seperti mencucuk pipi dengan anak panah sehingga tembus kiri-kanan, mencucuk mata kail di belakang badan, melontar buah kelapa ke dinding, apa yg best terdapat jugak buah-buahan tempatan & import turut di gantung di tubuh badan masing-masing. Kami makin teruja dengan aksi2 sebergini rupa kerana dapat dilihat secara live beb!!! mana lagi nak tengok. Gua naik seram apabila terdapat jugak kanak2 Ribena mengusung kavadi, memang hardcore gile!!! kecik-kecik dah into dalam benda2 ngeri macmni.

Info Menarik: kami berada di sana selama 4 jam… dan perut sudah mula berbunyi, setelah perarakan sedikit reda kami bersiap ntuk pulang. On the way balik lepak kat Nasmir Taman Ipoh, ntuk makan2 sebab sebelah petangnya kami akan ke Bota ntuk mengkarate buah Durian di Kebun Atuk Meon.

TAJUK BERITA YANG WEIRD.

January 18th, 2008 | 13 Comments | Posted in Uncategorized

Antara hobi utama aku yang sedang giat dijalankan adalah mengumpul tajuk-tajuk akhbar yang pelik dan sungguh ajaib, apabila aku terbaca/terlihat tajuk berita-berita yang weird ini, xkisahla di mana lokasi aku berada eg: time lepak-lepak Mamak, ataupon semasa boring2 kat Rumah.Pasti aku teruja kerna terhibur dengannya dan dengan seraya menggunakan Phone Nokia model murahan aku untuk snap gambar tersebut supaya dapat dijadikan koleksi. Hobi ini tidak membuang masa + duit seperti hobi2 yang lain seperti main games sampai lebam biji mata, lepak-lepak Maplex sambil layan Live EPL, dan juga terpengaruh dgn aktiviti budak2 jahat pada hujung minggu.

Trivia Menarik: Skang ni gua tengah habiskan mission Games Company Of Heroes: Opposing Throne dalam Mode Expert untuk merasai suasana strategi Perang Dunia Kedua yang sebenar. Membuatkan aku sedikit hilang pedoman/pertimbangan.

Okeh jom melayan sedikit-sebanyak tajuk akhbar yang aku rasakan sungguh pelik ini:

Salah satu gadget ciptaan anak Malaysia yang dinamakan E-Hidung, ianya sebuah aplikasi yang mampu mengesan sebarang jenis bahaya, aku xberapa banyak info sangat, sbb time gua tanya pakcik google pon xde jawapan yg memuaskan. Maybe idea bodoh ni sudah terkubur dan aku sebagai rakyat yang Hadhari lagi Berteknologi dan berfikiran Glokal mahu mengutuk sekerasnya gadget dgn nama yang sangat menjengkelkan ini. Anda bagaimana??

Ini adalah tajuk berita yang mampu membuatkan aku tergelak besar, kenapa bro Tian Chua gigit Polis??ianya berlaku semasa Demonstrasi di Parlimen pada December lepas.

What The Fish?? apa masalahnya??….itukan bini dia??damn!! anda tau??

Damn!! Kenapa ini terjadi di Negara Malaysia?, adakah menjadi kesalahan jenayah besar jika mencuri RM0.90 untuk membeli sebungkus nasi lemak kerna ingin mengisi perut untuk mengelakkan maut disebabkan kebuluran? tidak ada hati perutkah “Meja straight” Mahkamah Shah Alam?sungguh memalukan.

Info Tambahan: Tajuk buku ini juga cukup weird, kenapa aku berkata bergitu rupa?. Anda lihatlah gambarnya, aku masih lagi tidak faham(selama lebih 3 semester bergelumang dgnya) kenapa buku Math Caculus, covernya ada orang kuning berbasikal dan berpegangan tangan. Apakah motifnya??, gua suspek sesiapa yang terrer Calculus akan jadik GAY?seperti gambar dibawah:

Psst: ini buku Alep(kalo xsilap), walopun 2sem repeat paper dan menghafal setiap perkataan dalam Buku ni, aku masih lagi dapat C+ dalam subject Calculus II. owhh damn!! aku sungguh Loser dalam subject kira2 dan logic…namun aku sangat berbangga sbb terbukti bukan gay.hoh!!

