McD datang lagi dengan Peraduan “Big Mac Chant Challenge”. Disebabkan keributan hidup sejak dua menjak ini aku tidak lagi berkesempatan ntuk menyertai peraduan best dari McD ini.
Damnnn, Membaca entri terbaru dari Kennysia yang berjaya mendapat sebijik Burger Big Mac percuma dari peraduan ini benar-benar membuat aku “cemburu buta”, ia menyentak hati untuk turut sama menyertainya. Dengan 4 langkah mudah anda berpeluang memenangi sebijik Burger Big Mac, jadi apa lagi yang diharapkan?
Okeh mari kita ikuti video kennysia yang menyertai “Big Mac Chant Challenge” bertajuk“McDonald’s Kuching Gets An Unexpected Visitor“
pssttt…korang nampak iklan nuffnang di belah kanan blog aku ni??. Jangan lupa klik dan anda mempunyai peluang untuk memenangi RM10,000.Korang juga boleh Ikuti banyak lg Video menarik lain di sana.
Fakta Menarik: skang gua tidak mempunyai transport untuk ke sana dan kemari, ke sana dan kemari kembali. dlm dilema menimbang kemungkinan untuk membaraikan semua wang kerja di bank untuk d/payment mobil baru…
EURO 08 sudah menghampiri, tidak sampai sebulan lagi manusia seluruh dunia bakal meraikan satu pesta yang kedua paling “ngetop” selepas World Cup 06 di Germany nan lalu. Apabila pesta EURO 08 bermula pada Jun ini, Manusia akan leka dan menjadik tidak produktif, hasil kerja mereka menjadi barai, mata mereka menjadik kuyu, Neutron Homeostasis di dlm otak hampir2 tidak berfungsi, fungsi pencernaan ginjal-ostioporosis menjadik tidak aktif , di dalam kepala manusia hanya terbayang satu objek – sebijik bebola getah yang ditendang diatas padang. Inilah tanda-tanda awal virus berbahaya yang menyebabkan simptom Demam UERO 08!!!..
Semuanya gara-raga EURO. Gua Saspek itu jam kalo UFO @ Makhluk Asing dari Planet Zargus datang menyerang untuk menakluki bumi, comfirm boleh menang punya. Manusia sudah menjadik leka & taksub…!!!
Pada aku keterujaan dengan pesta EURO 08 ini di “Spoil”kan oleh kejutan team favourite iaitu England sebagai pasukan tradisi EURO tidak layak menyertai final pada edisi kali ini, Ini sememangnya “The Greatest WTF Moment Ever” yang terjadik sepanjang 22 Tahun aku menghirup udara di atas mukabumi ini. Damnnnnnnnn tahi…!!!! Sudah pasti jari tengah boleh diangkat kepada Sven Goran Eriksson dan para pemain England…!!
Official EURO 2008 Song: Like a Superstar – Shaggy
Last week gua ada “mendapatklan” Soundtrack EURO 2008 dari laman-laman torrent berhampiran, udah jgn tanya dimana. Gua tanpa ragu-ragu akan berkongsi dengan korang, nak lebih2 lagi beli CD Origional. Gua tidak pasti lagu asal dari band/penyayi yg mana dan gua tidak ingin membuang masa dgn mencarik maklumat sape penyayinya, juga tidak ingin membuat komen berkenaan tune, vokal, music atau pejaddahnya lagi. Apa yang penting musicnya cukup layannn especially didengar time lepas bangun tidur, dan bersiap ntuk ke Opis. ntuk part-2 akan menyusul kemudian. Owh jugak terdapat wallpaper yang menarik. Sila la download
Setelah ketiadaan England di pesta EURO kali ini gua hampir kompius dan tidak pasti pasukan mana yang akan menjadik favourite maybe Azzuri or Portugal heh??…ahhhh biarkan gua menangisi ketidaklayakan Team England ke Final EURO 2008. hek elehhh….
Info Menarik: Tahniah kepada Fans Man U di atas kejayaan kali ermmmm ke berapa ntah?? memenangi English Premier League.Sheeeshhh gua x heran pon, season depan Liverpool plak…hek elehhhh
Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.
Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.
Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras
Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang – untuk kali ketiga – bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.
Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.
Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.
Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.
Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).
‘Saya disembur, dipukul’
Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.
Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.
Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.
“Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya,” katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.
Dipukul depan pemberita
Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan – apabila melihat Lim dipukul – terus bergegas untuk membantunya.
Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.
Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.
Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.
Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.
Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka “menggangu tugas keselamatan pihak polis”.
Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.
Malaysia pasca tsunami PRU12 sudah banyak berubah, rakyat dijamin dengan bermacam janji-janji manis dari manifesto parti pemerintah Selamat, Aman dan Makmur. Setelah mengambil alih Kementerian Penerangan dari zam anak maidin, Shabery Cheek dengan lantangnya memberi jaminan kebebasan bersuara, lalu diwujudkannya satu rancangan khas di RTM 1 yang memaparkan Blogger-blogger. Sebagai bukti suara mereka di dengar oleh kerajaan Pak Lah yang hampir-hampir tersungkur.
Nampaknya pemimpin-peminpin UMNO-BN juga sudah mengikut trend pasca PRU12 dengan mewujudkan blog sendiri demi menyahut seruan “Kebebasan Bersuara”, sebagai contoh blog Khir Toyo dan Tun Det didalam tulisan mereka jelas mengkritik kepimpinan tertinggi negara kita. Kempen Kebebasan bersuara disemarakkan lagi dengan penahanan Raja Petra Kamaruddin(RPK), Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today. Nahhhhh…. rakyat, inilah kebebasan bersuara yang dijanjikan.Ianya jelas bermotifkan politik.Tindakan RPK untuk tidak membayar wang jaminan dan diheret ke Penjara Sungai Buloh, adalah satu tindakan tepat. Syabas Pak Lah, anda berjaya meloyakan tekak kami sebagai rakyat dengan janji-janji murahan anda.
Apa yang perlu diteliti di sini apakah tulisan RPK melalui media independent itu suatu hasutan? Prof. Dr Abu Hasan Hasbullah melalui kajian di Insitut Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum), mengatakan 67% hasutan adalah dari media propaganda milik kerajaan(baca media tradisional). Sementara 33% adalah media alternatif seperti website, blog dan lain-lain….Nahhhhhhh inilah satu fakta yang dibutakan. Mungkin selepas ini Tun Det dan Khir Toyo akan di dakwa di bawah akta hasutan??Info: satu kempen “one person one ringgit” dijalankan oleh pihak malaysia-today untuk pembebasan RPK. anda boleh ke Malaysia-today.net untuk turut menyumbang.
AIC @ Solidariti Keadilan Untuk RPK.
Semalam aku dapat SMS dari Dibab (dari AIC pusat) berbunyi:
“Salam Sahabat, dgn kerjasama office DSAI & AIC, mlm ini jam 8. berkumpul di Office DSAI sek 16 PJ untuk adakah Solidariti ke atas RPK. Kita akan bergerak ke Penjara Sg Buloh bersama. Sila reply SMS ini ntuk kehadiran adalah wajib – Dibab”
Sebagai menyahut kempen pembebasan RPK kami di AIC turut turun padang dan memberi sokongan kepada kaum keluarga RPK. Solidariti ini diadakan di depan Penjara Sungai Buloh disertai AMK dan AIC, Para Bloggers, serta pemimpin-pemimpin tertinggi keADILan.
Untuk Video Perbicaraan ke atas RPK anda boleh ikuti di sini: klik sini
FREE RPK…!!!
“JIKA GENTAR AKAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN”