Terkejut cukup terkejut apabila menerima satu SMS dari Azuar yang di forward dari Ibu Pejabat PKR yang mengatakan Pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI) “ditahan dan dipaksa untuk mengaku telah diliwat”?..lalu satu report polis dibuat untuk mewujudkan satu konspirasi terbaru untuk menjatuhkan DSAI.
Aku cukup tertarik membaca entri terbaru di blog Mat Keri, yang mendedahkan berkenaan wujudnya “Musang Berbulu Ayam”, salah satu golongan Opportunist yang rakus mengejar peluang di Pejabat DSAI. Siapa Saiful Bukhari ini? mengikut fakta, beliau merupakan bekas MPP UNITEN yang tidak berjaya menamatkan pelajaran, mempunyai berbagai masalah dgn kepimpinan MPP UNITEN(lebih lanjut baca disini), merupakan sepupu kepada Rahimi(pembantu khas DSAI), beliau jugak dilaporkan pernah mendapat tajaan dari Pemuda UMNO untuk bertanding dalam pemilihan MPP UNITEN.Beliau ini sudah dicurigai dari awal lagi oleh kami di AIC. Apakah kelayakannya sehingga dilantik untuk membantu pemegang “Diari Merah” Anwar Ibrahim yang cukup digilai oleh Golongan Opportunist muda yang rakus mengejar peluang, khasnya di era pasca PRU12….??
Celakalah Musang Berbulu Ayam.
Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi
, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang “musang berbulu ayam” di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :
- Musang Berbulu Ayam (Part 1)

- Musang Berbulu Ayam (Part 2)

- Musang Berbulu Ayam (Part 3) – diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.
Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…
Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4. ![]()
Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.
DSAI baru dimaklumkan tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI – dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh.
Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.
Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.
Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!
Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.
Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!
Rakyat pantang dicabarr!!!


June 29th, 2008 at 7:36 pm
tak perlu memfitnah orang lain semata-mata kerana menyokong anwar. Biarkan dia jawab sendiri tuduhan terhadapnya.
June 29th, 2008 at 7:36 pm
YA ALLAH!!!
ENGKAULAH TUHAN SEKALIAN ALAM YANG MEMILIKI “KUN PAYAKUN”. SEKIRANYA ANWAR TELAH DIFITNAH DAN DIZALIMI, ENGKAU TURUNKANLAH BALA2 TENTERA MU DAN JATUHKANLAH AZAB YG AMAT PEDIH KEPADA PEMFITNAH DAN PERANCANG FITNAH LAKNATULLAH, SEBAGAIMANA YG ENGKAU LAKUKAN KEPADA TENTERA ABRAHAH. SUPAYA IA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT.
AMEEN YA RABBAL ALAMIN.
June 29th, 2008 at 7:37 pm
Ni baru beto Trojang Horse! Baru dengor citer Ezang puok UNKO tuduh jadi trojeng horse, Najib dulu hator Trojeng dier masuk. Buleh tahang gok pembelit otok Najob Botok ning!!
Apapong, aku berdoa agar Allah hancurkan dan hinakan golongan pemfitnah!!
June 29th, 2008 at 7:37 pm
Penulisan artikel ini jelas sekali menggunakan fakta yang salah. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah bertugas atau menjadi pembantu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Foto yang berlatarbelakangkan pejabat TPM itu hanya gambar kenang-kenangan lawatan bekas pembantu kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama salah seorang kenalan yang merupakan pegawai di pejabat TPM itu.
June 29th, 2008 at 7:37 pm
si mamat ni tak de melawan ke masa anwar nak meliwat dia…tengok body boleh tahan besar…
June 29th, 2008 at 7:39 pm
PuteraNegaraJr – terima kasih kerana menegur saya….fakta yang saya terima mengatakan Saiful Bukhari berkerja dgn DPM adalah salah….
