Apr 9

Perhimpunan Rakyat “countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat”

Okeh pada 14 April ini kan diadakan satu perhimpunan rakyat. Kami di AIC(Anwar Ibrahim Club) menyeru kepada anda semua untuk turut serta memeriahkan lagi acara perhimpunan ini..untuk update terkini anda boleh semak disini:

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalamlack 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur
Perancangan AIC Member: Gathering pada pukul 6.30ptg di Dataran merdeka. Seterusnya berarak ke Kg. Baru(Sebarang pertukaran akan diberitahu kemudian..ye la korang pon tau kan FRU “anjing2″ musti banyak punya. Bikin kacau line)

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.

Petikan dari blog Chegu Bard :

Tujuan :
Mengenang peristiwa 14 Aprill (Black 14) dan semua yang berkorban / terkorban bermula dari peristiwa itu sehingga kearah kemenangan rakyat.
Memacu semangat kebangkitan rakyat dengan memberi penekanan tarikh DSAI memasuki arus perdana politik (15 April 2008)
Majlis meraikan rakyat dan ucapan perdana DSAI selepas PRU12.
Majlis meraikan ulangtahun penubuhan Parti keADILan Rakyat

Psst: 2 Keta dari Ipoh akan turun ke sana..ada sape2 lagi mau join? anyone from Ipoh wanna join us??…Bleh kita konvoi reramai. Okeh ntuk menaikkan semangat, jom kita layan kempen perjuangan reformasi yang digerakkan Anwar Ibrahim selepas pemecatannya pada 1998 dulu. REFORMASI!!!!!!!

Apr 8
Top 3 Kereta Terlaju Di Dunia
Posted by Truckster in Believe it or not? on 04 8th, 2008| | 7 Comments »

Semalam ada pegi jenjalan di blog sempoi, yaaa dlm asyik membelek terjumpa satu entri yg memang sempoi dan kool(actually aku xtau pon info ni huhu), iaitu 3 kereta jalanan yang terlaju di dunia.Aku saspek ramai antara korang yg menggap keta yang paling laju adalah Ferrari xpon Lamborgini kan?Sebenarnya anggapan anda itu silap. Dalam tidak membuang masa lagi ayuh kita saksikan 3 kereta jalanan yang paling laju dan kool pernah dihasilkan di atas muka bumi ini..

1) Buggati Veyron:
Harga 1,000,000 euros (1,300,000 USD)
Kuasa Kuda 1000 hp
0 hingga 60 mph 2.5 s
0 hingga 100 mph 6 s
Kelajuan Maksima 253 mph (407 km/h)


Merupakan Kereta Sport hasil kerjasama Volkswagen AG dan Bugatti Automobiles SAS diperkenalkan pada tahun 2005. Kereta ini boleh mencecah sehingga 407 km/h menyaingi kelajuan F1. Dikuasai enjin 1,001 PS (987 hp/736 kW) W16 engine, 4 TurboCharge. Setelah 5tahun mengalamai proses R&D akhirnya ia dikeluarkan sebagai production car di headquarter Wolkwagon AG Château St Jean, France. Namanya diambil sempena pelumba lagenda Perancis Pierre Veyron. Harganya? 1juta Euro aka RM4,420,000 aka 135billion rupiah. Kool skali jika dibawa bersiar-siarkan??Pasti ada aweks yg menjeling manja.hoh!!

 

2) Koenigsegg CCR
Kuasa Kuda 806 hp
0 hingga 60 mph 3.2 s
0 hingga 100 mph N/AK
Kelajuan Maksima 395+ km/h (242+ mph)

Koenigsegg CCR itulah namanya. Sebelum ini, Aku tidak pernah mendengar namanya(korang pon sama kan??kan?) even dalam Games Need For Speed pon xde spesis keta yang pelik namanya ini. Dihasilkan oleh Syarikat pembuat kereta terkenal Sweden.output power maksimumnya adalah 806 hp (601 kW) at 6,900 rpm, dihasilkan oleh twin supercharge turbo.kereta ini dikatakan telah memecahkan rekod kelajuan maksimum McLaren F1 yang dipegang sejak tahun 1998. Harga gua xtau, buat per korang tau bukan nak beli pon kan?

 

3) McLaren F1
Harga $1,050,000
Kuasa Kuda 627 hp
0 hingga 60 mph 3.4 s
0 hingga 100 mph 7.7 s
Kelajuan Maksima 240.14 mph

Kereta ini menggunakan enjin V10 6.1litre BMW S70/2, iaitu versi sama enjin F1 yang dipandu oleh Mika Hakkinen. Hanya 106 buah sahaja dihasilkan, 64 daripadanya merupakan limited edition production car aka keta jalanan. Kebanyakan darinya dijadikan kereta perlumbaan Le Mans, GT, dan GTR.

info: http://www.fastestcar.net/

Apr 7
Annual Dinner DISK ’08
Posted by Truckster in Yang Menarik on 04 7th, 2008| | 2 Comments »

Pada Mac lalu DISK(UITM Perak, Computer Science Students Society) telah selamat mengadakan Majlis Makan Malam di Orient Star, Lumut. Ini merupakan kali kedua majlis sebergini diadakan di lokasi yang sama, ianya diorganized oleh junior aku dari Part 4(Batch mana aku xingatlahhh…sorii), psst: BTW takdak gaduh2 pasal dinner sem ni arrrr??muehehehe!!!

Dinner Bertemakan Rewind Time:Back To Basic, sebagai mengenang kembali jasa-jasa ahli Saintis, Akademik dan Sarjana pada masa lalu yang berusaha keras mewujudkan evolusi dalam kehidupan manusia, pada zaman moden ini terbukti dengan usaha keras mereka kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh kesenangan. Dan inilah masa bagi mengenang mereka…hurmm great idea!!

Pn. Noorliza, Koordinator Program(Ketua Prog. lagi ke skang ni??) sedang melakukan brainwash…!!!

 

Walaupun aku tidak lagi menjadik warga FTMSK dan tidak menghadiri Dinner tersebut pada malam itu. Sebagai memberi kredit kerna mewarisi tradisi yang senior korang buat dulu, disamping meng”glamour”kan korang, maka di sini aku buat satu entri khas ntuk laporan dan gambar kandid dinner korang tu. 

Bertepatan dengan concept Back To Basic, Pelbagai aksi-aksi terlampau old skool dapat dilihat menghiasi Bandar Lumut pada malam itu. Angin sempoi-sempoi bahasa dari Pulau Pangkor menerjah ke ruang legar Orient Star merancakkan lagi event pada malam itu.

 

 

psst: gambor kredit to ustad, tu jer yg terbaik dlm banyak2 hampess..BTW ada sesapa yang upload montaj Dinner ni kat Youtube?….contact aku kat fs @ YM ok??nanti aku buat entri kat blog ni…Ntuk montaj Dinner yang dolu-dolu korang bleh tengok kat sini:

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2