Browse > Home / Archive: March 2008

| Subcribe via RSS

WTF Moment: Anuar Zain Rela Dicium?

March 31st, 2008 | 10 Comments | Posted in Believe it or not?, WTF Moment, Yang Menarik

Bangkit awal di pagi hujung minggu ntuk subuh berjemaah di surau(bole caya ke??) adalah saat yang paling bahagia, seterusnya melungsuri laman-laman blog, forum-forum dan web media alternatif adalah tabiat wajib aku setiap pagi, ini bagi menyeimbangkan pemikiran dan melatih otak menjadik lebih produktif & efektif setelah seharian dibobrokkan oleh media propaganda milik kerajaan. Sedang aku asyik melayan topik perdebatan politik di forum cari, dengan tiba2 jari ini ter”click” kat board Gossip(yaaaa i know that Sucks To layan gossip ). Dan dengan tiba-tiba lagi ter”click” satu thread yg bertajuk “Anuar Zain rela dicium – Pakej bayar dan cium – Gambar peluk cium pg. 8″…What The Hell?? hatiku menjerit kebingungan..Dalam thread itu jugak diletakkan bukti video Anuar Zain dicium dan peluk oleh seorang yang boleh dianggap nenek, bergambar penuh mesra, memberi siuman kepada makhluk yang bergelar Anuar Zain. Owhhh apa bala pulak ni?? getus hatiku, memang benar dan terbukti melalui video tersebut kejahilan seorang makcik dan beberapa rakannya memeluk dan mencium artis pujaan hati.

Fakta Menarik: Kepada korang yg xkenal siapa itu Anuar Zain, dia merupakan adik kepada Ziana Zain ala penyayi & pelakon popular 90-an dulu, lagi sape tu abang dia yg ada Zain2 kat blakang tu..Kira anak kepada Hj Zain la yekk..:-P

Bergitu rendahnya moral makcik(aku sapek seorang yg bertitle datin ke hape sbb majlis grand seperti itu diadakan di sebuah Hotel) tersebut, apakah bacul suaminya membiarkan makcik itu memeluk dan mencium Anuar Zain?benar aku tidak mempunyai hak untuk berkata sebergitu rupa? tetapi sebagai saudara seagama aku berasa terpalit rasa malu dengan tindak-tanduk yg tidak bermoral mereka ini. Berasa malu yang amat sangat jika ianya ditonton oleh rakan yang bukan seagama dengan aku. Apakah Makcik dan rakan-rakanya itu mempunyai akal yg waras??apakah rasionalnya?? dan apakejaddahnya??Aku sebagai seorang blogger yang hadhari mahu mengutuk sekeras-kerasnya kejadian ini..Ini adalah video penuhnya:

psst: Artis semacam inikah yang kita banggakan di BolehLand ini?? Aku juga menyeru kepada korang untuk memboikot album si Anuar Zain..kalo dah desperated sangat tu download jerr MP3 dia, xpayah beli album…sekian peace!!

Pekerjaan Menteri Selepas Tidak Dilantik

March 30th, 2008 | 10 Comments | Posted in Believe it or not?, WTF Moment, Yang Menarik

Entri Berikut adalah merupakan satira dan celaan sinis terhadap bekas-bekas Menteri yang tidak dilantik dalam kabinet baru Pak Lah.Okeh jom kita bergelak ketawa sebelum memulakan hari di pagi jumaat yang indah ini. Kredit sebanyak 4lori diberikan kepada forumer cari iaitu ZainuddinMaiddin yang kreatif gila menghasilkan gambar ini…hehehe peace!!!!

1) Dato Sri Jamaluddin Jarjis dilihat kehulu-kehilir di pasar borong pekan Rompin, dilaporkan dia dilihat membuat “deal” dengan Ah Chong iaitu seorang Tokey ikan terkenal di pekan rompin. Segala teka-teki terdedah apabila dia dilihat menjual ikan dengan rakan baiknya Rammasami Karuppiah!!!
2)Sementara itu, situasi berbeza pula di Kedah, Bekas Menteri Besar iaitu Mahdzir Khalid dilihat bersama kerbau kesayangannya dilihat sedang membajak sawah di tanah pusaka milik keluarganya.

3) Datuk Idris Jusoh pula dilihat sedang menjalankan business Keropok lekor di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu selepas percubaannya menderhaka kepada Sultan tidak berjaya. Dia bersama 22 Adun yg turut menderhaka sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah kilang Keropok lekor di belakang rumah Idris untuk diproses dan dieksport ke luar negara dipatentkan sebagai “Keropok Lekor Hadhari”

4) Di Kuala Selangor pula Dr Khir Toyo menghadapi dilemma bersama penyapu, dia dilihat berpakaian seragam tukang sapu Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Mungkinkah dia mendapat karier baru sebgaai tukang sapu Majlis Perbandaran? Terdengar juga gosip awam yang mengatakan Khir Toyo akan berpindah ke Jawa untuk menyelamatkan industri tempe yg dikatakan sedikit bermasalah di Indonesia.

