Kecewa? Marah? Geramm kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.
Soalan – kenapa ini berlaku? menjadikan orang ramai marah. Jawabnya, semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan di kuasai BN. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.
![]()
Kemarahan pertama – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 , kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat. Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.
Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.
Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad…
Lihat bangunan Dayabumi – kosong.
Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong.
Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong.
Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong.
Lihat pula agenda Monsoon Cup – kosong.
Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.
Marah sahaja TIDAK cukup. Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?
Kemarahan ke tiga – Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?
Kemarahan ke empat – Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?
Kemarahan ke lima – Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?
Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan. Ayuh Rakyat Bangkitlahhhh Untuk Turun sama menyuarakan Bantahan. 6Julai ini, Usah Lagi Di Tipu Dulu, Di TipuKini & Di Tipu Selama-lamanya.
Truckster
www.geramm.org


June 16th, 2008 at 4:35 pm
ini yang membuatkan gua bertambah gerammmmm….arghghhhhh
June 17th, 2008 at 9:22 am
Sabo mat tiba masanya kita akan bangun dan lawan….
June 17th, 2008 at 12:51 pm
uiks..awk..sabar..sabar tau
June 20th, 2008 at 11:55 pm
duhai malaysiaku!!
July 5th, 2008 at 4:02 pm
Ya BATUI, kita patut turun kena hentikan setiap pembaziran yang terjadi kepada rakyat, rakyat masih hidup dalam kepayahan untuk harungi kos yang serba meningkat ini. Ayuh Rakyat Malaysia jadilah seperti Hang Jebat jangan jadi seperti Hang Tuah. Jangan Yes Boss aja.
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
July 6th, 2008 at 2:21 pm
asalamualaikum..
kalo itu alasannya…saya tidak setuju..kita protes…
guna akal le kalo nak berkata..biar kita berbahas secara normal dan berilmu tanpa pengira politik..
di negara Amerika sanjungan pembangkang pun minyak naik..di Brunei pun minyak naik..seluruh dunia minyak naik…
Adakah kerana Petronas?.
Adakah kerana litar F1?.. dll..
ini kerana pengimport minyak dunia..pedagang minyak dunia…
SIAPA?…cari sendiri..baru kita tahu siapa?…saya teringin nak tengok senarai pedangang dan pengimport minyak dunia kat blog ni..
kenapa kita tidak adil dalam memberi maklumat..sama macam kes boikot barang belanda…
kenapa dalam web2 pembangkang..malaysiakini, harakah dll tiada senarai semua barangan dari belanda??..Kenapa?..kerana kebanyakkan pengimport dan peniaga adalah cina..betul kan?..
so..mari kita gunakan akal yg dikurniakan ALLAH menilai dan memeriksa kebenarannya..
** Antara punca kenaikan minyak dunia..
1. Amerika laknat serang Arab..kenapa kita x boikot barangan Amerika..sebab Amerika sanjungan pembangkang??betul ke?..
2. pedagang minyak adalah negara kafir laknattullah..dan pedangan utama ialah BUSH…
3. Kenapa sekarang..barangan dalam negara berkurangan?…tepung kurang, kacang, gula, beras?…SIAPA yang kuasai ekonomi malaysia?…CINA..orang melayu buat apa?..BUAT BODOH..PROTES DAN PROTES…bersatu kan lebih baik…
FIKIRKAN..
5 NEGERI DH JATUH DTANGAN PEMBANGKANG..KENAPA PAS MASIH X LAKSANAKAN HUKUM ISLAM?…SEBAB DAP MAJORITI DALAM SETIAP NEGERI..BETULKAN??
PAS DAN PKR JADI APA?…JADI TUKANG PECAHKAN MELAYU..BODOH…
CINA PUN DAH BUKA MATA BERGABUNG..KEBANYAKAN CINA MCA DAN XDE..KEBANYAKAN DH MASUK DAP..DAP TU CINA YANG TERUK..TGK LE SAPA PENYOKONG GAGASAN DAP..HATI2 ORG MELAYU..SOKONG TU TENGOK2 LER..
ANDAI KITA NAK ROMBAK BN..JALAN TERBAIK..
1. MARI KITA MELAYU BERGABUNG DALAM PARTI SEKARANG..UMNO..BIAR MAJORITI ADUN DAN PARLIMEN MELAYU..BUKAN MCM PERAK DAN SELANGOR…PAS DPT 1 KERUSI JE..NAK BUAT APA??..
