Pameran Elektronik terbesar dunia ataupun lebih di kenali sebagai CES 2008(Consumer Electronic Show 2008) baru sahaja melabuhkan tirai di Pusat Konvension Arlington yg dianjurkan oleh (CEA)® Consumer Electronics Association.

CES® 2008 berlangsung pada January 7-10, 2008, di Las Vegas, Nevada. Kemegahannya & kehebatannya tidak dapat dinafikan apabila mencipta rekod sebagai pameran yang terbesar pernah di adakan dalam Sejarah CES meliputi 1.85 juta square feet ruang pameran, penyertaan 130,000 Profesional ICT seluruh dunia, lebih 20,000 product baru diperkenalkan dan penyertaan lebih 2500 Syarikat ICT terkenal. Pelbagai produk elekttronik, hardware2 terbaru, inovasi terkini, gajet yg terlampau best, dan beberapa orang model-model cun yg mugil(apa maksudnya ni?? gua main hantam jerr taruk ayat ni???) tersenyum mesra memperkenalkan product terbaru mereka.Ianya sememang mengujakan makhluk yg mempunyai “roh” digelar Tech. Freaks. Dalam banyak2 gajet yg dipamerkan terdapat jugak yg aku rasakan sungguh pelik bin ajaib, inovasi apakah ini?? apakeharamjaddahnya gajet2 ini diwujudkan?? fungsinya jugak sungguh pelik dan mengarut. Ok, tanpa banyak bicara kat sini aku senaraikan Gajet Yang Pelik di Pameran CES2008…enjoy!!!
1) Rubik Cube MP3 Player.

Fungsinya Di mana seseorang pengguna perlu menyelesaikan Kiub Rubik dahulu untuk mendengar MP3 melaluinya, sungguh pelik bukan?? jika aku penggunanya sudah tentu akan ku campak ke dinding…
2) Scratch ‘n’ sniff MP3 players
MP3 Player yg berbau itulah gelarannya, pelbagai perisa bau termasuklah orange, strawberry, Limau Epal atau apa-saje buahan yg ada kat atas mukabumi ini, merupakan inovasi hebat dari Negara Matahari Terbit. Sememangnya kool!!
3) Ear Wax Camera/Cleaner.

gadjet ini gua anggap satu inovasi yg pintar, dilengkapi kamera kecil beserta lampu laser, syabas kepada penciptanya. Semestinya pendengaran anda menjadik lebih produktif selepas menggunkannya.
4) Sweet cake PC.

Nampak enak bukan?? jangan terpedaya dengan pandangan pertama, jika anda membuat keputusan untuk memakannya sudah tentu perut anda akan meragam dan memulas-mulas kerna menelan motherboard, CPU, RAM, VGA dan segala hardware2 yg terdapat di dalam Sweet Cake PC. Sememangnya kerja gila ini sangat kool. heh!!
5) Butt Cooler Chair.

Kerusi Untuk menyejuk bontot, bergitulah terjemahannya. Dilengkapi sebuah mesin cooler seakan aircond yg menggunakan koneksi USB ntuk mendapatkan sumber tenaga daripda PC/Laptop. Ia sememangnya kool dan aku tidak akan teragak-agak ntuk memilikinya suatu hari nanti.
*AMARAN: artikel di bawah ini merupakan bacaan dewasa, jika umur anda 18tahun dan ke bawah sila berhenti di sini dan tekan butang x(pangkah) disebelah atas kanan tetingkap browser anda untuk menutup blog ini. Jika anda berdegil untuk meneruskan pembacaan sila dapatkan nasihat orang yg lebih tua untuk memerhatikan anda.Pemilik blog ini tidak akan bertangungjwab jika berlaku kejadian yg tidak diingini berlaku terhadap anda kelak.hoh!!
6) B**bs Radio.
Apakejadahnya radio ini??…sila gunakan kepintaran imaginasi anda untuk mengambarkan rupa paras keseluruhan Gadget ini.
7) Internet Friendly Urinal

Merupakan kantung untuk menyimpan kencing anda, jika tengah syok melayan internet dan bergitu malas ke tandas, sesungguhnya manusia yg menggunakan Internet Friendly Urinal, adalah tidak berguna untuk hidup di muka bumi ini.
psst: x sabar nak tunggu CES buat Pameran di KL….bila tuh?