5)Sementara itu di Putrajaya Datuk Tengku Adnan dilihat menebar roti canai di Restoran Pelita Nasi Kandar. Dengan aksi2 tebaran yang penuh dengan skill, dia meungkin sedang berlatih untuk melayakkan diri ke pertandingan roti canai peringkat antarabangsa di India hujung tahun ini.

6) Sementara itu perkara menarik terjadi di Bachok Kelantan, apabila seseorang yg disebut-sebut bakal Menteri Besar, Datuk Dr Awang Adik Hussain dilihat menjalankan perniagaan tradisional warisan keluarganya iaitu khidmat mengurut…owh servis tukang urut wanita xde ke?Datuk??
7) Di R&R Juru Pulau Pinang orang ramai terserempak dengan satu muka yg familiar iaitu Dr Koh Tsu Konn sedang beniaga buah sukun goreng tepung dengan harga RM1 untuk dua keping. DIpercayai resepi rahsia tepung goreng adalah warisan keluarganya.

8) Rapidah Aziz pula membuka kedai Runcit, setelah kawalan terhadap AP yang dikuasainya sebelum ini telah dirampas oleh orang lain.
9) Sementara itu di Tol Jelapang Ipoh, dilihat (arggghhhh korang letak la ayat korang sendiri kat sini, maleh aku nak taip pepanjang)…..wakakakakakak Cittt pppooooooorarrraaaahhhhhhh Mr. Sammy.

Superhero The Movie

March 30th, 2008 | 10 Comments | Posted in Review

Salah satu genre Filem yang aku gilakan dalam karier yg penuh ranjau sebagai kaki Movie adalah Spoof Film aka Parody Film, ianya tidak dinafikan bisa mengelikan hati dikala berduka-lara. Antara koleksi DVD cetak rompak Spoof Movie yg berada kat rack DVD aku ni adalah Scary Movie 1 hingga 4, The Naked Gun, Epic Movie, High School High, Airplane!!, dan terbaru Meet The Spartans serta banyak lagi. Tak dinafikan Scary Movie adalah citer yang paling harammmm skali aku pernah tengok instead of Jackass & Austin Powers.
Satu lagi Spoof Film(gua saspek paling gempak) yang akan keluar. Actually dah tayang kat US 28March lalu. Merupakan Spoof dari berbagai filem superhero iaitu Spiderman, Batman Begins, X-Men, Fantastic Four dan banyak lagi. Watak utamnaya merupakan superhero pepatung….arrgghhhhh shit!!! tiba2 mati kutu plak, apa lg nak taip ni?? Ok aku gi mandi jap………..Ok sambung balik, citer ni merupakan buah tangan dari mereka yang pernah mengarahkan Scary Movie dan The Naked Gun, jadik apa yang anda harapkan dari mereka??Okeh korang layan dulu trailer yg aku dapat dari Youtube ini.

Ni ade 3 jenis wallpaper untuk korang download(Kedit to khai). Semuanya bersaiz 1280 x 1024.
Download 3 Superhero Wallpaper

Owhhh jangan lupa websitenya jugak: http://www.superhero-movie.net/

Nampaknya aku musti “mendapatkan” segera Superhero The Movie untuk ditonton pada cuti hujung minggu ini, kerna inilah sahaja masa terluang yg aku ada? arrrghhhh camne ni? owhhh dah dapat idea…muehehehehe!!!!


*Amaran: Adik-adik dinasihatkan tidak meniru aksi seperti yg dipaparkan diatas kerna ianya menyalahi moral dan etika hakcipta, abang terpaksa lakukan ini kerna dah desperated sangat nak tengok Superhero The Movie Ini….

Mahu Menjadi Watak Prison Break?

March 25th, 2008 | 4 Comments | Posted in Believe it or not?

Mahu menjadik watak Michael Scorfield?xpun abangnya Lincon Burrow? Mem”Break” Prison, dengan memanipulasi skill kejuruteraan struktur yang kompleks? Atau sekurang-kurangnya anda ingin menjadi watak Gay seperti T-Bag atau watak mafia Lenchero?? Dengan mempunyai wang anda boleh melakukan segala-galanya bukan?? Disini aku senaraikan beberapa buah Penjara…..ermmm actually Jail Hotels, bagi anda yang ingin merasai pengalaman berada di dalam penjara hah inilah masanya. Ermm xsilap Penjara Pudu pon ada tiru konsep ni jugak kan??apakes skang ni xdengar citer pon?

Fakta Menarik: Ada sesetengah Hotel Penjara ini diiktiraf “luxurious 4-Star Hotels” dimana tetamunya dapat merasai pengalaman bermalam bukan sahaja di sel-sel penjara tetapi juga di Library, Pejabat Pengarah Penjara dan merasai suasan di Kantin Penjara.

