Browse > Home / Archive: June 2008

| Subcribe via RSS

Musang Berbulu Ayam Di Pejabat Anwar.

June 30th, 2008 | 20 Comments | Posted in Jentik Politik, Semasa

Tulisan di bawah merupakan salah satu kronologi penyebab kepada tanda-tanda awal konspirasi terbaru untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tulisan dari blog Saudara Najwan Halimi (riwayathayat.blogspot.com) yang kini tidak boleh diakses buat semntara waktu, mendedahkan tentang teori wujudnya “Musang Berbulu Ayam” di Pejabat Anwar Ibrahim. Akibat pendedahan ini, Kami di AIC berusaha untuk mendedahkan siapa Musang Berbulu Ayam ini, Disebabkan sudah berasa terancam dan mendapati tembelangnya sudah pecah beliau memulakan langkah awal untuk menyelamatkan diri dengan meletupkan satu C4. Mewujudkan satu konspirasi terbaru. Kepada anda yang tidak lagi membaca isi kandungan artikel bertajuk “Musang Berbulu Ayam”, disini kami mendedahkannya…


Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 1) – diterbit pada: Selasa, Mac 11, 2008

Dua orang pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan DUN Pantai Jerejak.

Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi ‘diari merah’ sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang ‘diari merah’ Anwar.

Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan ‘diari merah’ menanti pewaris barunya. Saya kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi.

Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut.

Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.

NAJWAN HALIMI

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 2)-diterbit pada: Selasa, Mac 18, 2008

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.

Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka ‘musang berbulu ayam’ ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti.

Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, ‘musang’ yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.

Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang.
Bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.Jika dibaca kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.

Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.Barangkali benar dugaan saya.

Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

NAJWAN HALIMI

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 3)

Saya pernah menulis tentang ’seekor musang’ dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.

Khabarnya, ‘musang’ tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.

‘Sang musang’ dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.

Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru ‘musang’ ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, ‘musang’ ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, ’sang musang’ menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.

Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa ’sang musang’ sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan ‘kuda tunggangan’ untuk dirinya meraih glamor dan populariti.

Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik ’sang musang’ hingusan ini!

Konspirasi Peringkat Tertinggi

June 30th, 2008 | No Comments | Posted in Semasa

Dahulu saya pernah mengandaikan bahawa mantan Timbalan Presiden MPP Uniten sesi 2006/2007 ini sudah menemui definisi hidupnya setelah melalui beberapa kisah yang menyedihkan. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah sedih yang menimpanya, tetapi cukuplah harapan saya cuma tinggal harapan. Semalam, dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar. Impiannya untuk dikenali di lapangan politik negara sudahpun termakbul. Harapannya untuk menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di antarateman-teman sebaya sudahpun tercapai.

Mudah sahaja. Dengan menjadi “orang belaan” seseorang yang berpengaruh di Malaysia, segala-galanya akan dipermudahkan. Hanya perlu menurut perintah dan melaksanakan “beberapa perkara”, nescaya akan tercapailah segala-gala yang diimpikan selama ini.

Seperti yang saya nyatakan di dalam entri sebelum ini, saya sama sekali tidak terkejut manusia Saiful Bukhari ini tampil dengan dakwaan sama, selepas 10 tahun, ke atas orang yang sama. Saya membaca kisah Konspirasi Peringkat Tertinggi yang di tulis oleh DSAI lebih kurang dua tahun lalu, tetapi sama sekali tidak menyangka Saiful Bukhari bakal meledakkan kisah kospirasi sama sekarang. Namun demikian, setelah diteliti kronologi kes dan pembawaan diri manusia bernama Saiful Bukhari ini, nyata sekali dia hanya dijadikan alat untuk mengalih perhatian rakyat dari sebuah kisah letupan C4 dan seorang wanita Mongolia.

Terdapat beberapa fakta dan persoalan yang perlu kita fikirkan:

1. mengapa setelah 10 tahun berlalu, baru sekarang DSAI mengulangi kembali perbuatan yang sama? Jika benar DSAI pernah melakukannya, mengapa perlu ditunggu selama 10 tahun? Itupun didakwa oleh seorang pemuda yang “gila publisiti” seperti Saiful Bukhari? Dan lebih-lebih lagi, DSAI hanya baru mengenali Saiful ini semasa kempen PRU 12 lalu.

2. Saiful Bukhari dikhabarkan menjadi orang penting di sisi pembantu khas Timbalan Perdana Menteri. Dia mempunyai akses yang kuat di dalam circle orang-orang UMNO. Tidak mustahil dia menerima arahan daripada ketuanya untuk melancarkan plan terakhir mereka. Tambahan pula, negara akan digemparkan kembali dengan kisah Najib-Malaysia-Altantuya-Mongolia. Jalan terbaik untuk mengalih perhatian adalah dengan mencetuskan “fenomena baru”.

3. Jika DSAI tidak mempunyai alibi untuk kes ini, saya tidak terkejut. Saiful berpura-pura menjadi Pembantu Politik DSAI selama ini, dan pastilah dia “diajar” untuk melihat waktu dan merebut peluang dan kesempatan.

