Jan 5
GEMPAR!!!! GMAIL HACKED
Posted by Truckster in Uncategorized on 01 5th, 2008| | No Comments »

Gemparr!!!! apabila salah satu webmail application antara yang popular di dunia iaitu GMail telah Berjaya diceroboh oleh hacker.Bagaimana caranya?? baca penerangan aku serba sedikit….

Apabila seseorang mangsa login ke dalam account gmail mereka, dan dalam masa yg sama surf website lain yang mengandungi script ntuk exploiting the vulnerability in Gmail. Senang cerita script tu dah dimodified oleh Hacker tersebut dan pada masa yg sama menanam cookies ke dlam PC anda seterusnya membuat connection dgn acc. Gmail tadi. Script tadi akan menggangu filter setting Gmail account anda dan seterusnya melakukan bypass sebarang email yg masuk ke acc. Anda kepada collect@evil.com.

Mangsa login ke dlm GMail account.

Dlm masa yg sama surf website lain.

Script sudah berjaya ditanam dan melakukan bypass email.

Aku dah check filter gmail account aku caranya adalah login kat inbox>click setting>click filter tab>kat sini jika ada tertulis forward to following: collect@evil.com besar kemungkinan email anda sudah dibaca oleh kutu hacker kat @evil.com. Alhamdullilah filter tu working well dan tiada script/ apa-apa script yang kacau filter aku…selamat. Google sudah menyelesaikan masalah ini tetapi anda di nasihatkan untuk melakukan sendiri checking tersebut.

Jan 3
2008 BEST POSTER EVER.
Posted by Truckster in Uncategorized on 01 3rd, 2008| | 7 Comments »

Pilihan Raya sudah semakin hampir. Semalam dalam membunuh keboringan aku ada usha-usha torrent.jiwang.cc dan tiba2 ada makhluk creative tahap gaban yang seed poster yang best skali aku pernah tengok. seraya aku save file torrent tersebut dgn menggunakan bitcomet modded xtreme_paranoid menyedut file poster tersebut. Damn!!! proses menyedut bergitu slow skali apakeharamjadahnya terjadik kat tracker jiwang skang ni?? download speed sumanya slow giler. Pagi esok bangun pagi2 belum sempat gosok gigi gua usha file torent tu dan hahah dah complete, bukak dan terkejut beruk waaaaa!!!!! best giler Poster-poster perang psikologi yang diorang buat ni. Aku bergitu teruja melihat satu persatu gambar poster tersebut,bergitu asyik skali, alamak!!! dah terlambat nanti xsempat nak pergi kerja. Gua selamber melakukan terjun tiruk ke Bilik Air ntuk gosok gigi, dan terus pegi kerja. Aku suggest korang download poster ni, best giler dan lawak tahap gaban korang akan mendapat kebahagiaan apabila tgk poster ni, silap-silap terus insaf yg korang sebenarnya telah di”kapur”kan tu trust me!!!!!


screenshot dari pc aku. diorang buat .pdf file bukan .jpg xtau apsal.

ini linknya download la:
http://www.badongo.com/file/7148824
http://www.badongo.com/file/7148861

Soalan Trivia: Adakah aku mandi sebelum pergi kerja pagi tadi??? pelikkan???

Jan 1

Aku tergelak besar semalam apabila menonton Bulletin Utama di TV3 yang menayangkan kerosakan akhlak muda-mudi di KLCC menyambut Tahun Baru. Berpesta!!!! yg betina berpakaian moden yg pastinya “mengujakan”, yang jantan berpakaian ala punk mabuk menari-nari sambil menghidu gam di khalayak ramai, yang tua xsedar diri juga turut berada di sana. Kebanyakannya bangsa Melayu. Inilah rupa sebenar produk-produk terkini yang di keluarkan oleh Malaysia, berhibur tiada batasan, pergaulan bebas, mabuk & maksiat merata-rata. Apa yang haram dihalalkan dan apa yang halal turut dihalalkan inilah dinamakan Generasi Islam Malaysia Hadhari yg terbilang. Aku juga tidak hairan kalau di Malaysia ini terdapat satu Kumpulan Extremis atau lebih ngeri lagi Pengikut Setia Ayah Pin seperti di Iraq/Afganistan yang sanggup melakukan apa saja termasuk melakukan pengeboman bunuh diri di Tapak Konsert sehingga mengakibatkan puluhan nyawa melayang!!!!!!!! Sudah pasti aku tidak menyalahkan mereka.