 

 

Boston, Massachusetts: Sebuah Penjara Terkenal iaitu Charles Street Jail, ianya merupakan model penjara terkenal sekitar tahun 1800, dibaikpulih semula pada sekitar tahun 1900 untuk dijadikan hotel. Ianya diiktiraf sebagai hotel 4-bintang di tengah-tengah Kota Massachusetts.Owh kalo bergini aku pun mahu ke sana.

Mt. Gambier, Australia: dinamakan sebagai “The Mount Gambier Jail” ianya juga hasil dari Penjara sebenar yg di”renovate” semula. Ianya sebuah hotel budget sesuai untuk backpackers dan pengembara jalanan. Mengekalkan ciri-ciri original sebuah penjara tinggal di sel2 yg kecil, berhabuk, dinding yg berconteng dan owhhh!!! pengunjung juga akan diberikan seragam penjara dan dapat merasai semua kemudahan disana.

 

 

 

Liepaja, Latvia: Ini merupakan Prison Hotel Yang tidak akan dilupakan. Masih mengekalkan ciri-ciri penyeksaan dan kezaliman yg berlaku terhadap banduan(especially tahanan perang).Mempunyai bilik tempat banduan di executed seperti kerusi elektrik, tali gantung dan yg paling brutal skali adalah tempat penyeksaan. Anda juga akan dilayan seperti banduan sebenar dimana Prison Guard seperti that As*hole Brad Bellick akan menjerit di telinga anda, melakukan ugutan, dan melakukan warning gun fire. Sounds like a great time, eh?

 

 

Oxford, England: Merupakan sebuah bangunan lama yg dinamakan “The Core Oxford Castle” diubahsuai dgn melakukan sedikit kelainan pada sekitar tahun 1900. Hari ini, the Malmaison Hotel mempunyai overnight rooms, apartments, restaurants and bars. Kebanyakan insfrastrukturnya masih dapat digunakan. dan benar-benar vintage!!!

Menarik Minggu Ini – 25 Mac

March 25th, 2008 | 3 Comments | Posted in Uncategorized
PC Baru Di Opisku.
Persaingan antara 2 mesin pengekod aka Kompiter untuk merebut hati aku….Satunya(sebelah kanan) boleh dikira datang dari zaman denasour dilengkapi CPU Celeron 600Mhz dan 256MB RAM.

Windows XP dan dilengkapi Macromedia Dreamweaver 8 untuk “rendering” dan mengekod web script juga adobe photoshop yg kurun ke berapa ntah. Antivirus tidak diinstall kat dlmnya, dikhuatiri bisa menjejaskan performance yg sedia “terbaik” itu. Dan yang terbaru(belah kiri) pakage dari HP dilengkapi AMD Athlon X2 6000+, 2GB RAM, Win Vista…Berjayakah dia mencuri hati gua?owhhh camni gua kena “mendapatkan” CS3 software di laman-laman torrent yg berhampiran kedai-kedai software original yg berhampiran..

Baju Heroes Yang Smart. Satu design yg smart. Dan aku tanpa berfikir panjang terus tidak teragak-agak mengordernya dari forumer Lowyat.net..lalu RM25.00 kekayaanku berkurang di account Maybank2u, benar-benar berbaloi setelah melihat designnya yg kool…So, Are U On The List???


Kisah Di Terengganu. Derhakakah Mereka
Owhh ini bukan cerita Nenek maimun yaa…bercerita sekumpulan manusia yg rakus inginkan kuasa, sedangkan ada lagi yg lebih berkuasa dari mereka iaitu Sultan Terengganu yg mempunyai hak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Terengganu. Pelbagai helah dan desakan yg jelas menghina Tuanku Sultan dan pihak istana..Mereka sanggup turun ke jalanan dan mengadakan bantahan, hahaha!!! baru anda tahu apa itu demonstrasi..dan satu banner diangkat yg jelas terpapar “KAMI MAHU IDRIS, NATANG” yg bermaksud KAMI MAHU IDRIS, BINATANG…ayat binatang itu ditujukan kepada siapa agak-agaknya????tidakkah ini menghina Istana??Semalam juga aku melihat secara jelas melalaui sedutan video di TV3 Suku..tepuk dada tanya selera
Anda boleh baca artikel penuh disini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7980

Hits Apa-Saje Blog Semakin Mengancam.

hehe!!!! inilah yg membuatkan gua lebih rajin ntuk update entri blog. Hits sudah meningkat naik 200++ sehari. dan lihatlah income kat nuffnang bergitu “hebat” bukan???yeaahhh gua tahu dan gua tidak ingin mencarut disini…income kat Advertlets dah kira ok lahh, inikah masanya yg sesuai ntuk aku removed saje iklan nuffnang tu??