DSE Certified, Akhirnya..
Tadi Kekotak email, digegarkan oleh satu mail dari Syarikat En. Gates a.k.a Microsuck Microsoft, yang secara rasminya menyatakan yang aku sudah layak menyertai komuniti MCDST-MCP(Microsoft Certified Profesional), rasanya cukup berbaloi dgn ringgit serta “masa-emas” habis dlm lab teori yang membosankan, serta menghadapi 4 exam. Bersama Cert. Comptia A+ yang diterima 2 minggu lepas gua harap kelayakan Profesional DSE ini dpt mencerahkan lagi peluang untuk menempuh ranjau perjalanan hidup di masa depan…Target utama lepas ni adalah MCSA & seterusnya expert level MCSE
Owhh next month gua juga bakal kembali semula ke Sekolah, jadi aktiviti utama sekarang adalah lepak-lepak, surfing 24/7, update blog, kemaskini GERAMM.org, membuang masa, menonton movies yg dah lama berkarat kat HardDisk(dah lama download tp xsempat nak layan), menghabiskan masa bersama budak jahat, menghabiskan borehh dan yang paling utama kembali bergelar Gamer sepenuh masa aka “Full time Gamer”.
YB Berbasikal Ke Parlimen.
AHLI Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (dari kanan) Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), N. Gobalakrishan (Padang Serai) dan Chua Tian Chong (Batu) mengayuh basikal menuju ke Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat pagi tadi. Mereka menunggang sejauh satu kilometer dari Bank Negara sebagai tanda protes kenaikan harga minyak baru-baru ini. Mereka juga mencabar Ahli parlimen BN untuk turut sama berbasikal…Untuk info korang Malaysia Book Of Records telah mengiktiraf mereka sebagai MP pertama yg berbasikal ke Parlimen…heh Cayalah YB.
Komen Nazri Aziz terhadap cabaran itu:
Baju Rasmi Geramm.org

Kepada korang yang berminat untuk mendapatkan Baju bagi akiviti protes pada 6Julai ini, Tema pada hari itu ialah WARNA MERAH . Korang diminta berpakaian berwarna merah pada hari itu. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baju geramm sila ke klik sini untuk maklumat lanjut atau hantarkan tempahan kepada gerakanrakyat@gmail.com.


June 26th, 2008 at 1:00 pm
camne hang apply mcdst tuh
July 5th, 2008 at 7:54 am
hahah bagus sangat la PKR tu.. setakat ini aku tgok kat perak cukup la.. MB nye sibuk kehulu kehilir ceramah pasal agama. masuk kg nie kg tu. tu ceramah pasal kerajaan baru skarang. pe die bg tau. kami tak buat pepe pun skang nie lagi. kami cume nak betulkan apa yg tak betul dlu.. ok la nampak macam bagus.. aku setuju. tapi balik kat DUN.. sibuk ahli2 kerajaan pakatan nak sumuanya adil. satu masjid mesti ada satu kuil. baru adil kan. geran tanah kg baru yg kebanyakan nya org cina n india duduk skang dah dipajakkan smapai 999 thun dah seribu tahun tu… orng melayu hanya dapt pajakan 99 tahun je. beginilah cara pakatan rakyat memerintah?? yg orng besar nya sibuk nak reformasi sana sini. yg hal pentadbiran dibiarkan bg kat orng bukan melayu.. aku harap blog ko takyah la terlalu pro pembangkang snagt. bukak la mata skit. aku pun setuju pe yg pembangkang wat skang… tapi tak semua nya aku setuju.. aku cume taknak melayu lesap kat bumi melayu nie, dah la ekonomi deme pegang, pentadbiran pun nak bg kat deme ke?