WORLD CHEAPEST CAR VS MALAYSIA’S CAR????

January 16th, 2008 | 4 Comments | Posted in Uncategorized

Pernah x anda mendengar TATA Motor Ltd.?? pernah mendengar Tata Car/Tata Nano?? kat sini aku nak bercerita skit berkenaan Kereta buatan India yang mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia baru-baru ini dengan keberanian mereka melancarkan Tata Nano Car, ianya berkapasiti 4-seat dengan kapasiti engine around 625cc. Apa yang mengejutkan harganya hanyalah sekitar 100,00Rupee (US$2500), khabarnya dua versi di keluarkan iaitu mengunakan petrol biasa dan versi menggunakan teknologi tekanan angin yg dikahbarkan kosnya sangat efektif iaitu sekitar RM7 untuk perjalanan 200KM??What The Hell??


“Let me assure you and our critics that the car we have designed will meet all safety norms and all foreign environmental criteria,” chairman Ratan Tata said as he proudly unveiled what has been dubbed the “People’s Car” at the Auto Expo in New Delhi

Apa yang menjadi persoalan beranikah pihak2 pengimport membawa masuk kereta ini untuk pasaran di Malaysia?? Aku rasa tidak mungkin?? dengan syarat2 yg ketat dan menlindungi perusahaan Otomobil seperti Proton, Perodua, NAZA, tidak mungkin kerajaan izinkan dengan mudah…MORE: http://www.tatanano.com/tatamotors/

BTW kepada sesape yg tidak pernah tengok model terbaru Proton BLM yang heboh diperkatakan sekarang, kat bawah ni aku sertakan skali…dah belambak dekat forum/blog/internet sejak beberapa bulan lalu, jangan jadik sengal menunggu-nuggu dan bergitu asyik skali dengan iklan2 Proton kat TV tu.Owh!! nampaknya En. Athlonium juga bergitu teruja dengan Proton BLM, sampai 4 post entri bercerita tentang Kereta terbaru Proton ini, mungkin dia dalam perancangan untuk mengangkat barang seketul-dua??. Dan jika ini kali pertama korang lihat Model Terbaru Proton SAGA ini, tahniah kepada anda kerana bergitu update skali dengan maklumat terbaru/semasa.cheer!!!


Enjin Campro DOHC 1.3, Proton Made

*Edit, ini plak gambar Proton BLM “RED” Concept…how cool!!!, perfect design with 17″ Volk + Skirting + Cool Facelift….ni merupakan Concept dari Proton R&D, bukan Proton R3 Team. Ntuk R3 design just wait n see laaa…macamna diorang bikin, better buat Special Edition(SE) macam Perodua Myvi


Interior yg smart. Look at Gen.2 Steering???Whatever??

Muahehehe!!! Taxi 5 Wannabe.

*edit Kat sini jugak ada gambar keta F1 terbaru Petronas-BMW iaitu codename:F1.08 yang baru lauch kat German pagi tadi. Design yang kool!! heh!!

FAST UPDATE: KUBUNTU!! EDUBUNTU UBUNTU A.K.A GUTSY GIBBONS

January 16th, 2008 | No Comments | Posted in Uncategorized

Semangat Linux For Human Beings sudah mara kembali….2-3 minggu lepas aku ada sumbit online ntuk order Ubuntu Gutsy Gibbons and finally its arrived.


The Pakage itself 2 CDs (RPM bootable), The Stickers.


Its was came all the way from Netherlands..gua suspek kos ntuk shipping pakage ni ada la dekat Uero 5.00 (lebih kurang RM30).

BTW aku perlu cleankan dulu Hard Disk ntuk create new partition for Gutsy Gibbons. kalo kao mau satu bleh submit kat sini: click here!!!

Psst: Ini merupakan sambutan jubli emas blog aku. Post entri yang ke 50 – Linux For Human Beings. Cool huh!!!