KITA PECAHKAN DAN TUMBANGKAN PEMIMPIN MELAYU YANG CORRUPT DARI BN DARI DALAM…KITA KAN ADE PILIHANRAYA…APA SUSAH..
RAMAI LAGI ORG DALAM BN TU YANG TAK SUKA PEMIMPIN CORRUPT BAIK DALAM PAS, BN DAN PKR…
PERCAYALAH..TIDAK SEMUA PEMIMPIN DARI BN, PKR, PAS BAIK DAN TELUS..MANUSIA ADA NAFSU ADA KEPENTINGAN..
July 6th, 2008 at 8:02 pm
anonymous – kata2 anda diatas itu hanya tuduhan yang melulu terhadap kaum2 lain di Malaysia, tepat jangkaan saya anda adalah jaguh ketuanan melayu dari MYKMU…anda adalah seorang yang racist apabila berkata sebergitu rupa….anda fikir rakyat di Malaysia hanya ada melayukah? kaum lain tidak wujud dan harus di kesampingkan?
sedarkah anda Tsunami 8march lalu dimana suara keramat rakyat pelbagai kaum di Malaysia telah menolak sistem demokrasi politik yang berasaskan perkauman, cina + melayu + india bersatu untuk menolak sistem demokrasi rasisma…
1) pernahkah anda lihat sebelum 8march kaum india dan cina menubuhkan/membuka pos2 PAS sebagai tanda sokongan dlm pilihanraya?
2) pemuda2 india berarak dgn motosikal mengibarkan bendera bendera PAS keadila dan DAP?
3) kaum2 bukan muslim menubuhkan kelab penyokong PAS?
di sini jelas mereka telah menolak sistem yang berasaskan perkauman…kebajikan dan keperluan rakyat harus seiring
anda tidak usahlah menyuarakan ketuanan melayu disini..sesungguhnya ketuanan melayu yang disuarakan oleh pemimpin anda itu(baca UMNO) adalah retorik murahan yang meloyakan, untuk apa ketuanan melayu? untuk dapat AP? untuk mengakayakan kroni? untuk mengkayakan ahli keuarga? untuk merompak harta rakyat dN membiarkan rakyat susah dgn tekanan kos hidup yang tinggi?
berkenaan isu minyak, apa yg anda nyatakan disini adalah jelas anda masih lagi dikaburkan dan diperbodohkan oleh pemimpin yg anda sanjungi, fakta yg anda nyatakan itu sudah bosan dan naik muak saya membacanya di akhbar2 dan saluran media murahan UMNo/ Be end…
sila ke:
http://www.geramm.org
disini kami sudah banyak mendedahkan tentang fakta2 sebenar berkenaan isu minyak..luangkan masa untuk membaca posting2 kami dan timbangkan…..
July 6th, 2008 at 8:06 pm
lagi satu…baru sekarang parti anda menyuarakan Ketuanan Melayu? sebelum 8mac dimana suara2 ktuanan melayu? heh sudah terhantuk baru tergadah
July 6th, 2008 at 8:08 pm
woiiiii anonymous jangan duk lempar tahi UMNO la kat sini…blah la woiii
ko ni mmg bodoh dan diperbodohkan oleh BN..sekian saja kasi provok skit biar panas skit.
papahal protes tadi mmg best la…ramai turun
July 8th, 2008 at 2:18 am
http://youtube. com/watch? v=xJqh8izH8k4
ada aku kata aku sokong UMNO, PAS, PKR?…
INDIA DAN PAS MENOLONG PAS??
MACAM TU JUGA LE AMERIKA BERPAKAT DENGAN IRAN SEMASA MAHU MENYERANG IRAQ…SEKARANG IRAQ SUDAH TUMBANG… IRAN PUN JADI MANGSA..SELEPAS IRAN TUMBANG?..APA LAGI KUASA NUKLEAR ARAB?…
AKU X SURUH SOKONG UMNO, X SURUH SOKONG PAS, X SURUH SOKONG ADIL..
