Mar 23

Nampaknya sejak akhir-akhir ini kegilaan Truckster Adventure Team kembali memancing aweks ehhh silap…actually mancing ikan semakin menjadik-jadi, kami menjelajah setiap Muara Sungai, Kuala-kuala, Lubuk-lubuk berpuaka & tidak berpuaka, Tepi Pantai, Kolam Pancing, dan jugak maybe lepas ni errrmmmm….tengah laut. Okeh Kita ikuti pengembaraan mereka di Sungai Kuala Kerak untuk memburu Ikan dan Udang Galah:

Lontaran pertama dari Seorang yang tidak mahu dikenali aka Anonymous..owhhh!!! look like he pointing to something?pebenda plak tu?? seekor buaya membuat aksi terbang di udarakah?kelihatan dari jauh Mat Bozz sedang memasang umpan(yg dlm bulatan tu).
Kelihatan 2 orang sedang bertarung dengan mangsa…Apa punya gambor ko take ni Mat??Gelap jerrr…wakaka hari dah gelap maaaa…
Gua sedang bertarung dengan mangsa yang cukup besar kat situ…benar2 mengujakan, inilah kepuasan sebenar seorang kutu kaki pancing seperti kami…

Guess what??? Apa yg gua dapat?? Nak tau scrool down bebeh….yeahhhh!!!


WTF??? Xde rezeki beb, kita cuba lagi minggu depan yeee adik-adik.

Okeh masa untuk pulang….

Fakta Menarik: On the way nak balik rumah, kami terserempak dengan kemalangan ngeri, sebuah lori hantu melanggar divider dan berpusing 2 kali..Mengikut sedikit research dan gossip awam yang gua dengar keling macha pilot lori tu mabuk, makan todi hape? Hurrmmmm lantak korang lerrr yang penting xde yang terkorban dalam eksiden tu…

psst: Tunggu next entri T.A.T: The Pancings…laporan penyertaan pertandingan memancing yg kami sertai…heheh hadiah dia memang letup beb RM2000.00, berjayakah mereka memenangi hadiah hebat itu???sama2 kita nantikan

Mar 22
Tajuk Berita Yg Weird – Part 2
Posted by Truckster in Uncategorized on 03 22nd, 2008| | 4 Comments »

Jantung Rosak Minum “Kopi Tegak”??

Pejaddahnya Kopi tegak itu???gua masih mencarik-carik kenapa ianya digelar kopi tegak??search kat wiki pon xdek info lg ni adehhhh…Laporan ceritanya berkenaan kopi tegak ni dikhuatiri mengandungi unsur2 kimia yang tidak baik ntuk kesihatan manusia, boleh menyebabkan sakit jantung, kanser dan reput tulang belakang….hoh??

8 Remaja Larikan Bas??

Berita ini berlaku di Johor Bharu?? Pejaddahnya mereka curik dan drive Bas tu pergi jenjalan tepi pantai? Inilah contoh remaja zaman Glokal.hoh!! sungguh berbangga aku.. ini sememangnya mengundang WTF moment dari aku..

Krisis Tempe Di Indonesia??

Melaporkan tentang krisis yang kronik industry pembuatan tempe di Indonesia, ini ekoran kenaikan harga kacang soya yang melanbung tinggi di pasaran antarabangsa. Ini memberi efek kepada komoditi tempe seluruh dunia, dan Indonesia sebagai pengguna tempe terbesar di dunia merasai kesan yang paling kuat….Well, since Khir Toyo didn’t hav any job yet aka Jobless, I think he should moved to Indonesia to save the TEMPE industries..sape stuju angkat keyboard anda!!

Lingam Kejar & mahu Pukul Isteri Dengan Tukul???

Kenalkah korang dengan VK Lingam?? Kalo xkenal korang bleh pergi ke Flat Sri Melaka, naik ke tingkap 12 dan lakukan penerjunan tiruk ke bawah…Tidak berguna korang hidup jika tidak peka dengan isu semasa negara…Berita ini melaporkan bekas pembantu VK Lingam yg menceritakan bagaimana beliau pernah ternampak VK Lingam Kejar & mahu Pukul Isteri Dengan Tukul. Pejaddahnya Makhluk VK Lingam ini?sungguh tidak bermoral?

Lelaki Tenggelam Di Loji Najis??

Aku saspek tajuk berita ini mampu mengelikkan hati sesape sahaja yang menatapnya,Berlaku di kuaters UTM Skudai menceritakan bagaimana seorang Pak Guard yg melalui pengalaman ngeri melihat seorang manusia tengelam dalam loji kumbahan najis…worhhh kalo aku x sanggup owhh mengalami pengalaman horror tersebut isk2 mintak jauh..