4. DSAI tidak mungkin tidak pernah berwaspada dengan musang berwajah manusia ini. Seorang teman telah berkali-kali melahirkan kebimbangan mengenai kehadiran Saiful Bukhari di sisi DSAI. Malah sanggup dipandang serong oleh DSAI semata-mata ingin memastikan andaiannya selama ini benar belaka. Andaian bahawa kehadiran Saiful Bukhari hanya akan mengancam keselamatan dan kesejahteraan politik DSAI. Tidak mungkin DSAI tidak pernah berwaspada.

Siapa Sebenarnya Saiful Bukhari?

June 30th, 2008 | 20 Comments | Posted in Semasa

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah – pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Pautan lain:

Penafian DSAI
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.


credits to: http://ainisazreen.wordpress.com

Propaganda Lama Diwujudkan Kembali.

June 29th, 2008 | 19 Comments | Posted in Jentik Politik, Semasa

Terkejut cukup terkejut apabila menerima satu SMS dari Azuar yang di forward dari Ibu Pejabat PKR yang mengatakan Pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI) “ditahan dan dipaksa untuk mengaku telah diliwat”?..lalu satu report polis dibuat untuk mewujudkan satu konspirasi terbaru untuk menjatuhkan DSAI.

Aku cukup tertarik membaca entri terbaru di blog Mat Keri (Presiden AIC, merupakan seorang rapat di Office DSAI), yang mendedahkan berkenaan wujudnya “Musang Berbulu Ayam”, salah satu golongan Opportunist yang rakus mengejar peluang di Pejabat DSAI. Siapa Saiful Bukhari ini? mengikut fakta, beliau merupakan bekas MPP UNITEN yang tidak berjaya menamatkan pelajaran, mempunyai berbagai masalah dgn kepimpinan MPP UNITEN(lebih lanjut baca disini), merupakan sepupu kepada Rahimi(pembantu khas DSAI), beliau jugak dilaporkan pernah mendapat tajaan dari Pemuda UMNO untuk bertanding dalam pemilihan MPP UNITEN.Beliau ini sudah dicurigai dari awal lagi oleh kami di AIC. Apakah kelayakannya sehingga dilantik untuk membantu pemegang “Diari Merah” Anwar Ibrahim yang cukup digilai oleh Golongan Opportunist muda yang rakus mengejar peluang, khasnya di era pasca PRU12….??

Celakalah Musang Berbulu Ayam.

Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang “musang berbulu ayam” di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :

  1. Musang Berbulu Ayam (Part 1)
  2. Musang Berbulu Ayam (Part 2)
  3. Musang Berbulu Ayam (Part 3) – diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.

Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…

Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4. ;)

Yang mana satu berbulu ayam?Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.

DSAI baru dimaklumkan tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI – dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh.

Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.

Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.

Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!

Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.

Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!




Rakyat pantang dicabarr!!!


“Candle Light” untuk peserta Peace Walk Geramm Yang ditahan

June 28th, 2008 | 4 Comments | Posted in Pengumuman, Semasa

Anda semua dijemput utk menyertai “Candle Light” untuk peserta Peace Walk Geramm Yang ditahan tegahari tadi, yang dijadualkan pada malam ini (28 jun 2008)

Butir-butir program :

Masa : 8/9 pm
Tempat : Balai Polis Dang Wangi(Depan Stadium Merdeka)

Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

maklumat lanjut: http://www.geramm.org/v1/?p=188


*Updated 9.30PM

Maghrib Tadi aku terima satu MMS daripada Nini, gambar Peserta “Peace Walk” yang ditahan polis, mereka berada di Balai Dang Wangi. Nampaknya selain ditahan, mereka turut dipukul semasa berada di dalam lokap. Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar sedang cuba untuk membebaskan mereka.


*Updated 11.39PM – Cubaan untuk membebaskan mereka masih lg tidak berjaya.

Foto Sekitar “Peace Walk” tadi

A member of GERAMM (www.geramm.org) was arrested after the supposedly peace walk.
A member of GERAMM (www.geramm.org) was arrested after the supposedly peace walk.

 


First sighting of the walk at SOGO area.
First sighting of the walk at SOGO area.

Members of GERAMM giving a short speech regarding the big scale protest on 6th of July, at Amcorp Mall area.
Members of GERAMM giving a short speech regarding the big scale protest on 6th of July, at Amcorp Mall area.

First confrontation with police. Members of GERAMM were demanded to drop the show.
First confrontation by police officers. Members of GERAMM were demanded to drop the show.

All hell broke lose when members of GERAMM refused to budge. Police officers started pushing the crowd forcefully in attempt to take control of the situation.
All hell broke lose when members of GERAMM refused to budge. Police officers started pushing the crowd forcefully in attempt to take control of the situation. According to a fellow journalist, a photographer from Malaysiakini was beaten during the commotion.

It took at least 6 police officers to apprehend a member of GERAMM. I have no idea what are the charges.
It took at least 6 police officers to apprehend a member of GERAMM. I have no idea what are the charges.

Those arrested were not treated with kindness. They were pushed and dragged around.
Those arrested were not treated with kindness. They were pushed and dragged around.

Not a very proud moment, I guess.
Not a very proud moment, I guess.

 


www.geramm.org