Golongan Punk sedang minum dan mabuk2 sebelum menyertai perta Konsert di KLCC

Hati aku cukup sadis apabila beberapa ratus meter sahaja dari Tapak Konsert di KLCC iaitu di kawasan Masjid As’syakirin KLCC, Majlis Program Ambang 2008 akan di serikan dengan nasyid dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang di pengerusikan oleh YB Ustaz Sallahuddin dinamakan sebagai “Program XPDC Dakwah”. Ianya diserikan oleh kumpulan-kumpulan nasyid dan aktiviti memuji-muji Maha Pencipta, juga Pidato yang pasti meneguhkan keimanan.

refer di link ini: http://almuslimin.net/JODOH/node/1062

Aku terpaku dengan pengakuan seorang Menteri tentang skandal Seksnya (Pengakuan Dr. Chua Soi Lek ini merupakan hadiah hebat 2008), ianya banyak mencalar kewibaan serta moral peringkat kepimpinan tertinggi sekaligus Konsep Islam Hadhari menjadi satu persoalan yang sukar dijelaskan serta produk-produk remaja yg rosak akhlak inikah moral yang hendak dipertahankan oleh Iman Malaysia Hadhari???

DR. HARUN DIN ADALAH PENJENAYAH SYARIAH????

Siapa yang tidak kenal Dato Dr. Haron Din ulamak/Penceramah bebas popular di Malaysia. Bagi korang tidak kenal/pernah mendengar ceramahnya ataupun ebih hebat lagi pertama kali mendengar nama Dr. Harun Din aku suggest pergi sahaja ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan ntuk membuat medical check-up samada korang layak menyertai mereka di sana atau tidak. Tahukah anda Berceramah/Pidato di Masjid-masjid dengan tidak mendapat permit adalah HARAM di Negara Islam Hadahri?? Adakah Ulama sehebat Ustaz Harun Din perlu mendapat tauliah/permit untuk mengadakan ceramah bebas???Di sini dipaparkan bukti satu salinan surat keluaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Pengerusi Surau Al-Ulum, Seksyen 9 Kota Damansara yang mengarahkan untuk membatalkan ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Dr Harun Din.

Dalam kandungan surat tersebut menyatakan;

“penceramah tersebut (Dr Harun Din) tidak mempunyai tauliah berceramah di Negeri Selangor terutama di Masjid dan surau-surau. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah telah termaktub dalam enakmen JENAYAH SYARIAH (Selangor) 1995 seksyen 14 (1)”

Dari isi kandungan surat ini menggambarkan bahawa, Dr Harun Din merupakan penjenayah Syariah.

Di sini di lampirkan surat yang dikeluarkan oleh JAIS tersebut;

(Jika mahu melihat kandungan surat dengan jelas, sila klik dua kali pada gambar)

INIKAH MORAL DAN TREND YG INGIN DIPERTAHANKAN??

sebelum tu jom kita tengok “Pembaziran Duit Di Udara” pada ambang sambutan Tahun Baru 2008:

Jan 1
MAJALAH PC BERWAJAH BARU
Posted by Truckster in Uncategorized on 01 1st, 2008| | 1 Comment »

