Trivia Menarik: En. Puaka merupakan Tokan rokok yang berjaya semasa tinggal di Hostel dulu, pasarannya melangkau ke Blok C & D dan diedarkan oleh kutu-kutu yang dilantik khas. Yang menjadik mangsa adalah keta aku, digunakan untuk menyeludup berkarton-karton rokok melepasi Pondok Pak Guard ke dalam Kampus.
Menurut En. Puaka Perarakan Thaipusam Kaum Hindu untuk memuja Lord Murugan akan bermula di sebuah Kuil Hindu di Pusing, Ipoh Perak. Menurut research yg di baca En. Puaka Perarakan Kavadi bakal bermula di Kuil Sri Mahakarumaryamman Muneshwarar. Sebuah Kuil di Pusing.

Menurutnya lagi, Di Malaysia merupakan yang terbesar di dunia, sambutan Thaipusam turut disambut dengan meriah di kuil Gunung Cheroh Sri Subramaniar, Ipoh, Perak; kuil Arulmigu Balathandayuthabani, Pulau Pinang serta tiga kuil di Johor iaitu kuil Sri Muniswarar di Tampoi dan kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air serta kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel, Johor Bahru(hoh???)….Gua, Lan dan Mal tergaman beberapa minit disebabkan kenyataan En. Puaka ini dan di sebabkan faktanya yg bernas dan tepat kami sepakat melantik En. Puaka untuk mengetuai Trip Truckster Adventure Team untuk ke Pesta Thaipusam.
Pada awalnya kami merancang ntuk terus ke Bt. Caves, disebabkan kos yg tinggi menyebabkan idea tersebut gagal dan kami mengambil keputusan ke Ipoh saja. Sebagai ketua misi En Puaka dipertangungjawabkan merangka trip, menetapkan budget dan juga menganalisis kesukaran yang akan kami tempuhi.
Pagi2 lagi kami bangun dan tanpa breakfast kami menyiapkan diri ntuk ke Pusing, destinasi pertama kami. Mengambil masa selama 20minit akhirnya tiba. Kami heran lantas naik bigung kerna tidak terdapat sorang pun macha kat Pekan Pusing. dalam kami mencarik-carik kuil hindu di pekan Pusing maka datang sorang Apek Tua Berbasikal Tua selamba melakukan wheelie didepan kami dan aku seraya bertanya kepadanya “Apekk!! bawak kavadi punya olang mana pigi arrr?? itu thaipusam punya pesta???”. Soal gua. “Owh itu aaaarrr, lu pigi straight nampak simpang lu masuk, then ada itu kuil, dalam sana ada itu olang bikin kavadi”. Jawabnya ringkas. Setelah mengucapkan terima kasih kami terus ke Kuil yg apek tu cakap tadi. Sampai saje kat Kuil tu satu macha pun tarakk!!!. Gua suspek kami dah kena kencing dengan Apek Tua Berbasikal Tua tu. Cisssss!!!!
Tanpa banyak soal kami terus ke Ipoh dan tiba di area Medan Kid kami lihat ramai orang dan Polis mengawal Trafik…Yaaaa ini laaahhh yang kami tunggu2 dan gua seraya melakukan drift ntuk park keta di area Stesen Shell seberang jalan. Kami benar-benar teruja, menyiapkan kamera dan peralatan lain ntuk menyertai pesta ini. Sambil menjunjung periuk susu serta kavadi, penganut Hindu berduyun-duyun berjalan sejauh 10 km melalui beberapa jalan termasuk Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusuff, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Muda Musa untuk ke Gunung Cheroh.

Macha ni dah berapa kali stop, gua suspek dia dah sakit giler usung bendalah tu. tgk la duri2 menyucuk kat badan dia. ngeri siall.
Info Menarik: Apa yang kami perhatikan tiada sorang pon orang Melayu kecuali kami menyertai Perarakan itu. Pelikkan? kenapa kepelbagaian kaum dan tradisional yg unik ni orang melayu tidak beberapa into.
Pelbagai aksi ngeri dan berani mati dapat dilihat seperti mencucuk pipi dengan anak panah sehingga tembus kiri-kanan, mencucuk mata kail di belakang badan, melontar buah kelapa ke dinding, apa yg best terdapat jugak buah-buahan tempatan & import turut di gantung di tubuh badan masing-masing. Kami makin teruja dengan aksi2 sebergini rupa kerana dapat dilihat secara live beb!!! mana lagi nak tengok. Gua naik seram apabila terdapat jugak kanak2 Ribena mengusung kavadi, memang hardcore gile!!! kecik-kecik dah into dalam benda2 ngeri macmni.
Info Menarik: kami berada di sana selama 4 jam… dan perut sudah mula berbunyi, setelah perarakan sedikit reda kami bersiap ntuk pulang. On the way balik lepak kat Nasmir Taman Ipoh, ntuk makan2 sebab sebelah petangnya kami akan ke Bota ntuk mengkarate buah Durian di Kebun Atuk Meon.







January 24th, 2008 at 10:09 pm
soalan best aku..
x jumpa Ayah Pin ke..aduh alang2 lu olang pegi kerajaan langit aka Hindraf Geng Party gheto xkan xjumpa kut Ayah Pin..hahahaha
bagus la korank mengeratkan silaturrahim ngan geng macha…wachaaaa!!~
lepas nih CNY ko pegi la tokong lak wahaha mana tau jumpa Ayah Pin Kat sana…dia tgh convert hahahahaha…
January 24th, 2008 at 10:21 pm
huh pandai2 lu…..Ayah Pin dah ada kat atas bulan, dah jadik pemerintah agung kat sana…dia kan mahadewa kerajaan langit
maybe on da way nak g planet Marikh kot!!!!
January 25th, 2008 at 7:04 pm
owh pegi planet marikh ek..yg semalam paper ckp nmapk makhluk ijau kat marikh tgh duduk tuh Ayah Pin la yek..hebat la ko nih mmg up to date…NASA pun xtau sapa tapi ko lagi tahu hahahaha…nih mesti hasil dari buku Uncle Wong tuh buat ko jadi power + Calclus Ghey book wakakakaka…
p/s: update la awek2 cun kat Perak
January 25th, 2008 at 9:59 pm
heheh korang syok ke tengok perayaan thaipusam tu? best ke?
syia takut la kalau tengok orang kene cucuk2 besi tu huhh
January 25th, 2008 at 10:21 pm
bukan takat syok la Syia…..excited gile, maklum la benda ni kitorang dapat tengok secara live depan2 mata…satu pengalaman yg hebat. tahun lepas ada g tp xsemeriah macam ni
Kat dunia ni mana lg nak tengok, kat Mesia je ada…kat India sana nun mana ada Thaipusam day
January 29th, 2008 at 8:59 am
sambut thaipusam skali ker?..