Kuasa membeli Yang Lebih Tinggi??

Tajuk iklan ini mengundang WTF dari aku ntuk beberapa kali..pejaddahnya harga minyak kita dibandingkan dengan Negara-negara bukan pengeluar minyak???, sedarlah rakyat tidak akan diperbodohkan lagi wahai pemerintah yg “bijaksana”….rakyat di zaman hadhari dan glokal ini lebih bijak macam sang kancil…korang setujuk x dengan aku???

Pssst: tunggu part 3 ye adik2…kepada adik2 yg tidak lagi menonton episod pertama Tajuk Berita Yg Weird sila click sini

Mar 22
Pada 6,7,8 dan 9 Mac lepas aku berada di kampong Kuala Krai ntuk mengundi dan membantu jentera Pilihanraya, tidak perlulah aku mengumunkan parti mana yg ku bantu dengan ikhlas dan rasa penuh dengan perjuangan di dada..dalam pada itu kami sempat juga menghadiri beberapa siri ceramah politik yang membariskan beberapa pemidato terhebat Malaysia seperti Sdr. Saifuddin Nasution, Husam Musa, Ibrahim Ali, Nasharuddin Mat Isa,Salahuddin Ayub, Tok Guru Nik Aziz dan yang paling letup sekali adalah Saudara Anwar Ibrahim(Pidatonya merupakan yg terhebat sekali setakat ini)..Menjelajah seluruh pelusuk negara dari Perlis hingga ke Sabah demi memperjuangkan kebenaran dan keadilan, dia sememangnya tokoh yg benar2 aku kagumi. Suasana Politik, Pemikiran Matang berkenaan politik dan unsur-unsur islamik dlm politik jelas membezakan Negeri Kelahiran aku ini dengan negeri-negeri lain di semenanjung khasnya negeri2 di sebelah selatan sana. Di sini pesta Poster , kain rentang & propaganda jelas dikuasai pembangkang PKR & PAS, dengan kain rentang diangkat ntuk menangkis setiap serangan Barisan Nasional yang maha hebat menguasai media, membobrokkan pemikiran rakyat.Lihat sahaja poster yg memaparkan Tok Guru Nik Aziz berdoa dengan titisan air mata jelas memainkan isu emosi yg sukar digambarkan terhadap perjuangan tulen menegakkan kebenaran. Di Kota Bharu perarakan anak muda dengan bendera & poster bersemangat kental mendominasi pemandangan, dengar cerita ditahan polis dan merinkuk dlm lokap selama beberapa jam…heh!! tak kisahlah yang penting semangat Orang Muda mesti kuat dan kental..Di Bachok(kawasan Bakal Menteri Besar) khabarnya wang di tabur bagai tiada batasan, puteri UMNO juga menjelajah dari rumah ke rumah ntuk melakukan sogokan dan juga modal lama pembangunan, Di kg aku juga bergitu, jiran sebelah khabarnya menerima RM50, diberikan setiap rumah yg dijelajah mereka.Hurrmmmm RM50?? Inikah maruah Orang Melayu kampong? Ingatlah bahawa target utama pemimpin tertinggi mereka adalah RM500 setiap keluarga di Kelantan jika anda menerima RM50 shja??RM450 lagi senang2 berada di dlm tangan ketua puteri umno tersebut…owhhh sungguh keji permainan mereka ini.Banner sebagai jawapan kepada kempen BN “18 Tahun Pade Doh” yg dilancarkan Pemuda BN
Pada sebelah malam sebelum hari pengundian kami menyiapkan “pos panas”/pos berhampiran dengan tempat pengundian. Tepat pukul 12 malam sebarang aktiviti kempen tidak dibenarkan sama sekali, para petugas sentiasa alert dan berjaga2 untuk menepis segala permainan kotor dari pihak lawan, pada sebelumya Rahim & Jemi sempat mengejar dan mengambil gambar 2 orang luar dengan bungkusan di dalam kereta, dikhuatiri ianya duit. Report terus dilakukan di Balai Polis berserta bukti. Selepas 12 malam ada juga tanda2 rasuah, kelihatan sebuah Land Rover berhenti jauh apabila terlihat kami sedang mendirikan “pos panas”, melakukan reverse dan pusing kembali..beberapa orang diarahkan mengekori mereka dengan motor, kelihatan Ibu kepada calon BN di dalam kenderaan tersebut. Korang fikir kenapa dia lari dari kami?? Tepuk dada Tanya selera.