Ini merupakan entri Tahun 2008 yang pertama untuk blog apa-saje, ini merupakan cash-flow keluar yang pertama pada tahun ini bg aku, ini merupakan buku yg pertama aku angkat tahun ini. Segalanya yang pertama dan baru, tidak lupa juga Majalah PC sudah berwajah baru!!! mengumpul majalah IT sudah menjadi hobi aku sejak beberapa tahun kebelakangan. Setiap bulan pasti menunggu2 satu-satunya majalah IT melayu ini, di harap korang pun sama macam aku, support majalah IT melayu. Apekejadahnya korang baca CHIP magazine, Hardware Mag, PC Gamers, PC Mag…etc kalo korang F*ck/tidak langsung membaca Majalah PC walopun bahasa/istilah IT yg digunakan didalamnya boleh di kategori sebagai men”jegkel”kan dan lawak tahap gaban. Tahukah anda Support Majalah berbahasa Melayu jugak salah satu sumbangan korang terhadap bangsa korang. Gua juga kalo mempunyai “funding” yg banyak tidak teragak-agak untuk menerbitkan Majalah IT jawi yg pertama di dunia….apa nak jadi, jadik laaaa!!!! owh barangkali aku perlu update list azam tahun baru yg xmungkin tercapai…kot??


Majalah PC dengan logo baru..lebih kurang jer aku tgk..


Rupa Paras keseluruhan Majalah PC terbaru


Review bahagian hardware dan gadjet juga diimprovekan dengan design baru. Color pink, gua saspek maybe nak tarik ramai lg kaum wanita ntuk menatap Majalah ni

DesignMajalah PC Xtra tidak berubah
Jan 1
Internet Marketing
Posted by Truckster in Aku & Pengalaman, Review on 01 1st, 2008| | No Comments »

Semua orang mahu duit, semua orang ingin jadi Jutawan, semua orang mahukan aset-aset mewah. Tetapi yang silapnya mahu dengan cara yang mudah, tidak banyak ilmu dan cukup motivasi…

Saya tahu di dalam fikiran anda sudah semestinya terbayang entri ini adalah SPAM, mahu menawarkan PRODUK Perniagaan Internet yang bukan-bukan, ataupun Program CEPAT KAYA Melalui Internet….Anggapan ini adalah salah, disini saya ingin menawarkan MAKLUMAT, Pengetahuan & Pengalaman  saya yang telah menceburi bidang ini. Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ambil masa dan baca tulisan saya ini. Jika tidak tinggalkan saja, baca post-post entri saya yang lain…

11

Maklumat ini adalah untuk anda, paling  tidak artikel ini bakal menambahkan pengetahuan anda sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai PERNIAGAAN INTERNET sebagai sumber tambahan pendapatan anda. TAHUKAH ANDA akan Statistik ini, HAMPIR 92% Program yang ditawarkan (Khasnya dari MALAYSIA) untuk menjana duit di Internet adalah MENGARUT atau SCAM

APA YANG PERTAMA PERLU ANDA TAHU…PERNIAGAAN INTERNET BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH SEPERTI ANDA FIKIRKAN, SIMPAN INI DALAM MINDA!!!

Sebelum itu luangkan masa baca tulisan dibawah sebentar.

Anda ingin pendapatan tambahan  Ramai yang ingin pendapatan tambahan  Jutawan sendiri pun setiap hari memikirkan jalan untuk menambahkan pendapatan atau kekayaan  Jangan baca EMAIL ini jika anda tidak memerlukan pendapatan tambaha.n  Antara tempat yang boleh anda cari pendapatan tambahan ialah di INTERNET

Tetapi……..

Ramai yang gagal

Ramai yang rasa ditipu

Ramai juga yang berjaya

Ramai juga yang tidak ditipu

Kenapa ada yang gagal

Kenapa ada yang ditipu

Siapa yang menipu  Mengapa wujud penipuan???

————————————————————————

Mengapa masih ada lagi yang tertipu walaupun ramai yang telah ditipu  ??

ANDA  AndaLAH sebenarnya yang memilih

Anda yang mengizinkan diri anda ditipu oleh si penipu

Anda membiarkan diri anda memilih program-program ‘scam’ di internet

Anda membiarkan diri anda masuk perangkap mereka tanpa usul periksa

Penganjur-penganjur program ‘scam’ ini sangat bijak, mereka tahu di mana kesilapan MIND SET anda

Mari kita mulakan analisa.Anda mahu cari duit di internet  Anda betul-betul kenal ke Internet ini?  Anda sudah pakar ke dengan bisnes internet?  Anda sudah mengkaji atau mempelajari ‘permainan’ internet ini?

