2 Video Menarik Minggu Ini
(HardTalk)Tun Det Vs Dilema.
Kesiaaannn!!….itulah satu ayat yang boleh disimpulkan, 2 hari lepas baru berpeluang melihat(di youtube) gelagat Tun Mahathir di”belasah ” oleh Pengacara Stephen Sackur dalam Program BBC Hardtalk. Secebis rasa kagum boleh disematkan kepada Tun Det kerna keberaniannya menerima pelawaan sebuah program live antarabangsa yg terkenal dengan kelantangan pengacaranya “membelasah” setiap panel yg dijemput. Walaupun diaggap sesetengah pihak sudah nyayuk namun kelantangan Tun bersuara, tenang mempertahankan diri, menyerang balas setiap serangan yg dilancarkan oleh Stephen, adalah membanggakan.

Dua watak diwujudkan pengacara Hardtalk untuk memerangkap Tun Det, watak pertama Abdullah Badawi, dibelasah teruk, Tun menuduh pak lah macam2. Pak lah sekat media. Pak lah kontrol hakim, pak lah tangkap orang. Pendek kata, pak lah dah macam diktator tak bagi ruang orang becakap langsung.. Seolah-olah pada zaman pemerintahannya dulu maksum, tiada salah dan mengikut lunas undang2 dan perlembagaan, dan pada akhirnya jawapannya memerangkap diri sendiri. Watak kedua Anwar Ibrahim, dan Beliau dengan lantang masih lg mengulangi drama lampau berkaitan salahlaku seks, sodomi dan salahguna kuasa?secara hentam keromo? Tun Det juga dengan perangai biasanya memberikan kutukan keras terhadap Barat serta Israel dan menyatakan akan tetap teguh dengan pendirian itu.
Tidak konsisten. Beserabut. Penat. Tak bersedia. Dan tertekan. Itu kesimpulan yang aku dapat lepaih tengok mahadet berusah payah untuk mencipta senyuman setiap kali mendengar soalan. Aku nampak cuma satu. Yang sorang ada kuasa dan tengah seronok menyapu harta benda negara, yang sorang lagi gila hilang kuasa bila projek kroni anak beranak dibatalkan sesedap rasa.
Blog @ RTM1: Suara Blogger Sudah Di Dengarkah??
Perasan hati aku cukup janggal tak kala melihat iklan RTM1 yang mengadakan satu segmen rancangan khas untuk para Blogger selama 15minit, konsepnya adalah, setiap episod RTM akan mengundang seorang Blogger politik yang terkenal memberi pandangan dan rumusan berkenaan politik tanahair. Pada episod pertama yang menjemput penulis blog A Kadir Jasin, disebabkan keributan aktiviti lain, aku telah terlepas untuk menontonnya.
Semalam sempat menonton Blog @ RTM1 secara live menjemput RPK dari Malaysia-today sebagai panel, hentaman demi hentaman dari mulut laser RPK jelas menkelam-kabutkan pengacara rancangan Blog@RTM1 yang anehnya hanya bersiaran 15minit???. Bagi aku rancangan seperti ini hanyalah sekadar retorik murahan RTM yg hanya mengikut Trend Pasca PRU12 Menteri Penerangan baru, yg menyatakan mereka lebih terbuka dan mahu mendengar suara2 alternatif dari Bloggers yg selama ini dianggap “Beruk-Beruk”, yg hanya tahu memfitnah???


Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.
Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.









