Tag Oh Tag…Lagi…!!!

Minggu ni Aku telah di TAG benda yang sama Oleh 3 jejaka kacak sekali gus iaitu Khai, Deenasour dan Loque demit!!!!

8 perkara rawak pasal diri Aku :

1. Aku suka pakaian yang simple T-Shirt Hitam + Jeans + Selipar Jepun + kekadang pakai sandal N.B & Nike ACG. Tidak suka memakai kasut kerna gua mengangap ianya meremehkan. ini adalah imej aku kemana-mana saje aku pegi eg: Ke Mamak ntuk layan live EPL, bersantai tepi pantai, pegi shopping ke(hoh??), pusing2 town, ataupun lepak2. owh masih ingat lagi konflik dunia dark-side gua.

2. Aku suka minum apa-apa jer janji kandungan air dalam badan aku mencapai tahap yg mencukupi untuk terus bernafas dan menyambung hidup gua yang Hectic.

3. Mengangap Games adalah salah satu resource ataupun keperluan asas hidup aku seperti jugak makanan, air, dan oksigen. xdapat dibayangkan camner hidup gua tanpa sebijik PC + Games yg best kat dalamnya + Koneksi Internet. Skang ni tengah layan main online over Hamachi Server, iaitu Game Call Of Duty 4…

*Fakta Menarik: Aku xlayann Konsol PS2/Xbox/Gamecube….etc, gua pun naik heran?? skang ni sedang membuat research kenapa ini terjadi? xtau apsal? walopun sudah dua bijik PS2 yg rosak kat Rumah ni(kanak-kanak Ribena jer yg men).

4. Aku seorang insan yang tidak suka menggunakan plastik bag..Pelik??owhh tidak!!.juga merupakan azam aku tahun 2008 ntuk mengurangkan lagi jumlah penggunaan Plastik Bag.Jika aku ke kedai untuk membeli perkara mudah eg: beli buku/paper/majalah & makanan yg sedia dibungkus kat Shopping Complex dan jika cashier memberi plastik aku akan menolak secara hormat. Tahukah anda Plastik Bag merupakan sumber pencemaran alam yang terbesar di Malaysia. Jika kita 24juta rakyat Malaysia dapat mengurangkan penggunaan plastik bag, alangkah bagusnya. Jom baca sedikit tulisan Saudara Hisyamuddin Rais yg kuat mendukung kempen “Say No To Plastic Bag” di Malaysia.

5. Mempunyai masalah dalam pertimbangan logic. Yeapp!! gua memang fail kalo dah masuk bab2 logic @ pengiraan aka Math. Bidang pengajian gua di Universitas dulu banyak mengggunakan Formula Math yang horror(repeated subjek Math sudah menjadi Tradisi bg gua dan teman2 seperjuangan), gua suspek otak belah kanan(otak logic) sudah banyak rosak dan perlu di repair.

6. Suma T-Shirt gua satu kaler jer iaitu hitam.

7. Merupakan seorang yang serius apabila bertukar ::Mode Opis:: kerja opis seharian melakukan web design, PHP/ASP/Ajax koding skit dan CMS yang mampu membuatkan otak beku, Dreamweaver adalah “games” yg paling pening gua pernah main. Jika error berlaku gua seraya akan menghentak Keyboard beberapa kali.hoh!!

8. Sejak akhir2 ni hobi gua adalah menternak binatang, baru 2 bulan lepas angkat beberapa ekor burung Puyuh yg Psiko(sampai skang pun xbertelur2 lg damn it!!!) dan terbaru gua ada angkat akuarium dan beberapa ekor ikan hiasan yg tidak psiko. Kucing gua(Labu) pun dah menunjukkan tanda-tanda protes dgn hobi gua itu. gua saspek dia cemburu sebab kasih gua berubah arah kot.


Labu sedang melakukan mogok lapar tanda memprotes hobi baru gua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    6 Responses

    1. Khai Says:

      aiseh.. pelik ni.. ade ps2 tapi x main.. hehe.. tapi kalo dah ade game pc yang spec dia gila kentang, wat pe nak ps2 ye tak? huhu

      khai juga bencikan math.. damn math especially add math..

      dulu ko ni budak black metal ke ape?

      psstt: bawak2 la bertukar kepada wordpress.. hehe

    2. Truckster Says:

      wahahaha black metal?? wahahahah pejaddahnya black metal??…xkan aku nak tukar kaler pink kot…ok ke??

      nanti2 wordpress on the way…masa jerrr xde skang ni

    3. Anonymous Says:

      aku musykil pasal plastik bag..kalo ko gi tesco ke giant ke or supermarket ko angkut barang ko beli guna apa?? bawak baggg ke..lalala
      cadangan aku nak kurangkan pengunaan plastik bag or didik org supaya menghargai plastik bag yg preee tuh ialah ngan menjual or charge utk plastik bag yg supermarket or kedai2 sediakan..ok per..afrika selatan buat mcm tuh ok jek

    4. deennasour Says:

      ko hangkut barang guna apa kalau ko tak nak plastik?
      ko bawak troli dari umah ek?
      tak pun bakul?
      ngehe~
      tukar le bro pg wordpress~
      ada masa lapang…aku tag le lagi~
      ngeha~

    5. Truckster Says:

      anonymous – saya sebagai ahli parlimen pundak amat berterima kasih dengan candangan bernas anda…perkara ini akan dibwak ke parlimen ntuk menetapkan akta dan undang2 di bwah kawalan pencemaran.

      dennasour – aku simpan plastik bag lama dan recycle ntuk guna balik, bukannya bermaksud aku xguna langsung Plastic bag…tp kita masih ada cara ntuk mengurangkan penggunaannya

      psst: owhhh Syia dimanakah kamu…xrindu kat saya ke ?? dah lama xterjah masuk blog sy ni kasi komen???wakakakaka..lariiiii

    6. catzer Says:

      wargh, comelnya labu ko tu..lain kali bg picture dia byk2 kat sini.

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.