Pesta di pos utama jugak betul-betul meriah 2 ekor lembu ditumbangkan iras2 mahu menyambut hari raya..Dengarnya di sebelah sana tiada seekor lembu pon ditumbangkan. Aku fikir ini satu rahmat rezeki yang tuhan turunkan terhadap yang berjuang dengan niat suci dan murni menegakkan kalimahnya, menegakkan kebenaran dan keadilan.

Pada hari pengundian aku ditugaskan mengambil & membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Telkong & memberi penerangan mengenai cara memangkah. Owhhh ada SMS dari Din dan Abng Ngah:

“Tok Guru Nik Aziz minta semua baca: La Ilaha Illla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazolimin. Baca sebanyak mungkin mulai skrng hingga selesai mengundi. Sebarkan!!”

Niat sebelum turun mengundi:
“Sahaja aku tolak UMNO-BN kerana hendak ke BULAN dgn menaiki ROKET demi KEADILAN”

“Seekor Lembu kini paling murah berharga Rm2800, seekor kambing paling murah RM300. seoran Manusia kini berharga RM200 shj. Malunya kta kpd lembu & Kambing”Merupakan celaan sinis kepada melayu yang mudah dibeli dgn RM200 shaja..inikah maruah mereka??SMS ini sememangnya menaikkan semangat pejuang muda seperti aku.

Hari mengundi berjalan seperti biasa, para petugas bergitu peka dgn unsur2 undi hantu, sentiasa berjaga-jaga dengan penipuan.SMS lagi dari Abg Ngah

“Huru hara di Rhu Rendang 4 bas ditahan disyaki pengundi hantu. Anjing FRU menggila seorang ditembak, Anak Tuan Guru Hj Hadi di tahan. Sila alert kpd petugas kita ntuk berjaga-jaga”

“Beberapa orang yg mempunyai lebih 20 IC ditahan di Tanah Merah, sila berjaga2 di kawasan anda.Sebar!!!”

Sudah sah!!! Dengan sandiwara murahan SPR membatalkan penggunaan dakwat beberapa hari yg lalu…PRU kali ini bakal dicemari dengan penipuan lagi, petugas sentiasa berjaga-jaga. Setiap pintu masuk ke pusat pengundia di jaga dengan rapi.

Pada sebelah petang kelihatan 2 orang bakal YB datang melawat di Pusat pengundian, bakal YB dari BN turun berserta dengan Jurugambar Khasnya megambil gambar YB bersalam dan beramah mesra dengan petugas kami(buat masa ini petugas BN hanya tinggal beberapa orang wanita dan 2orang lelaki). Aku fikir inilah yg akan dijaja & dibawa bukti jika orang bertanya apa bukti anda mesra rakyat??owhh sungguh murah sandiwara ini..Aku sempat mengambil gambarnya: Setelah habis waktu pengundian saat yg paling genting adalah waktu pengiraan, hamper 2 jam pengiraan dilakukan.Keputusan UPU Kg Telkong adalah berpihak kepada PAS di dua saluran iaitu saluran 1(saluran orang tua) dan 3(saluran muda) manakala saluran 2 tewas tipis 9undi..Takbir dilaungkan tanda kemenangan.

Pada sebelah malam kami ke Kuala Krai ntuk mengetahui keputusan penuh PArlimen dan DUN, Syabas akhirnya PAS dan PKR menang 5-0…”semua kita sapu” jerit RAhim…Benar2 mengujakan pejuang muda seperti aku..Dengar cerita rakan2 dari Negeri Perak, Kedah, Selangor dan Penang juga bakal merasai kemenangan..Inilah nikmat perjuangan sebenar dan kami pulang berarak bendera..Menuju ke Pos untuk menonton laporan keputusan di Negeri Lain, sorakan kuat kedengaran apabila SAmmy Vellu dilaporkan tersungkur di Sungai Siput & Khairy hampir tewas di Rembau(pengiraan semula dilakukan)..Tahniah Semua Pejuang Muda!!

Mar 19
Di Mana Suara Mahasiswa???
Posted by Truckster in Uncategorized on 03 19th, 2008| | 6 Comments »
Masihku ingat lagi…kata-kata Pakcik ku:

“Islam hadhari + project koridor = kegagalan terbesar Badawi & Cronies… “

Saya mahu gelak-ketawa tentang sandiwara projek koridor yg berkeping-keping tu…ini mengundang banyak WTF dari pelbagai pihak

pejaddahnya koridor bertrilion ringgit jika rakyat hidup dlm kesusahan + harga baarng yg menekan +harga tol naik + harga minyak naik + kebajikan rakyat terabai…tepuk dada tanya selera laaahhhh, rakyat sudah buktikan dengan tersungkurnya BN di 5 negeri…memang pada korang yg kaya tidak terasa semua masalah itu…hanya bergoyang kaki dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran…dimanakah keadilan untuk mereka?dimanakah keadilan dari suara mahasiswa?


Fakta Menarik: tahukah anda di dalam negara yang SELAMAT, AMAN dan MAKMUR ini wujudnya perkampungan khemah seperti tsunami Acheh di Kg Berembang Selangor?? kerna hak kawasan perumahan mereka dinafikan oleh pemerintah selangor semasa dibawah Khir toyo????….kalo xtengok lg video nanti aku upload videonya….nantikan di blog saya…ok

cuba lihat betapa rakusnya pihak berkuasa bersama FRU menafikan hak penduduk kg berembang:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6720&Itemid=28

INI baru melibatkan satu isu(aku fikir dah lama)…..banyak lg yg bersawang di dlam jiwa muda saya….tidak lagi termasuk salahguna kuasa, kronisma, nepotisma, salahguna dana negara, bailout project, isu sosial,isu manipulasi, isu badan perundangan yg senang sahaja diperkudakan oleh mereka yg mempunyai wang & pengaruh(kes pita VK linggam)…..nanti ada masa saya senaraikan/dedahkan satu2…..

INILAH YANG MENYEDARKAN SAYA TENTANG PENTINGYA SEMANGAT NASIONALISMA + MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA, KAMI SEBAGAI SEORANG BLOGGER YANG MENGGUNAKAN KEYBOARD SEBAGAI SENJATA UTAMA, SAYA SEBAGAI PEJUANG MUDA BERASA TERPANGGIL UNTUK MENYEDARKAN SEMUA PIHAK TERMASUK PARA MAHASISWA.SEPERTI ANDA, JANGAN HANYA DIULIT MIMPI INDAH DI KATIL-KATIL KOLEJ KEDIAMAN…SEDANGKAN BERIBU INSAN MENUNTUT KEADILAN DILUAR SANA….SEDARLAHHHH….BANGSAKU MELAYU

Ingatkah anda akan sejarah dlu, tahun 70an semasa itu era kebangkitan mahasiswa memuncak.Dipimpin Anwar Ibrahim bersama2 golongan mahasiswa seluruh pelusuk negara berjuang tentang kemiskinan dan kemudaratan di Baling?mungkin anda sudah lupa?….saya agak…gunakan MR. google ntuk lebih jelas lagi tentang sejarah ini……tapi sekarang dimana suara mahasiswa dalam membela penduduk kg berembang???tepuk dada tanya selera….???keadilan dari suara mahasiswa..kami dari PMIM sudah mula mengorak langkah dalam memperjuangkan ini….kami tahu suara kita disekat oleh AUKU. Itu yg membezakan mahasiwa dulu dan kini….tidak hairanlah rangking dunia university di malaysia ini semakin menurun??? tidak sedarkah lagi anda semua..kita hanya dimanipulasi…???tepuk dada tanya selera

KABINET BARU DIBENTUK.

Papepon semalam kabinet baru dibentuk…ramai muka lama disingkirkan, muka baru yang terdiri dari profesional bidang masing-masing yang bukan dari ahli parlimen juga dilantik, ini satu perkara baru dalam kabinet kita…diharap kabinet baru ini lebih, efektif, lebih berakauntabiliti, lebih beramanah, lebih (anda masukkan apa yang sesuai)……

klik ntuk besor..owhh jangan lupa hafal yerr adik2, nanti kang susah time nak jawab interview

Mar 17

Kredit to tranungkite.net

“Video-video dibawoh ni dale bahaso Kelate..jadi kalu demo2 semua tak pehe…tanya laa kawe di bahagian komen..dehhh???”

Selain daripada doa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat malam sebelum pilihan raya, antara lain yang menjadi faktor mendorong PAS Kelantan berjaya mempertahankan kelantan daripada serangan yang cukup sengit ialah wujudnya individu secara spotan membuat bahan-bahan kempen secera bersahaja dan menarik minat. Antaranya ialah wujudnya video klip simple daripada seorang pelayar internet menggunakan nama samaran KelateAnimator telah mengupload 13 video klip ciptaannya sendiri.Video klip ini simple dan menyampaikan mesej yang berkesan, tahniah. 13 video klipnya ialah:

1. Mat rempit.

2.Tahun merawat pemimpin

3.Cokelat

4.Gedebe(Samseng)

5.Bo lah(cukuplah)

6.Bangau ooi bangau,

7.Hantu

8.Air suam

9. Pade doh

10. Masjid Kg Laut

11. Hadis akhir zaman

12. Baitul taubah

13.Kubur Terakhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...