Jika anda hanya tahu IRC (chit chat), Myspace, Email, Forum, Torrent, Surfing Web-web yang anda minat…. Ini bermakna anda hanya tahu 40%-50% sahaja mengenai internet.

Anda nak duit dari orang tapi ilmu cari duit anda tak tahu….  Anda kenal apa itu PPC?  Anda kenal apa itu CTR?  Anda kenal apa itu SEO?  Anda kenal apa itu Autoresponder?

Anda kenal apa itu keywords?  Anda kenal apa itu backlinks?  Apa itu PR? Anda boleh bina website atau blog?  Anda kenal PHP, ASP, WordPress?  Adakah anda kenali semua ini?  Cuba anda Tanya semua itu pada mereka2 yang berjaya dapat duit dari internet seperti Irfan Khairi, Ewen Chia, Gobala, Stuart Tan….  Pasti seperti ‘bullet train’ mereka2 akan menerangkan kepada anda satu persatu benda2 yg saya sebut tadi

Oleh itu jika anda tidak kenal semua benda itu, bagaimana nak cari duit di internet?  Ibarat anda tahu di laut banyak ikan tapi anda tidak pandai memancing ikan  Anda tidak tahu ilmu bisnes internet tapi anda nak cari duit di internet maka anda akan masuk perangkap program2 ‘scam’  Mereka dah sediakan ayat2 power sebagai umpan untuk anda ‘ngap’ dan kemudian anda kena ‘ngap’ semula…  Kesimpulannya

ILMU, ILMU DAN ILMU!!…PERNIAGAAN INTERNET BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH SEPERTI ANDA FIKIRKAN, ILMU PERNIAGAAN INTERNET ADALAH ASETNYA…SIMPAN INI DALAM MINDA!!!

Anda nak cari duit di internet  Tapi anda sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai IM (Internet Marketing)  Anda baca iklan ‘berapi2’, anda join  Wang terbang, masa terbuang anda tak dapat apa-apa.  Penganjur tersengih, esok lusa buka website baru.

Sebenarnya, penganjur-penganjur program ‘scam’ ni bijak…bijak bistari  Mereka tahu di mana kelemahan anda  Mereka tahu anda sebenarnya ‘terlalu kurang’ pengetahuan di dalam bisnes internet  Mereka sediakan ‘sales letter’ yang berapi2…sehingga anda tidak boleh tidur malam. Ayat power2, goyang kaki tengok Astro wang melimpah2  Anda dah di khayalkan dengan janji2 indah

 

Tahukah anda dengan HANYA MENGGUNAKAN I.NT.E.R.N.E.T, anda dapat menjayakan cita-cita menjadi jutawan seperti Irfan Khairi, Gobala Krishanan, Ewen Chia, Patric Chan, Stuart Tan & beberapa lagi JUTAWAN INTERNET MALAYSIA lain?

Apakah anda tahu banyak cara untuk menjana duit di internet, tetapi adakah anda pasti apakah cara terbaik?

Artikel ini ditulis daripada pengalaman saya mencuba bermacam-macam cara untuk mencari wang di internet.

Semua yang ditulis dalam artikel ini adalah BENAR. Apa yang saya sertai bukanlah Program SCAM, Program MLM Internet atau Program cepat kaya. Antara contohnya  : PERIGI DUIT, MONSUN BIZ & BLOGSTARZ

21

Program-program SCAM seperti inilah yang tergolong dalam 92% Perniagaan Internet yang saya nyatakan seperti diatas. Sesuai dengan Fitrah “Orang Kita” yang mahu kaya segera dengan sedikit usaha, Semakin hari Program Mengarut Perniagaan Internet semakin bercambah.

Di sini, di atas penulisan ini saya MEMPERTARUHKAN KREADIBILITI saya sebagai Webmaster kepada beberapa website dan juga Seorang Blogger.

