Browse > Home / Archive: January 2008

| Subcribe via RSS

APABILA MAT REMPIT MENGANGKUT PENGUNDI KE PUSAT PENGUNDIAN

January 15th, 2008 | 5 Comments | Posted in Uncategorized

Maka bergini jadiknya….

Can you imagine what’s gonna happen if they REALLY let those Mat Rempits take the Aunties out on election day? Where is the Auntie gonna sit?

thanks to KennySia for this best “photoshop”ing ever!!! coz buat aku bantai gelak sakan kat office tadi, sampai Bos aku ponn into skali…hahahahaha

BTW kat bawah ni merupakan email dari Khalifah Agung Putera UMNO (Abdul Azeez Abd Rahim) menawarkan kerja sambilan kepada Mat-mat Rempit, sempena Pilihanraya yang akan datang. Apa lagi tunggu?? jomm rempit sampai mampos!!!!


Psst: On a more serious note, the Putera UMNOs never cease to amaze me with their “brilliant” ideas…???Hantar pegi North Pole dan melakukan penerjunan?? himpunan Mat Rempit terbesar kat Negara ni??what a shame???

KOLEKSI CRAP TERBARU: Laughter The Best Malaysian

January 13th, 2008 | 5 Comments | Posted in Uncategorized

Sejak akhir-akhir ini aku asyik tergelak sakan, time makan, time lepak maplex, time minum, time pakai kasut, seluar, baju, stoking dan time rehat kat office(time kerja aku akan bertukar mode serius sh*t…betul!!!!x caye??). Ini gara-gara koleksi terbaru Buku Uncle Tong a.k.a David Tong yang bertajuk Laughter The Best Medicine Malaysian. Buku ni banyak mengandungi koleksi lawak-lawak tahap cipan hutan dari Uncle Tong yang semegahnya mampu mengembirakan hati aku yang berduka-lara.Apa yang best aku dapat khatamkan buku ni dalam masa 4hari(damn!!! gua dah banyak membuang masa/jadual gaming dgn membaca buku, sejak bila plak kesedaran sivik ini timbul???). Ceritanya, weekend mggu lepas aku ada p jenjalan & jugak membuang masa dengan aktiviti yg xberfaedah, menjadik tebiat ntuk singgah di POPULAR target utama aku adalah Buku Terbaru berkenaan Falsafah Mahmoud Ahmadinejad, dalam aku mengusha-usha untuk mencarik buku tu, mata aku tersepak kepada senarai Best Sales kat Popular, dan seraya terlihat Koleksi Terbaru Lawak Crap dari Uncle Tong.


Life Uncle Tong Yang Sempoi Gilerrr & Cool!!!

Tanpa berlengah & ragu-ragu lagi aku angkat seraya menuju ke Kaunter dan mengeluarkan RM19.90 ntuk membayar, sudah tidak sabar lagi ntuk bergelak sakan…huhu. Okeh Review skit, buku ni bercerita tentang kehidupan rakyat Mlaysia yang berbilang kaum, semua watak-watak mewakili masyarakat majmuk yg terdapat di Negara yang tercinta ini.


WARNING/intro Buku ni pon dah horror!!!hahaha

Di tambah unsur2 humor yang tiada batasan, tulisannya mampu membuatkan anda berfikir tentang perkara yang melibatkan kehidupan harian yang semudah a, b, c tetapi kebanyakannya tidak diambil peduli oleh Masyarakat. Dengan teguran/tulisan yang sinis dan sedikit membidas ditambah unsur humor ternyata ianya mampu membuatkan jantung, paru-paru, serta pangkreas anda berkerja kuat(disebabkan tergelak sakan)…bacalah anda pasti teruja!!!Sila ke blog cucunya Russell Daniel, untuk lebih mengenali Uncle Tong: http://russelldaniel.com/pop.htm

psst: adakah aku beli buku yg menjadik target utama aku ke POPULAR tu?? pelikkan??

GEMPAR!!! GOOGLE EARTH SATU KONSPIRASI ISRAEL???

January 10th, 2008 | 2 Comments | Posted in Uncategorized


“Anda Tahu apa itu Google Earth? Pernah mencubanya? Kolumnis terkenal Muhammad Hasanain Haikal mempersoalkan realibiliti Google Earth yang dipercayai dikendalikan oleh orang-orang Negara Haram Israel.Hal ini dikesan kerana peta yang ditampilkan dalam Google Earth itu tidak menggambarkan lokasi penting yang ada di Israel. Tidak ada lokasi ketenteraan dan plbagai tempat strategik Israel, selain gambar petanya juga kabur, bila dibandingkan dengan gambar peta kawasan lain.Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang kredibiliti Google Earth sebagai aplikasi satelit yang mampu memantau secara terperinci, apa sahaja di seluruh tempat di dunia ini.