June 30th, 2008 at 6:07 am
Ternyata ada kebenarannya artikel musang itu dari blog najwan halimi, sudah lama aku membaca artikel itu dari part 1 hingga part 3, sehingga ada mengaitkan tentang AIC, ada orang kata ianya satu provokasi dari najwan. Nampak signal amaran najwan tidak diendahkan oleh kita dan ini berlaku. Musuh dalam selimut sudah mengenakan tuannya. Semoga kebenaran terbukti jua, kita bongkarkan siapa musang ini jadi penyokong DSAI tahu akan kebenarannya.
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
June 30th, 2008 at 2:14 pm
depa tak takot akhirat ka?
kesal sungguh..
semoga depa dapat balasan kelak..
July 1st, 2008 at 1:08 pm
ermm yg hangpa dok sibuk pasal anwar ni pasai ape? Betui ke dia xbuat..main sokong babi buta jer..ko tau ke anwar tu saper? Tanya la kawan2 dia kat MCKK dulu..baru korang tau saper dia sebenarnya..yang korang pun dok sibuk fitnah2 org ni pasai ape? betui ke ada pakatan? ada bukti bagtau laa..apesal sampai skang anwar xbagi bukti..cakap jer nak bagi abuk pun tarak..kalau Allah nak tunjukkan bala..dia bagi cash kat dunia ni..Saper yg kena BALA..Anwar ke Pak Lah? habaq mai kat saya..
July 2nd, 2008 at 1:28 pm
gossip menggossip..
fitnah memfitnah..
agak2 mmg kelebihan orang melayu agaknya..
July 3rd, 2008 at 11:03 am
Anonymous said…
PuteraNegaraJr said…
Penulisan artikel ini jelas sekali menggunakan fakta yang salah. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah bertugas atau menjadi pembantu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Foto yang berlatarbelakangkan pejabat TPM itu hanya gambar kenang-kenangan lawatan bekas pembantu kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama salah seorang kenalan yang merupakan pegawai di pejabat TPM itu.
June 29, 2008 4:37 AM
Truckster said…
PuteraNegaraJr – terima kasih kerana menegur saya….fakta yang saya terima mengatakan Saiful Bukhari berkerja dgn DPM adalah salah….
June 29, 2008 4:39 AM
MORALNYA : SEBELUM FAKTA INI DIBETULKAN..KO TELAH BERDOSA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN MENGHASUT DAN MEMFITNAH..ADA AKAL FIKIR LE SEBELUM SEBARKAN..BETUL TAK TRUNKSTER..
MCM KO MENGETAHUI LEBIH DARI ANUAR, LEBIH DARI POLIS DAN LEBIH DARI YANG BERKUASA, ALLAH TAALA.
KALO KORANG ADE BUKTI..SERAHKAN JER..JANGAN POT PET SANA SINI..AKU NAIK MELUAT DAH..
NI LE KELEBIHAN MELAYU, MEMFITNAH DAN BERBOHONG..LAIN XDE..EKONOMI=CINA PEGANG, PEGUAM=INDIA PEGANG,
July 2, 2008 8:02 PM
July 3rd, 2008 at 11:54 am
yeahh pejuang ketuanan melayu dah masuk…..kekekeke
July 3rd, 2008 at 11:55 am
dari mYKMU kah???
July 3rd, 2008 at 3:50 pm
hermm persoalannya, kenapa DSAI ambil saiful tu jadi pembantu peribadi..kalau saiful tu x jambu..DSAI x ambik la jadik pembantu dia. Ramai org lain lagi..bagi aku la ada maksud tersembunyi anwar ambik dia..so aku yakin anwar ni buat benda tu. Cuba kalau anak sedara atau suku sakat ko kena camtu..anwar ni pandai putar belit..tapi xde yg betul..dulu ckp kena arsenik la kena racun la tp bila check xde aper pun..dah la mintak tlong kat negara penjahat..aper punya org le..aku sokong PKR tapi Anwar sila berhenti la..kalau sekali kena tuduh aku susah nak percaya laa..ni dah kali ke 2..dan untuk makluman aku pun bekas student MCKK..dah banyak citer pasal dia masa sekolah dulu..bila nak bertaubat DSAI..insaflah!!!