TAPI SOKONG PEMIMPIN YANG IKHLAS..BUKAN MURAHAN…SAPA BERANI BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH, SEMUA PEMIMPIN PAS JUJUR DAN AMANAH, SEMUA PEMIMPIN PKR JUJUR DAN AMANAH, SEMUA PEMIMPIN UMNO JUJUR DAN AMANAH?…SEMUA TAK ADE TERMASUK AKU…
BENAR JIKA UMNO SALAH, BENAR JIKA PEMIMPIN BN RASUAH DAN KRONI..TAPI..KENAPA PEMERINTAHAN DI NEGERI PERAK DAN SELANGOR DI BERI MAJORITI KUASA UNDI DI NEGERI BAGI PADA DAP???…
DI SITULAH KEBODOHANNYA…AKU DH PERNAH KATA..LANTAK LE UMNO KE, PAS KE, PKR JER, ASALKAN KUASA MAJORITINYA MELAYU…
CONTOH…PERAK..
PAS = 1 KERUSI,
PKR = 3 KERUSI
DAP?…
MAJORITI KALO UNDIAN?..FIKIRLAH SENDIRI…PKR DAN PAS KAT PERAK CUBA MAK KADUK JER…TAPI MASTERMIND DAP..
SELANGOR PUN SAMA..
FIKIRLAH…LAIN KALI KALO NAK UBAH KERAJAAN, AKU X PERNAH LARANG..SEBAB NEGARA KITA DEMOKRASI, BERPEGANG PADA ALQURAN DAN SUNAH NABI…
PASTIKAN KALO JUMLAH UNDI ADUN SETIAP NEGERI TU..MAJORITINYA MELAYU…X FAHAM2 LAGI KE AKU EXPLAIN NI…KATA SEMUA EDUCATED…
SEKARANG KORANG BERNASIB BAIK DAPAT SAMBUNG BLAJA SEBAB KOUTA MELAYU DAN BUMI TU ADA LAGI DI UITM YANG RATA RATANYA MELAYU KELANTAN SEBAB YURAN MURAH.
SEKALI LAGI AKU CAKAP…BAGITAU YANG BIJAK PANDAI DI DALAM PARTI POLITIK DI MALAYSIA NI BAIK PAS, PKR, UMNO…PASTIKAN MELAYU…
JANGAN SAMPAI MAJORITI MELAYU KAT SETIAP NEGERI TU HILANG..
FAHAMMMM??….
SEBELUM CERITA BAB EKONOMI, BAB AGAMA, BAB KETUANAN MELAYU YANG AKU SENDIRI DAN KO SENDIRI PUN X FAHAM..CUMA JADI TUKANG IKUT JER..MACAM LEMBU…BAIK KITA KUATKAN YANG ASAS KITA…TU PUN KALO KO MELAYU TULEN YANG IKHLAS MENOLONG MELAYU TANPA MENGIRA JUA DARAH CAMPURAN YANG MENGALIR, BAIK MELAYU JAWA, BANJAR, ASLI, MAMAK, BUGIS…
TAK GUNA MENJADI HERO YANG MENCANANG KETUANAN MELAYU KALO KITA SENDIRI YANG MENYEBABKAN MAJORITI MELAYU HILANG???
PAKLAH AKAN MATI, NAJIB AKAN MATI, ANUAR IBRAHIM AKAN MATI, NIK AZIZ AKAN MATI, KO AKAN MATI, AKU AKAN MATI, TAPI YANG TINGGAL APA?????
KETUANAN DAN KUASA MAJORITI MELAYU YANG KITA WARISKAN UNTUK ANAK CUCU KITA YANG MENJAMIN MASA DEPAN..
SUSAH SENANG..DAH TERTULIS DALAM QURAN, XDE SAPA UBAH KAMU KALO KAMU X UBAH SENDIRI,…
JANGAN SALAHKAN SAPA2…SALAHKAN DIRI KITA SENDIRI..MELAYU YANG LUPA APA YANG KITA CORAKKAN HARI INI AKAN MEMBAWA KESANNYA BERIBU2 TAHUN..
July 8th, 2008 at 12:27 pm
ANUAR BERSANDIWARA DENGAN POLITIK LIWAT…ADAKAH KITA SEDAR?..
TERLEBIH DAHULU SAYA MENULIS INI BUKAN KERANA SAYA BN, PAS, DAP, NGO, PKR, MIC, MCA, HINDRAF DLL. TAPI ATAS PEMERHATIAN SAYA SENDIRI TANPA MELIBATKAN SESIAPA..