Sebelum bermula,saya akan menyenaraikan beberapa cara untuk membuat duit di internet:

1.PPC (Pay Per Click)

- Contoh program PPC ialah Google Adsense,Bidvertiser, Nuffnang, Advertlets.Anda akan dibayar sekiranya ada pelawat yang mengklik iklan yang diletakkan di web anda. Program ini banyak disertai oleh rangkaian Bloggers, peluang menambah pendapatan cukup besar, tetapi adsense memerlukan kerajinan tahap maksimum untuk berjaya disebabkan terlalu & terlampau banyak persaingan antara sesama Pemain Adsense. Skills SEO(Seacrh Engine Optimization), Copywriting, research market, public demand  adalah wajib untuk menajalankan Program Adsense. Apa yang menariknya Program Adsense adalah 100% bergantung kepada Pihak Google, dimana jika Google mengambil keputusan untuk mengubah Struktur Algorithm Engine pencarian mereka maka, ianya amat memberi kesan besar terhadap pendapatan seseorang pemain Adsense. Seperti contoh rakan saya, hampir mencampakkan Keyboard & monitornya akibat tragedi “Google SLAP” pada tahun 2006 dimana pendapatannya menjunam dari USD600 sehari kepada tiada langsung income pada satu-satu hari.

2.Forex

- Potensi pendapatan yang lumayan. Forex adalah salah satu method Perniagaan Internet yang cukup berpotensi besar, ianya adalah pernigaan tukaran matawang sedunia secara dalam talian. Tetapi mempunya risiko kerugian yang tinggi sekiranya tidak mengikut teknik yang betul. Rakan saya pernah bercerita yang kenalannya rugi hampir RM48,000 akibat manipulasi perniagaan FOREX beberapa tahun lalu. Apa yang menyedihkan jumlah besar berkenaan adalah hasil dari Loan beberapa institusi perbankan.

3.Affiliate Marketing

- Anda menjadi orang tengah untuk mempromosi produk orang lain.Potensi pendapatan yg besar sekiranya mengikut teknik yang betul. Ianya adalahapa yang saya sertai, Affiliate marketing adalah ibarat anda membuka kedai(Website IM) secara dalam talian, apabila ramai pengunjung(diistilahkan sebagai traffic dalam IM) yang mempunyai keinginan untuk membeli dan mereka membuat pembelian, maka komisen pembelian itu adalah untung bersih anda. Ada sesetengah produk menawarkan komisen sehingga 80% dari harga asal.

4.PPI (Pay Per Install)

- Banyak digunakan didalam torrent dan rapidshare.Anda akan dibayar sekiranya orang yang download software dari anda (mengandungi spyware) dan install. Program ini tidaklah memberi pulangan sedahsyat Program Affiliate, faktanya mudah, Program/ Software Komputer kini sangat mudah didapati secara Pirate aka Cetak Rompak.

5.PPL (Pay Per Lead)

- Anda akan dibayar dengan membawa pelawat baru ke sesuatu web dan register web tersebut. Program ini juga banyak memberi pulangan jika kena caranya, banyak tapak2 website terkenal membuat promosi dengan cara ini, Kenalah dengan Caranya yang mudah,  komisennya juga  tidaklah sebanyak seperti Program Affiliate Marketing. Tetapi satu method bagus untuk anda memulakan Perniagaan Internet, Komisennya sekitar USD0.30 sehingga bawah USD10.00. Kebanyakan Website yang menawarkan Affiliate PPL adalah program website ”Hubungan Sosial” jadi fikirkan adakah pendapatan anda itu Halal @ tidak??

6.MLM (Multi Level Marketing)

- Ini saya pasti anda tahu bagaimana ianya berjalan? tidak perlu saya terangkan. jika anda ada downline yang ramai sudah pasti anda kaya-raya… Dan downline anda pula yang berkerja siang dan malam untuk meng “kaya” kan anda, ramai “Orang Kita” yang terkena dengan program MLM Internet ini yang menyedihkan saya. Adakah anda salah seorang? oppsss sila maafkan saya, tapi fikirkan 2-3 kali dari awal hingga akhir.

7.Menjual ruang iklan didalam blog dan website

- Iklan kebanyakannya berkongsep servis atau Entertainment.  Rasanya ramai dah sedia maklum. seperti yang terdapat dimana-mana iklan website/blog yang anda lawati.