July 5th, 2008 at 8:31 pm
Anonymous-tak payah la ngko nak bercakap kalo setakat nak memfitnah orang……
July 8th, 2008 at 12:38 pm
ANUAR BERSANDIWARA DENGAN POLITIK LIWAT…ADAKAH KITA SEDAR?..
TERLEBIH DAHULU SAYA MENULIS INI BUKAN KERANA SAYA BN, PAS, DAP, NGO, PKR, MIC, MCA, HINDRAF DLL. TAPI ATAS PEMERHATIAN SAYA SENDIRI TANPA MELIBATKAN SESIAPA..
1. KONSPIRASI JATUHKAN ANUAR DENGAN LIWAT… KALO BETUL BN NAK JATUHKAN ANUAR, KENAPA TAK BN TUDUH JE ANWAR IBRAHIM LIWAT DENGAN ORANG YANG ADA DALAM BN..KONPEM KERAJAAN MENANG…KONPEM SAKSI ADA 4 ORANG. MARI KITA FIKIRKAN…
2. ANWAR ADA BERIBU, BERJUTA MENYOKONG YANG EXSTREM, SANGGUP SEHIDUP SEMATI KONONNYA, ADA PEMIMPIN NGO, PAS, PKR, DAP,HINDRAF DAN DIKELILINGI PEGUAM YANG HANDAL DIKALANGAN KARPAL SINGH DAN ANAKNYA..TAPI…KENAPA PERLU SEMBUNYI DI DUTA TURKI UNTUK KESELAMATAN??? NAPE TAK SELINDUNG JE DI MANA2 RUMAH ORANG YANG SAYA SEBUT TADI..KONPEM KALO POLIS NAK SERBU, LANGKAH MAYAT MEREKA DULU..SEBAB KALO SEMBUNYI KAT DUTA TURKI..LEH WAT LIPUTAN AKHBAR…
IKUT STYLE OSAMA LADIN..SEMBUNYI SAMPAI USA PUN TAK TAHU DAN BAGI ARAHAN JE..TU BARU PEJUANG TULIN.
FIKIRKAN…KAT SINI PUN SAYA YANG NEUTRAL TAK MENYEBELAHI MANA2 PARTI PUN BOLEH NAMPAK DAN MENILAI…
SAMA SAMA KITA RENUNG KEMBALI
July 8th, 2008 at 12:58 pm
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/06/misteri-hubungan-anwar-saiful.html
cuba baca di sini pula dan nilai…
July 18th, 2008 at 10:00 am
asalamualaikum..
dalam kita menilai sesuatu..kita kena bezakan..
1. hak peribadi anuar ibrahim
2. perjuangan PR..
Adakah PR berjuang untuk Anuar atau untuk rakyat?..pemimpin hebat seperti DrM, Anuar, Mahatma Gandhi, Tunku Abd Rahman dll akan muncul setiap tahun dan bersilih ganti…so jangan terlalu taksub sehinga kita menidakkan kebenaran..
yang peliknya..kena tiada seorang pun pemimpin dalam PR atau loyer2 hebat karpal singh atau cendiakawan doktor dlm PR tidak minta jadi pemerhati bebas sepanjang pemeriksaan di HKL supaya tiada lagi cakap2 hasil ujian ditukar, ditipu dll.
MANA PERGINYA PEMIMPIN DAN CENDIAKAWAN, DOKTOR DALAM PAKATAN RAKYAT???NI BARU DINAMAKAN KAWAN SUSAH SENANG…. KALO BETUL NAK ANUAR DAPAT HAK YANG ADIL DARI SEGI PEMERIKSAAN DNA DARAH DAN DUBUR.MANA PEMIMPIN PR LAIN??..TIDOOO KAA BODOHH….
MUNGKIN KONSPIRASI MUNGKIN TIDAK…HANYA ALLAH YANG ESA TAHU..
August 2nd, 2008 at 11:25 am
jangan lupa:
ada mata lihat
ada telinga dengar
ada mulut cakap
ada akal fikir
ada nas Quran/Hadith rujuk
ada Tuhan ingat
ada blog catat…
silakan ke blog kami.