Musang Berbulu Ayam Di Pejabat Anwar.
Tulisan di bawah merupakan salah satu kronologi penyebab kepada tanda-tanda awal konspirasi terbaru untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tulisan dari blog Saudara Najwan Halimi (riwayathayat.blogspot.com) yang kini tidak boleh diakses buat semntara waktu, mendedahkan tentang teori wujudnya “Musang Berbulu Ayam” di Pejabat Anwar Ibrahim. Akibat pendedahan ini, Kami di AIC berusaha untuk mendedahkan siapa Musang Berbulu Ayam ini, Disebabkan sudah berasa terancam dan mendapati tembelangnya sudah pecah beliau memulakan langkah awal untuk menyelamatkan diri dengan meletupkan satu C4. Mewujudkan satu konspirasi terbaru. Kepada anda yang tidak lagi membaca isi kandungan artikel bertajuk “Musang Berbulu Ayam”, disini kami mendedahkannya…
Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 1) – diterbit pada: Selasa, Mac 11, 2008
Dua orang pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan DUN Pantai Jerejak.
Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi ‘diari merah’ sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang ‘diari merah’ Anwar.
Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan ‘diari merah’ menanti pewaris barunya. Saya kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi.
Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut.
Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.
Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 2)-diterbit pada: Selasa, Mac 18, 2008
Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.
Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka ‘musang berbulu ayam’ ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti.
Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, ‘musang’ yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang.
Bekas ‘pemimpin’ mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.Jika dibaca kembali entri ‘Awas! Ada Musang Berbulu Ayam’, jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.
Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.Barangkali benar dugaan saya.
Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.
Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (Part 3)
Saya pernah menulis tentang ’seekor musang’ dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.
Khabarnya, ‘musang’ tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.
‘Sang musang’ dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.
Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru ‘musang’ ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, ‘musang’ ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, ’sang musang’ menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.
Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa ’sang musang’ sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan ‘kuda tunggangan’ untuk dirinya meraih glamor dan populariti.
Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik ’sang musang’ hingusan ini!







June 30th, 2008 at 9:33 pm
Tahniah atas kronologi dr riwayathayat.
menarik dan boleh jadi bahan utk di kongsi bersama-sama dengan org-org yg tak fhm politik jahat umno.
Harap dpt email mana2 yg sensitif untuk rujukan saya sendiri.
Sampaikan salam pada penulis riwayathayat.
Tqvm
June 30th, 2008 at 11:10 pm
bukan musang dah…spesis beruk…selagi m’sia di pegang oleh beruk2 ni..selagi tu la rakyat akan papa kedana….
June 30th, 2008 at 11:10 pm
ALAM. NAMPAK GAYA..ISU POLITIK DI MALAYSIA MAKIN LAMA MAKIN MENARIK…KITA TUNGGU DAN LIHAT SIAPA YANG KENA…! TAPI INGAT, WALAU PUN TIDAK MENDAPAT PENGADILAN YANG SEMPORNA, KITA ADA SATU LAGI MAHKAMAH…… DISANA, TIADA SIAPA LAGI YANG BOLEH PUSING-PUSING OTAK…
June 30th, 2008 at 11:10 pm
Orang yang baik dan ikhlas pun akan disangka musang berbulu ayam !! Payahlah PKR nak buat kerja selepas ini..kata-kata musang berbulu ayam akan digunakan untuk merebut kuasa antara mereka macam yang berlaku di selangor..Sebagai rakyat biasa kita harus menolak semua parti politik yang sebegini rupa!!!
June 30th, 2008 at 11:10 pm
aku sekeluarga tetap bersama DSAI
July 1st, 2008 at 2:34 pm
SAPER YANG BENAR HANYA ALLAH YANG TAU….TAKLEH KATA ORG YG KITA SOKONG TU SEMESTINYA BETUL. LOGIK KER TAK LOGIK…KEBENARAN BUKAN HANYA DILIHAT PADA ITU. YG DITUDUH KENA BERSUMPAH(KALAU JAHAT,XGUNA GAK SUMPAH) DAN YG DITUDUH PUN KENA SUMPAH JGK(XKAN ORG BAIK TAKUT GK NK SUMPAH)…TAKYAH KITA SIBUK NAK TUDUH ORG INI DAN ORG ITU BERKONSPIRASI….KALAU SALAH…DOSA PULAK KITA.TP YG PENTING JGK…PIHAK MENUDUH DAN DITUDUH…KENA BERSUMPAH LA…HARAP2 SGT…AGAK IANYA MEMBERI GAMBARAN PADA PENYOKONG MASING2..TIDAK LA TIMBUL MAKI HAMUM DAN TUDUH MENUDUH MCM2 KONSPIRASI LG…YG RUGINYA…ORG ISLAM JGK…GADUH JERRR KERJAAA….
July 1st, 2008 at 2:37 pm
Tahniah sahabat. Itulah, manusia merancang, Allah jua merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Bongkarkan lagi segala penipuan ini. Moga-moga kebenaran terserlah jua.