8.Membuat kerja freelance seperti web design, photoshop

Sekarang saya mahu anda teka apakah cara terbaik untuk menjana wang yang banyak dari internet dan berpotensi membuatkan anda jadi jutawan, yang agak menarik juga tidak memerlukan modal kewangan yang besar, TETAPI modal ILMU PERNIAGAAN INTERNET.

Adakah PPC?

- Salah!

Adakah Forex?

- Salah!

Adakah MLM?

- Lagi la salah!

Jawapannya ialah :

Affiliate marketing.

Mengapa Affiliate?

Baca artikel ini sampai habis jika anda berminat ;)

Apakah sebenarnya Affiliate ni?

Anda menjadi orang tengah untuk mejual produk bergantung niche yang anda pilih.Setiap produk yang berjaya dijual melalui anda, anda akan menerima komisen.

managedaffiliatediagram1

Bagi mengelakkan anda konfius, saya akan menerangkan asas-asas pertama dalam Affiliate iaitu Niche(kemahuan). Niche adalah sangat general, banyak memberi makna.

Apakah itu Niche?

Niche adalah segmen market yang ada kemahuan dari customer yang mahukan solution(penyelesaian) dalam segmen market tersebut.Maksudnya segala masalah yang ada di dalam dunia ni.

Contohnya kita gunakan Health sebagai market.

Health boleh dipecahkan kepada jenis penyakit lak.Contohnyaacne,obesity, hair loss dan lain-lain.

Sekarang saya pilih kategori acne. Apa yang  selalu dicari kat Google berkenaan acne atau apa masalah orang yang menghidap acne ini?

1)Selalunya orang search acne cure atau acne treatment.

3)Contoh web berkaitan dengan acne yang dibina oleh affiliate untuk promosi produk mereka, sila klik: freeacnein3days

2)Jadi kita sebagai seorang affiliate marketer, jual la produk berkenaan cara nak rawat acne (acne treatment).

Konsepnya ialah kita cari market yang ramai ada masalah atau keinginan atau desire.Dan kita bagi solutionnya dengan promokan produk berkaitan niche tersebut.

Contoh niche lain, yang boleh saya berikan untuk pemahaman yang lebih:

Niche: Forex
Keinginan Pasaran: Nak buat duit mudah dan pantas.. secara specific diorang nak ability untuk tahu matawang apa yg naik dan turun kelak.
Produk & Solution: Analysis Program. Anda “Promote”kan analisis program forex kepada mereka… Terdapat terlalu banyak program analisis ini di Clickbank (Sebuah Program Affiliate) …

Niche: Love and Making Up
Keinginan: Baru gaduh dgn awek.. nak berbaik semula.
Produk & Solution: Magic of Making Up. Produk ini mengajar orang mcm mana nak make up balik dgn ex dan jalin hubungan semula. And banyak lagi produk yg sewaktu dgnnya di Clickbank atau mana2 Program Affiliate

Dimana nak cari produk untuk dijual?

Banyak tempat yang menawarkan program affiliate untuk anda menjual produk.Antaranya ialah :

Clickbank
Share-a-Sale
Commision Junction
Clixgalore
Linkshare
Performics

Potensi pendapatan?

Setiap produk digital (Ebook, perisian, keahlian website) Clickbank yang dijual mempunyai commission dari 50% sehingga 80%.

Cuba bayangkan jika ebook dalam niche acne berharga USD60.Dan komisen yang anda terima untuk ebook acne ialah 50%.Jadi untuk setiap sebuah ebook acne yang berjaya dijual,anda mendapat USD30.

Katakanlah anda berjaya menjual sebuah je ebook acne sehari.Jadi pendapatan anda bagi bulan itu ialah USD900.Kalau convert ke duit Malaysia,dekat rm3000 bukan?(atau lebih..adakah Matematik saya silap? heh).Sudah Banyak bukan untuk pendapatan sampingan? Itu baru untuk satu niche.Anda boleh membuat banyak niche serentak jika telah mahir dan seterusnya meninggalkan kerja 8.00pagi – 5.00petang anda.

