GUA BERTANDING DI PARLIMEN – P074 LUMUT.
Kenapa tarak percaya arrr?? ini bukan mimpi atau Fantasi jauh skali firasat psiko Nenek Maimun, semalam gua telah mendapat mandat dari En. Pazuzu iaitu Presiden Parti Undi Rosak(PUNDAK) Malaysia untuk mewakili Parti di P074 – Parlimen Lumut, Perak. Pada awalnya gua merancang untuk bertemu satu lawan satu dengan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput, pada saat akhir senarai calon berubah, gua akur dengan apa jugak keputusan Presiden Parti, YB Pazuzu yang mungkin mempunyai strategi lebih bijak(Gua Saspek dah kena rasuah hape dia ni)…dan tiada tindakan demonstrasi jalanan, mogok lapar atau sebarang surat-menyurat dibuat bagi menentang keputusan muktamad En. Pazuzu yang akan bertanding menentang Perdana Menteri di Parlimen Kepala Batas itu. Dengan ini mengikut perintah diri sendiri gua secara rasminya mengumumkan:
“Truckster Calon Parti PUNDAK bagi – P074 Parlimen Lumut, Perak”
Sila ke Laman Web Rasmi Parti PUNDAK:
http://pundak.wordpress.com/
untuk mengenali kami dengan lebih mendalam.
Antara persiapan menjelang PRU12 ialah Lagu Tema dan Video Muzik Pilihanraya PUNDAK ini:
Lagu/video ini merupakan mangkin kepada kempen PUNDAK untuk meraih kemenangan besar bulan depan. Ini akan diikuti dengan Manifesto (atau dalam Bahasa Malaysia – Manipesto) PUNDAK yang akan kami siarkan dalam beberapa hari lagi sebaik saja kami mendapat tahu Manipesto itu sebenarnya apa-benda.
Gua sudah mengerah ahli2 Truckster Adventure Team untuk memulakan Kempen Propaganda, dan Manifesto yang akan gua gunakan sepanjang kempen menjelang hari pembuangan undi pada 8 Mac ini. sumbangan yang akan gua errr…sumbangi di kawasan Lumut adalah:
1) Menghapuskan tambang feri ke Pulau Pangkor. Hal Ini gua saspek bisa menyebabkan peningkatan statistik jumlah pelancong untuk mengunjungi Pulau Pangkor dan seterusnya menyebabkan pembangunan di sekitarnya semakin bertambah baik. nasib nelayan2 tradisional juga secara automatis akan lebih terbela.
2) Meng”restructure” semula sistem pengurusan sampah pepejal dan juga bahan buangan kilang-kilang supaya pencemaran teruk di kawasan Lumut Port & Sri Manjung dapat dipulihkan semula. Juga memperhebatkan lagi kempen “Say No To Plastic Bag”.
3) Mengumumkan secara serta-merta penurunan HARGA ROKOK, minyak petrol, Diesel, dan juga makanan keperluan asas kehidupan manusia secara berperingkat. Menghapuskan kupon tempat letak kereta dan monopoly yg dilakukan sesetengah Kingpin peniaga barangan runcit.
4) Menubuhkan satu Jawatankuasa Di Raja bagi memantau harga makanan, dan tahap kebersihan di Restoran-restoran Mapley(Mamak) yang sejak akhir-akhir ini mereka secara “sukhatibapaktirilakimakdiajerrr” menaikkan harga makanan yang dijual. Pejaddahnya air kosong pun RM0.40??
5) Mengistiharkan Bandar Manjung, Sitiawan dan Lumut sebagai hub teknologi serantau, di mana gua akan memasang Sistem Wireless Broadband 34Mbps secara percuma untuk kegunaan rakyat tanpa had 24/7…Fakta Menarik: Jangan melakukan mogok/demonstrasi jalanan jika akses ke laman web pornografi disekat. Ini bagi menjaga moral masyarakat sekeliling.
6) Mengazetkan Bangunan-bangunan Vintage di Pekan Sitiawan(Pekan Komunis Chin Peng) sebagai Warisan Klasik Sepanjang Zaman. Dimana pemilik yg ingin memperbaiki kerosakan/upgrade bangunan mereka boleh membuat claim kepada Majlis Pembandaran, selagi ianya tidak mengubah structure klasik asal bangunan tersebut.
7) Menyedarkan Mat-mat Rempit dengan memperkenalkan “Program Mat Rempit Berkebajikan” dimana seorang tokoh kaunseling tersohor akan dipanggil setiap minggu untuk memberi kesedaran sivik terhadap Mat Rempit, supaya mereka melakukan sebarang aktiviti yg lebih berfaedah selain merempit seperti menjaga kebersihan di Masjid, Kuil, dan kawasan tumpuan umum yg lain.
Menghantar ekpedisi Putera Pundak aka Mat Rempit Berkebajikan ke kutub utara, tanpa tujuan yang nyata, pastu keluar kat media mengatakata kami berjaya taubatkan ex-mat rempit.
9) Menghapuskan secara keseluruhan Khidmat 40tahun Bas General & Perak Roadways yang “horror” dan menggantikan dengan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Monorail & Keretapi Bawah Tanah. Khidmat Keretapi Laju juga akan diwujudkan dari Lumut ke K.L hanya mengambil masa 30minit.
“Akhir kata Jom Bersama Menuju Parlimen Lumut Berkebajikan”
Video Penuh Manifesto Parti PUNDAK
Sooo…. camner korang nak undi gua ke x???sesape yg xcukup umur @ xde nama dlm senarai SPR, korang terjah jerrr pusat pengundian tu, yg penting buat undi rosak…








