Perhimpunan Rakyat Black 14. Sape Mau Turun? Angkat Tangan

Perhimpunan Rakyat “countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat”

Okeh pada 14 April ini kan diadakan satu perhimpunan rakyat. Kami di AIC(Anwar Ibrahim Club) menyeru kepada anda semua untuk turut serta memeriahkan lagi acara perhimpunan ini..untuk update terkini anda boleh semak disini:

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalamlack 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur
Perancangan AIC Member: Gathering pada pukul 6.30ptg di Dataran merdeka. Seterusnya berarak ke Kg. Baru(Sebarang pertukaran akan diberitahu kemudian..ye la korang pon tau kan FRU “anjing2″ musti banyak punya. Bikin kacau line)

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.

Petikan dari blog Chegu Bard :

Tujuan :
Mengenang peristiwa 14 Aprill (Black 14) dan semua yang berkorban / terkorban bermula dari peristiwa itu sehingga kearah kemenangan rakyat.
Memacu semangat kebangkitan rakyat dengan memberi penekanan tarikh DSAI memasuki arus perdana politik (15 April 2008)
Majlis meraikan rakyat dan ucapan perdana DSAI selepas PRU12.
Majlis meraikan ulangtahun penubuhan Parti keADILan Rakyat

Psst: 2 Keta dari Ipoh akan turun ke sana..ada sape2 lagi mau join? anyone from Ipoh wanna join us??…Bleh kita konvoi reramai. Okeh ntuk menaikkan semangat, jom kita layan kempen perjuangan reformasi yang digerakkan Anwar Ibrahim selepas pemecatannya pada 1998 dulu. REFORMASI!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    10 Responses

    1. deennasour Says:

      ni dah dapat restu musa hassan lom?
      kang tak pasal2 masuk tv~

    2. Truckster Says:

      sape itu musa hasan hah?? lawyaer?? mejastraight? penyayi??

      Polis bikin panas jerrr….jenayah sana sini, rogol, rompak, budak hilang..tapi yg dirisaukan ceramah/perhimpunan pembangkang…ptuihhhh bijak betul ketua polis sorang tu

    3. Budak Gilak Talak Says:

      hahaha biasa la tuh poliskan di control oleh org2 politik nih..btw ko xmo buat citer pasal isu Babi Rm100Mil tuh ke?? sungguh kelakar aku negok kat RTM..aku pikir kalo UMNO masih control Selangor mesti x masuk dlm berita punya la…walaupun aku tau project itu sangatlah bgs bagi semua rakyat jelata kerana ia mengelakkan pencemaran yg dihadapi bagi rakyat Mesia nih..
      tapi bangang nye RTM + UMNO bole lak buat citer bodo mcm nih…padahal project diorank gak luluskan..cisss

    4. Truckster Says:

      tu la pasal makin bodoh propaganda diorang…….rakyat dah meluatttttttttttt

    5. Truckster Says:

      *update

      okeh… aku(Truckster) dan Niccontynne
      (DIn) komfirm turun, stakat ni brapa
      keta dah komfirm turun ke Black
      14???….Aku, Pokku dan WAfi maybe
      turun lambat skit coz bebudak 2orang ni
      kena submit thesis hari senin tu….

      Malumat gath Ipoh(14/4/08):
      12tghari – Jumpa kat Nasmir Taman.
      12.30tgahri- maybe boleh bertolak
      (psst: sila alert nak ikut PLUS ke
      jalan lama Teluk Intan?kalo jln lama
      terus kuar klang/salam,kalo ikut PLUS
      tol dah dekat rm50 wooiiii??baik taruk
      minyak lg best??)

      sila alert dengan traffic jam
      yerrr…hari ni bukan hari biasa maybe
      cam BERSIH(beratus ribu manusia), dulu
      dengan polis roadblock lagi anjing2 FRU
      lagi??…apa plannin korang???

      6.30 ptg(KL)-gathering AIC seluruh
      malaysia kat dataran merdeka(akan
      diupdate kemudian coz mybe jugak jln
      dataran close..”paham2″ je la apa yg
      ada)

      maklumat lanjut sila ke:
      anwaribrahimclub.com atau ke blog aku

      psst: kepada DIn sori beb aku xleh on9
      sbb screamyx down lagi…damn it!!!!!
      papepon roger aku kat phone!!!!papepon
      korang bersiap kat UTP tu…chow

      regards,
      Truckster
      http://www.apasaje.com

    6. retro Says:

      so camner? bp ramai ribu yg datang?
      =.=

    7. retro Says:

      aku lebih minat berfikir dari menyokong, wlaupon pemikiran aku lebih berat kepada kerajaan, namun aku masih meniliti pro kontra kerajan dan pembangkang, kebanyakan isu disogokkan dengan kebencian dan kemarahan, media sbagai alat kerajaan dan internet sbagai alat pembangkang, isu babi sendiri meninggalkan satu kesan jangka panjang.. ape yg kita disogokkan sekarang adalah kebaikan dan keterbukaan pihak pembangkang dlm menangani isu kaum, itulah yg tersuratnye, dan ape yg tersiratnye, kita lihat ternakan, dan penjualan babi diterima dan dibenarkan secara besar-besaran, kita lihat pada zaman rasullulah sendiri smua anjing dibunuh, kecuali.. anjing yg menjaga tanaman dan org kurang upaya, samalah juga dengan isu di melaka, kerajaan masih meniliti penyelesaian terbaik bg masalah ini,adakah penternakan mega seperti selangor lebih baik? tiada jalan yg lebih baik selain mengurangkan kadar penternakan. tapi ape yg kita lihat di selangor? bukan la niat untuk menghukum mane2 parti politik, tp setiap sesuatu yg kite kene putuskan haruslah difikir dari setiap segi, dari segi agama, bangsa dan negara itu sendiri dari segi tersirat mahupun tersurat, isu kebersihan alam sekitar memang aku sokong namun ape yg aku kesalkan mentaliti manusia yg lebih cenderung kepada yg baik dan tidak menilai pro dan kontra terlebih dahulu. mugkin pemikiran aku bukan lah semua yg boley dipakai kerana yg baik tu anugerah dari allah dan yang buruk 2 datang dari diri aku sendiri, dan maafkan aku andai ade menyinggung mane2 pihak
      ^.^

    8. retro Says:

      haha, bn ke ba ke, andai korang mengucap 2 kalimah syahadah, korang tetap saudara aku, ye tak? lol, peace bro,

    9. retro Says:

      aaa x de sape nak reply komen aku.. adekah kerana tiada ley jwb soalan ni? huhu

    10. Truckster Says:

      APA kena mengena entri aku cerita pasal Black 14 ngan projek babi di slangor plak ni?

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.