July 1st, 2008 at 2:39 pm
Terima Kasih kerana membaca kandungan entri saya….sila sebarkan maklumat-maklumat ini..melalui emel, blo, website dan media2 intrnet
July 1st, 2008 at 2:39 pm
RASANYA POST INI ADA LOGIKNYA
July 2nd, 2008 at 1:37 pm
sedih lihat umat Islam di Afghan-Iraq x habis2 ngan peperangan.. umat di Malaysia pulak sebok ngan perang mulut yg tahbilelaa nak berkesudahan
July 3rd, 2008 at 10:51 am
PuteraNegaraJr said…
Penulisan artikel ini jelas sekali menggunakan fakta yang salah. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah bertugas atau menjadi pembantu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Foto yang berlatarbelakangkan pejabat TPM itu hanya gambar kenang-kenangan lawatan bekas pembantu kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama salah seorang kenalan yang merupakan pegawai di pejabat TPM itu.
June 29, 2008 4:37 AM
July 3rd, 2008 at 11:02 am
PuteraNegaraJr said…
Penulisan artikel ini jelas sekali menggunakan fakta yang salah. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah bertugas atau menjadi pembantu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Foto yang berlatarbelakangkan pejabat TPM itu hanya gambar kenang-kenangan lawatan bekas pembantu kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama salah seorang kenalan yang merupakan pegawai di pejabat TPM itu.
June 29, 2008 4:37 AM
Truckster said…
PuteraNegaraJr – terima kasih kerana menegur saya….fakta yang saya terima mengatakan Saiful Bukhari berkerja dgn DPM adalah salah….
June 29, 2008 4:39 AM
MORALNYA : SEBELUM FAKTA INI DIBETULKAN..KO TELAH BERDOSA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN MENGHASUT DAN MEMFITNAH..ADA AKAL FIKIR LE SEBELUM SEBARKAN..BETUL TAK TRUNKSTER..
MCM KO MENGETAHUI LEBIH DARI ANUAR, LEBIH DARI POLIS DAN LEBIH DARI YANG BERKUASA, ALLAH TAALA.
KALO KORANG ADE BUKTI..SERAHKAN JER..JANGAN POT PET SANA SINI..AKU NAIK MELUAT DAH..
NI LE KELEBIHAN MELAYU, MEMFITNAH DAN BERBOHONG..LAIN XDE..EKONOMI=CINA PEGANG, PEGUAM=INDIA PEGANG,
July 3rd, 2008 at 11:48 am
anonymous….FYI tulisan2 diatas saya ambil dari blog2 rakan…especially blog najwan halimi yang tidak dapat diakses
July 3rd, 2008 at 11:51 am
Heh bro….bagus2 dedahkan lagi musang berbulu ayam ni
kepada anonymous…owh skang ni ko la budget pejuang terunggul ketuanan melayu, pencacai MYKMU….musti ko percaya segala dgn budak saipul tu dah kena liwat kan?? ko ni terus menerus diperbodohkan dari dulu kini dan selama-lamanya,
weh kalo betul la pejunag ketuanan melayu, xyah la nak menyamar anonymous…HEK ELEHHHHH
July 6th, 2008 at 2:36 pm
AKU TIDAK MENYAMAR…
TAPI BETUL TAK YANG NI SALAH FAKTA..YANG SALAH TETAP SALAH..KENAPA NAK DIBETULKAN..YANG BETUL TETAP BETUL.. AGAMA ISLAM MENGAJAR AKU, SUNAH MENGAJAR AKU..PEDAS KE?..
MELAYU?…APA YANG KITA TAHU PASAL MELAYU?..
MELAYU..MELAYU
1. BERGADUH DARI DULU..
2. FITNAH DARI DULU
3. DENGKI DARI DULU
4. NAK TUNJUK HEBAT DARI DULU
5. NAK TUNJUK KUASA DARI DULU
6. TINDAS DARI DULU
TAPI SEMUA NI MELAYU VS MELAYU..KENAPA MELAYU TAK BERANI LAWAN KAUM LAIN..
BUKAN DARI SEGI PERANG..
1. DARI SEGI EKONOMI
2. DARI SEGI ILMU
3. DARI SEGI PEMIKIRAN
YANG MELAYU TAHU…BERGADUH DAN MEMINTA SUBSIDI..
KALO DAH NEGARA NI JADI NEGARA CINA ( SEBAB DAP MENGUASAI NEGERI PENANG, PERAK, SELANGOR – NEGERI MAJU DAN KAYA )PAS CUMA KEDAH DAN KELANTAN – NEGERI MUNDUR ) KAN SINI PUN KORANG TAK NAMPAK KE????
KALO DAH DAP MENGUASAI MAJORITI ADUN DAN PARLIMEN NANTI..