Dalam forum “Bersama Haekal” yang ditayangkan oleh Aljazeera setiap petang Khamis, dikatakan, “Sekarang ada satelit yang dapat memaparkan semua tempat. Dan Google menjual peta satelit itu untuk menggambarkan lokasi seluruh dunia.Benarkah seluruh dunia dapat dilihat melaluai Server Google Earth? Ternyata tidak. Peta Isarel tidak ada di sana. Beketetapan Kongres Amerika dan Google, pihak Google tidak boleh menampilkan atau menjual peta apapun tentang Israel kerana peta Israel khusus hanya dimiliki Department Pertahanan AS.Menurut Haikal, “Saya tidak tahu ada satu negara yang terlindung dari peta satelit yang disajikan Google Earth. Kita semua sudah cuba untuk masuk ke wilayah Israel tapi lokasi itu kabur saja permukaannya dalam Google Earth. “



Berbeza apabila kita cuba mengakses Google Earth untuk melihat peta Mesir, yang berjiran dengan Zionis Israel. Dalam peta itu, dapat dilihat lokasi strategik di Mesir. “Saya dapat melihat istana, dan berbagai-bagai tempat penting lainnya, termasuk lokasi penting Mesir secara ketenteran, ” ujar Haikal. Menurut koresponden Islamonline bahagian Teknologi, awal tahun 2007, saat Google Earth baru dilancarkan, lokasi Israel menampilkan peta lama. Memang ada sejumlah kota Israel dan juga peta sejumlah gedung industri di Israel, serta kota-kota Israel. Tapi itu semua adalah peta lama yang saat ini sudah banyak berubah. Tetapi pada masa sekarang peta Israel menjadi kabur. Mungkin berkait dengan kesepakatan dengan Amerika seperti yang disebutkan Haikal tadi.Sementara dari pihak Google Inc. menafikan sendiri, mengatakan mereka tetap memberikan yang terbaik bagi pengguna aplikasi yang ditawarkan. Mungkin, peta satelit yang menggambarkan lokasi Israel telah dibeli oleh pihak tertentu yang kemudian membuat pengubahsuaian peta Israel melalui kerjasama AS-Israel. (na-str/iol)

Korang baca dan nilaikan sendiri. Sampai teknologi ponn diorang boleh control inikan pula “pandangan” dunia…Berita ni aku dapat dari:
http://satuumat.blogspot.com/

pssst: sbb tu la bahasa dia lain skit….okeh dah translate ke bahasa Jawi, xpham lg xtau laa..Selamat Maal Hijrah (bermula dengan harapan baru, kalo korang buat majlis assyura tu jemput2 la aku.heh!)

POPULAR DI YOUTUBE 2007

January 10th, 2008 | 3 Comments | Posted in Uncategorized

Barangkali ramai antara kamu fikir yang paling popular di Youtube adalah klip2 video MTV artis terkenal dengan aksi separuh bogel dan tarian gelek yang mengujakan. Kalo bergitu sangkaan kamu?? ianya tidak bergitu tepat. Baru-baru ini Google Inc. telah menamakan 3 video yang paling popular. Ianya bukan diukur paling popular diview berjuta-juta kali tetapi mengambil kira juga apa yang paling banyak dibincangkan, dikongsikan, dan yang paling banyak diperkatakan orang. Antara yang paling popular di senaraikan video “Obama Girl” yang diupload oleh barelypolitical, memaparkan seorang gadis yg menyayi, meluahkan perasaan hati terhadap Calon Presiden Parti Demokratik, Senator Barrack Obama. Ianya sangat popular sehingga dipaparkan di Televisyen, dibincangkan di Saluran Berita & Bual Bicara. Klip hiburan satira juga tidak ketinggalan, video bertajuk “Leave Britney Alone”yang di upload oleh Crist Crocker, memaparkan Kipas susah mati Britney Spears menangis & merayu agar media dan paparazzi menjauhi penyayi pop tersebut. Ianya sangat top sehingga diview 14 juta kali, paling banyak diomen dalam sejarah youtube. Klip ketiga pula yg bertajuk “Battle at Krugger”, klip yg dibuat oleh Jason Schlosberg di Taman Negara Krugger di Afrika Selatan mengisahkan pertarungan sekawan Kerbau sangat popular sehingga diview lebih 20juta manusia.huh cool izzit???