1. KONSPIRASI JATUHKAN ANUAR DENGAN LIWAT… KALO BETUL BN NAK JATUHKAN ANUAR, KENAPA TAK BN TUDUH JE ANWAR IBRAHIM LIWAT DENGAN ORANG YANG ADA DALAM BN..KONPEM KERAJAAN MENANG…KONPEM SAKSI ADA 4 ORANG. MARI KITA FIKIRKAN…
2. ANWAR ADA BERIBU, BERJUTA MENYOKONG YANG EXSTREM, SANGGUP SEHIDUP SEMATI KONONNYA, ADA PEMIMPIN NGO, PAS, PKR, DAP,HINDRAF DAN DIKELILINGI PEGUAM YANG HANDAL DIKALANGAN KARPAL SINGH DAN ANAKNYA..TAPI…KENAPA PERLU SEMBUNYI DI DUTA TURKI UNTUK KESELAMATAN??? NAPE TAK SELINDUNG JE DI MANA2 RUMAH ORANG YANG SAYA SEBUT TADI..KONPEM KALO POLIS NAK SERBU, LANGKAH MAYAT MEREKA DULU..SEBAB KALO SEMBUNYI KAT DUTA TURKI..LEH WAT LIPUTAN AKHBAR…
IKUT STYLE OSAMA LADIN..SEMBUNYI SAMPAI USA PUN TAK TAHU DAN BAGI ARAHAN JE..TU BARU PEJUANG TULIN.
FIKIRKAN…KAT SINI PUN SAYA YANG NEUTRAL TAK MENYEBELAHI MANA2 PARTI PUN BOLEH NAMPAK DAN MENILAI…
SAMA SAMA KITA RENUNG KEMBALI
July 13th, 2008 at 9:02 am
anonymous-apa yang anda katakan itu ada kebenaran….orang melayu perlu kuat, itu memang betul, perlu mempunyai kuasa…..
apa yang perlu ditekankan adalah, satu sistem yang tidak berasaskan kaum seperti contoh UMNO+MIC+MCA….rakyat pelbagai kaum sudah jelas menolak sistem ini, di Malaysia saya ulangi bukan hak Orang Melayu sahaja..
berkenaan Anwar, majoriti percaya ini adalah konspirasi politik atasan…..ini sememangnya tidak dapat dinafikan/diubah kepercayaan ramai………..KITA TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA, adakah Anwar yang kantoi ataupun para konspirator tersebut
July 18th, 2008 at 9:55 am
asalamualaikum..
dalam kita menilai sesuatu..kita kena bezakan..
1. hak peribadi anuar ibrahim
2. perjuangan PR..
Adakah PR berjuang untuk Anuar atau untuk rakyat?..pemimpin hebat seperti DrM, Anuar, Mahatma Gandhi, Tunku Abd Rahman dll akan muncul setiap tahun dan bersilih ganti…so jangan terlalu taksub sehinga kita menidakkan kebenaran..
yang peliknya..kena tiada seorang pun pemimpin dalam PR atau loyer2 hebat karpal singh atau cendiakawan doktor dlm PR tidak minta jadi pemerhati bebas sepanjang pemeriksaan di HKL supaya tiada lagi cakap2 hasil ujian ditukar, ditipu dll.
MANA PERGINYA PEMIMPIN DAN CENDIAKAWAN, DOKTOR DALAM PAKATAN RAKYAT???NI BARU DINAMAKAN KAWAN SUSAH SENANG…. KALO BETUL NAK ANUAR DAPAT HAK YANG ADIL DARI SEGI PEMERIKSAAN DNA DARAH DAN DUBUR.
MUNGKIN KONSPIRASI MUNGKIN TIDAK…HANYA ALLAH YANG ESA TAHU..
August 1st, 2008 at 10:42 am
yang peliknya..kena tiada seorang pun pemimpin dalam PR atau loyer2 hebat karpal singh atau cendiakawan doktor dlm PR tidak minta jadi pemerhati bebas sepanjang pemeriksaan di HKL supaya tiada lagi cakap2 hasil ujian ditukar, ditipu dll.
MANA PERGINYA PEMIMPIN DAN CENDIAKAWAN, DOKTOR DALAM PAKATAN RAKYAT???NI BARU DINAMAKAN KAWAN SUSAH SENANG…. KALO BETUL NAK ANUAR DAPAT HAK YANG ADIL DARI SEGI PEMERIKSAAN DNA DARAH DAN DUBUR.
MUNGKIN KONSPIRASI MUNGKIN TIDAK…HANYA ALLAH YANG ESA TAHU.
———————————
yaaa hanya Tuhan yang tahu……kita tunggu dan lihat saja, dan laporan doktor juga sudah keluar…..bukti sudah ada??