1. UITM UTK ORG MELAYU SAHAJA PUN DAH BANGSA ASING BOLEH MASUK
2. SUBSIDI?..JANGAN HARAP LER
3. KOUTA BUMI BELI RUMAH?..JANGAN HARAP LER..
ORANG MELAYU AKAN TERPINGGIR DAN..
1. ANAK GADIS AKAN JADI PELACUR DAN BOHSIA..(SKRG PUN DH ADA)
2. ANAK LELAKI JADI REMPIT
LAMA KELAMAAN..HANCUR MELAYU..
MASA TU..PADAN MUKA AKU, PADAN MUKA SEMUA ORANG MELAYU..
** PERHATIKAN SINGAPURA..CINA SINGAPURA DAN CINA MALAYSIA NAK GABUNGKAN SEMULA MALAYSIA DAN SINGAPURA MENJADI NEGARA CINA. TU LE MAKSUD MALAYSIAN MALAYSIA..
July 8th, 2008 at 12:31 pm
ANUAR BERSANDIWARA DENGAN POLITIK LIWAT…ADAKAH KITA SEDAR?..
TERLEBIH DAHULU SAYA MENULIS INI BUKAN KERANA SAYA BN, PAS, DAP, NGO, PKR, MIC, MCA, HINDRAF DLL. TAPI ATAS PEMERHATIAN SAYA SENDIRI TANPA MELIBATKAN SESIAPA..
1. KONSPIRASI JATUHKAN ANUAR DENGAN LIWAT… KALO BETUL BN NAK JATUHKAN ANUAR, KENAPA TAK BN TUDUH JE ANWAR IBRAHIM LIWAT DENGAN ORANG YANG ADA DALAM BN..KONPEM KERAJAAN MENANG…KONPEM SAKSI ADA 4 ORANG. MARI KITA FIKIRKAN…
2. ANWAR ADA BERIBU, BERJUTA MENYOKONG YANG EXSTREM, SANGGUP SEHIDUP SEMATI KONONNYA, ADA PEMIMPIN NGO, PAS, PKR, DAP,HINDRAF DAN DIKELILINGI PEGUAM YANG HANDAL DIKALANGAN KARPAL SINGH DAN ANAKNYA..TAPI…KENAPA PERLU SEMBUNYI DI DUTA TURKI UNTUK KESELAMATAN??? NAPE TAK SELINDUNG JE DI MANA2 RUMAH ORANG YANG SAYA SEBUT TADI..KONPEM KALO POLIS NAK SERBU, LANGKAH MAYAT MEREKA DULU..SEBAB KALO SEMBUNYI KAT DUTA TURKI..LEH WAT LIPUTAN AKHBAR…
IKUT STYLE OSAMA LADIN..SEMBUNYI SAMPAI USA PUN TAK TAHU DAN BAGI ARAHAN JE..TU BARU PEJUANG TULIN.
FIKIRKAN…KAT SINI PUN SAYA YANG NEUTRAL TAK MENYEBELAHI MANA2 PARTI PUN BOLEH NAMPAK DAN MENILAI…
SAMA SAMA KITA RENUNG KEMBALI
July 8th, 2008 at 12:59 pm
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/06/misteri-hubungan-anwar-saiful.html
cuba baca di sini pula dan nilai secara neutral..guna akan fikiran
July 18th, 2008 at 9:46 am
asalamualaikum..
2 perkara yang berbeza..
1. keperibadian Anuar ibrahim
2. perjuangan PR
jangan dicampur adukkan..
August 12th, 2008 at 10:09 pm
Kalau Anuar main belakang pun siapa yang akan percaya.Hanya orng yang ditembak saja yang percaya.Seronok klu dalam kedudukan anuar nak apa pun tak pe semua org tak akan percaya
August 15th, 2008 at 11:29 pm
best giler citer ni…mlayu sesame mlayu gado…tp korg sumer prasan tak akan ada org yg amek kesempatan atas sumer yg dah blaku… akhir nnti kite sumer rugi…anwar ibrahim, dr m,abdullah ahmad badawi,saiful,najib dan yg berkaitan, mereka sumer ahli politik…politik ialah kuasa. nak kan kuasa kita kena pandai putar ape yg boleh putar. dan maksud putar ialah belit. takde manusia yang sempurna. ada kata anuar betul. ada pulak kata saiful teraniaya. ada yang kata malaysia kini ditadbir oleh mereka yang giler kuasa. anuar keluarkan fakta yang dia nak jadi perdana menteri(dengan cara yg org kata salah). saiful pula kata dia diliwat. segelintir menteri pula sibuk makan rasuah. kan semuanya salah???korang sumer pikirkanlah…kita sume lahir dengan dianugerah akal dan fikiran.gunakanlah…
tp yg jadi persoalan sekarang ni ada kalau saiful tipu, kenapa dia nak cemarkan maruah sendiri untuk benda yang dia tak pasti???
sedangkan anak gadis yang menjadi mangsa rogol susah nak tampil di balai untuk buat laporan apatah lagi muncul di hadapan tv buat statement agar perogol dapat hukuma yang setimpal….susahkan dunia politik ni????