Gempar!!!: Dr Mahathir umum keluar Umno
12.50 tengahari tadi aku mendapat forward sms dari Azuar berbunyi: “Bekas PM, Tun Mahathir Mengumumkan keluar UMNOjam 12.30 tgahri sebentar tadi-SMS dari HQ PKR”.
Gempar dan tanpa berfikir panjang aku terus forward kepada kenalan-kenalan…dan terus carik maklumat di internet..forum cari adalah maklumat terawal yang menceritakan berita tergempar ini. Tetapi tiada sesiapa yang betul-betul yang dapat komfirmkan..beberapa minit selepas itu malaysiakini dan harakah mengeluarkan berita pengesahan:
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.
Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.
Reaksi Pak Lah Selepas Tun Det Buat Hal
Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.
Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
“Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno,” katanya.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. – mj
Psst: Ntuk video liputan penuh berkenaan Kontroversi ini sila ke blog video-politik







May 19th, 2008 at 5:59 pm
haha..
mahathir not relevant anymore..
forget about him…
haha
anyway,tanxx dude for inform me that mahathir quit from UMNO today..
no credit nak reply ur SMS laa..
haha
May 19th, 2008 at 7:54 pm
yeahhhh another “Greatest WTF Moment” happen in my life…..totally disaster to UMNO…hahahah
well done tun…
May 19th, 2008 at 9:23 pm
Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?Sanusi pun dah ikut Tun dah ….nak tengok siapa lagi…
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
May 19th, 2008 at 10:15 pm
yeahhh Azuar tima kasih coz SMS aku td…..terkejut beruk aku…hehe terus spread ja tanpa pikir apa2, wakaka last2 betul gak..
alert ngan SMS dr HQ PKR……
May 19th, 2008 at 10:28 pm
gua macam harem xpercaya gak time trima sms hang td…..last2 kuar Tv3 Tun Det kuar UMNO….
mampos la kau paklah kali ni…
May 21st, 2008 at 3:38 pm
Rasuah Politik Pasca PRU-12?
Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (”PR”) untuk melompat parti.
Layari Gerbang: http://www.rembau.net
May 21st, 2008 at 11:16 pm
saudara pemuda umno saya tidak fikir Pakatan Rakyat mempunyai dana bergitu banyak untuk merasuah ahli parlimen BN untuk melompat parti…dari segi logik sememangnya tidak ada
apa yang ditekankan adalah untuk berhijrah kepada apa yang dikatakan sbg “The Better Malaysia”… memerangi rasuah dan salahguna kuasa…keadlan untuk semua, yang tertindas diadili dan yg menindas di hukumi….ini adalah satu reformasi baru ke arah Malaysia yang lebih gemilang..saya tidak nampak BN untuk masa depan, dengan kepimpinan yang bercakaran sesama sendiri bisa menjamin masa depan yang lebih cemerlang