Leave Britney Alone:

Battle At Krugger:

Obama Girl:
*pssttt!!!! xdapat disiarkan disini…search laa snirik kat youtube.

TUTORIAL: CARA UNTUK BUAT R.M.A HARD DISK

January 8th, 2008 | 6 Comments | Posted in Uncategorized

Tutorial ini aku buat untuk korang menghadapi masalah HDD rosak / dataformat corrupt / xnak hidup dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang HDD untuk certain product mempunyai Full Warranty Cover selama 5 tahun. Untuk tutorial kali ini aku akan coretkan serba sedikit pengalaman aku membuat RMA Hardisk Jenama Seagate & Maxtor untuk dikongsikan ngan korang. Jika HDD rosak maka tidak perlulah lagi korang menambah dosa dengan sumpah seranah yang mengjengkelkan, kerana ianya mampu membuatkan IQ korang sama rendah dengan mereka di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Kat sini serba sdikit pengalaman daripada awal login ke laman web seagate, peringkat pembungkusan untuk penghantaran, proses penghantaran, proses menunggu dengan sabar, dan pada akhirnya menerima HDD baru yg berkilat. Disertakan jugak contoh bergambar bagi memudahkan korang membuat reference (perghhh macam nak jawab soklan Calcullus plakkan???siap ngan reference skali). BTW kalo xpaham lagi ngan tutorial ni xtau la aku nak kata apa. Enjoy je laaa:

1) Korang pegi dulu kat www.seagate.com kat sana carik link warranty service kat sini korang bleh check whether HDD tu masih lagi under warranty atau x. Noted: untuk HDD Maxtor ponn korang bleh buat kat site seagate gak. Jangan jadik”sengal ubi” pegi google search website Maxtor sbb webnya dah xde dah, Company Maxtor dah kena makan ngan Seagate, so semua barang2 Maxtor under Seagate Warranty. Kalo masih ada warranty lgi then isi borang dgn maklumat yg dia nak, masa nak isi form ni Part Number ngan serial number adalah penting. Lokasinya kat atas label HDD korang tu. Then submit.


Aku menggunakan span yg banyak berselerak di bawah katilku.


Proses pemotongan span menggunakan pisau cukur jenama Razor yg sungguh tajam!!!


HDD siap dimuatkan di dalam span sedia ntuk diletakkan dalam kotak

2) Pastu print output suma maklumat yg korang isi tadi. Then bersiap sedia ntuk packing, kat sini aku menggunakan kotak-kotak & span-span (since akhir2 ni banyak skali buat pembelian barang2 secara online) yg banyak terdapat kat bilik aku. Contoh bleh tengok gambar kat bawah ni satu-satu malas aku nak taip pepanjang. HDD ni sensitive punya hardware jadi perlu behati-hati masa packaging, guna seberapa banyak span as possible. Juga penggunaan “salotep” sesedap rasa sebagai penambah perisa.


keadaan dalam kotak.pastikan tiada ruang ntuk span tu bergerak, Jika ada letakkan lipatan surat khabar lama supaya ia kemas.


Pakage sedia ntuk dibalut. Aku guna Suratkhabar lama je. Kalo nak lagi ceria bolehla korang balut ngan kerta hadiah yg color pink, then letakkan sedikit ribbon supaya lebih menarik

3) Then korang bawak packaging tadi pegi post office mana yg korang suka kat sini aku guna NationWide, ntuk shipping rate boleh refer kat sini. Then hantar skali ngan form yg korang print tadi. then berdoa la banyak2 supaya HDD korang tu sampai kat Seagate punya HQ bukan tersalah hantar kat Negara Uganda.

4) Proses menunggu sangat boring. Jadi lakukan aktiviti2 yg memberi faedah sementara PC korang xhidup tu, seperti berjoging keliling kampung, mengutip sampah sarap/plastik bag yg kotor, mengedarkan risalah-risalah hasutan berbau poltik tentang kesedaran sivik tak pun lebih ngeri lagi pergi mendaftarkan diri sebagai Volunteer di Rumah Kebajikan Orang2 Tua. Cool!!!!!

5) Setelah seminggu lebih kurang. Sorang Posmen dengan muka innocent akan datang memanggil2 nama korang dann akhirnya HDD baru korang tiba dengan selamat…Kalo lebih dari 3 minggu better pergi buat checking kat Website Seagate samada mereka ada Terima HDD yg korang hantar sebelum ni.


Kotak HDD, baru tiba berposing sakan kat Office aku.


finally new babies has arrived.