Iklan yang bertajuk “Royal Marines Commando – Its a State Of Mind” yang bertujuan menarik minat Remaja Britain untuk menyertai pasukan tersebut telah menggunakan ‘pelakon’ yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai watak kumpulan pengganas. Wajah “Crook Terrorist” tersebut juga seakan-akan kemelayuan.
Dengan berlatarbelakangkan suasana seperti mereka baru sahaja menyelesaikan ‘operasi keganasan’ (menunjukkan keadaan yang kacau-bilau dengan helikopter yang terhempas dan terbakar), ‘ketua’ kumpulan pengganas tersebut menembak-nembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, “Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua’.
Bagi aku iklan ni adalah biasa saje dan tidak menganggap ianya satu kontroversi, dah jadik satu pengiktirafan hape?diorang guna Bahasa Melayu?. Ianya mengundang kontroversi apabila dipandang negatif oleh sesetengah pihak, apabila menggangap penggunaan sesuatu bahasa melambangkan semua pengguna bahasa tersebut adalah terlibat sama pengganas?? C’mon open ur minds. Royal Marines Commando – Its a State Of Mind Advert
Tatkala menatap berita aneh Ini di Harian Kosmo, secara automatik mengundang WTF dari mulut aku.Ianya Berlaku di Bulgaria, dimana seorang petani bernama Sengh Panayadov yang sudah mengahwini 3 wanita bertindak melakukan perkara aneh apabila suatu pagi beliau ke Pasar Tani di Kampungnya dan tertarik dengan seekor kambing betina, disebabkan kesempitan wang beliau beliau kembali semula dengan membawa isterinya dan dengan selamba menukarkan kambing itu dengan salah saorang isterinya.
Adakah mempunyai moral lelaki bergelar Sengh Panayadov dari Bulgaria ini? Bukankah seorang wanita harus dikasihi seadanya oleh saorang lelaki dan tidak mungkin dapat dibandingkan dengan sebarang nilai material? Menurut mohdismail melalui entri terbarunya, wanita adalah insan yang komplikated dan sukar difahami. Dan beliau menyenaraikan tips menarik untuk memahami wanita.
Apakah nilai seorang wanita di mata seorang lelaki bergelar Sengh Panayadvo dari Bulgaria itu?jawapannya hanya seekor kambing?
Bagi aku sememangnya lelaki ini perlu dihapuskan dari mukabumi, beliau tidak layak mendiami bumi tuhan ini. Apabila membandingkan harga wanita dengan seekor kambing? OMG..??, macho sangatkah makhluk bernama Sengh Panayadvo dari Bulgaria itu? Sehingga tiga wanita mengahwininya dan beliau dengan “innocence”nya meletakkan harga mereka sama seperti kambing? Ini aku tidak faham.
Percayakah anda?Berita ni actually dah lama(4April 08). Amy Search, rocker terkenal seluruh nusantara itu mahu menubuhkan Pusat Tahfiz Al-Quran bernilai RM3juta? di Kampung halamannya, Johor Bharu. Tetapi itulah realitinya, dimana Amy sendiri menunjukkan pelan bangunan Maahad Tahfiz itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, semasa menghadiri majlis perasmian Restoran Cheng Ho (Restoran Makanan Cina Islam), di Wangsa Maju baru-baru ini.
Bagi memastkan ianya menjadi kenyataan, Amy Search telah memberikan penerangan sepintas lalu kepada Tok Guru, berkenaan perancangannya itu. “Mana Mesjidnya?” Tanya Tok Guru. “Ini Pelannya Tok Guru…” Sambil memberikan penerangan lebih detail berkenaan pelan dan reka bentuk melalui yayasan yang akan ditubuhkannya itu.
Setelah melihatnya Tok Guru Nik Aziz membaca doa, moga-moga cita-cita Amy untuk berhijrah berjaya dan diberkati.
Amy Search mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu, setelah berjaya melalui samannya kepada sebuah Syarikat Penerbitan. Selepas itu imej Amy dilihat semakin berubah, bermula dengan membotakkan rambut rockersnya, seterusnya pulang ke tanah air dan merakam lagu berunsur dakwah bersama kumpulan Rabbani, disamping itu beliau juga membuka sebuah Restoran Makanan Cina Islam Cheng Ho. Tahniah diucapkan kepada Amy Search.
Mulai sekarang dan bulan berikutnya blog apasaje.com akan diupdate jauh dari IP asalnya iaitu di tempat misterius Shah Alam. Aku Berada di sini untuk menjalani Pertapaan Kursus Certified In DSE(Dekstop Support Engineer), Iaitu satu Program di iktiraf Profesional dalam bidang ICT, (Sub Course: COMPTIA A+ & Cisco-MCDST). Selama beberapa bulan masa berharga aku bakal dibuang dalam kelas-kelas teori & lab yg semestiya membosankan, Antara course yg bakal “meletupkan otak ” adalah seni-seni peng”karate”an Server, Networking Maintaining & Client Dekstop Support serta pekeharamjaddahnya lagi, kalo aku citer bukan korang paham pon. Senang citer menghabiskan masa kat sini untuk menghayati lebih mendalam seni-seni perkompiteran.
psst: kepada Bos “Wei lepas ni kalo aku demand gaji lebih xyah nak cakap banyak..OK??” heheh…OK caw..!!!!
12.50 tengahari tadi aku mendapat forward sms dari Azuar berbunyi: “Bekas PM, Tun Mahathir Mengumumkan keluar UMNOjam 12.30 tgahri sebentar tadi-SMS dari HQ PKR”.
Gempar dan tanpa berfikir panjang aku terus forward kepada kenalan-kenalan…dan terus carik maklumat di internet..forum cari adalah maklumat terawal yang menceritakan berita tergempar ini. Tetapi tiada sesiapa yang betul-betul yang dapat komfirmkan..beberapa minit selepas itu malaysiakini dan harakah mengeluarkan berita pengesahan:
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.
Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.
Reaksi Pak Lah Selepas Tun Det Buat Hal
Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.
Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
“Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno,” katanya.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. – mj
Psst: Ntuk video liputan penuh berkenaan Kontroversi ini sila ke blog video-politik