Jika anda mempunyai teknik,pengetahuan dan kemahiran yang betul,setakat 10 sales per day tidak menjadi masalah.

Antara jutawan yang menjalankan bisness affiliate marketing dan berasal dari Malaysia : Patric Chan, Gobala Krishnan, Irfan Khairi, Stuart Tan, Ewen Chia(Singapore), dan ramailagi Jutawan diluar sana yang menjalankan aktiviti Affiliate Marketing secara “Underground”.. Mereka ini mudahnya, seseorang yang tidak mahukan publisiti tidak seperti Sdr Irfan Khairy..Apa yang mengemparkan mereka adalah 2-3 kali lebih kaya dari IK, yaaa benar mereka cukup berjaya dan happy dengan apa yang mereka lakukan.

Cara pembayaran pendapatan?

Bergantung kepada affiliate network yang anda sertai.Clickbank contohnya membayar dengan menghantar cek ke rumah anda.Selain itu anda juga dibayar dengan menggukan PayPal.

Di mana nak belajar Affiliate marketing?

Berikut merupakan tempat terbaik didunia untuk belajar Affiliate Marketing.Disini ini anda akan dididik dari tak tahu apa-apa sehingga anda mahir dalam affiliate marketing dan seterusnya berjaya menjana at leastUSD10000 per month.Personal coaching juga disediakan disini!

41

Link: WealthyAffiliate

Psst: Sila ke Blog saya untuk mengetahui lebih lanjut jika berminat. Klik Sini:Apasaje.net

Banyak affiliate marketer Malaysia telah berjaya membuat sales paling kurang sehingga USD1000 per day setelah belajar disini.Malah kawan saya sendiri (juga Sifu saya) yang berumur sekitar 20-an telah mempunyai income lebih USD1000 sehari.Dia baru 6 bulan belajar di web tersebut dan sekarang memakai kereta Mazda RX8!

Sukar percaya bukan? Silalah search review berkenaan WealhtyAffiliate di Google.You will be amazed on how much positive review they got! …WA adalah sebuah University terbaik untuk Affiliate Marketing

 

Affiliate VS Forex VS Adsense

1.Jika anda mempertaruhkan pendapatan melalui Adsense untuk menyara hidup, anda berdepan dengan risiko kerana usahawan Google Adsense bergantung kepada belas insan Google.Sekiranya Google menukar algorithm, ramai yang menerima tempiasnya kerana pendapatan mungkin akan terjejas dengan banyak.Hint (SEO)

2.Forex memerlukan modal yang banyak dan juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi kerugian.Sebelum memahirkan diri, mungkin anda telah menghabis banyak wang.

3.Affiliate marketing merupakan bisness yang selamat untuk diceburi kerana anda hanya memerlukan modal yang kecil jika anda memilih teknik Artikel Marketing untuk pengiklanan.

Artikel ini ditulis daripada pengalaman saya mencuba bermacam-macam cara untuk mencari wang di internet.

Semua yang ditulis dalam artikel ini adalah benar.Ini bukanlah SCAM.Seperti yang saya senaraikan di atas. Sekali lagi saya ingatkan:

ILMU, ILMU DAN ILMU!!…PERNIAGAAN INTERNET BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH SEPERTI ANDA FIKIRKAN, ILMU PERNIAGAAN INTERNET ADALAH ASETNYA…SIMPAN INI DALAM MINDA!!!

Tempat terbaik untuk mendapatkan Ilmu Pernigaan Internet adalah di:WealthyAffiliate

Penulisan panjang lebar diatas dibuat diatas rasa kesedaran saya yang melihat terlalu ramai “Orang Kita” yang tertipu dengan Program mengarut “Membuat duit di Internet” Semua yang ditulis dalam artikel ini adalah benar.Ini bukanlah SCAM dan saya mempertaruhkan kredibiliti saya sebagai Webmaster & Blogger dengan menulis artikel ini. Jika berminat untuk memulakan perniagaan Internet & mempunyai motivasi yang tinggi untuk memulakannya. Sila ke blog saya untuk mengetahui dengan lebih detail lagi.

Salam Ikhlas,

www.apasaje.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...