Kurang 48 jam dari sekarang(waktu skang Sept29, 9.45AM aku on the way drive di PLUS menuju ke kg), 2 hari lagi ribuan batang buluh lemang akan terbelah, ayam dan lembu akan dikorbankan untuk dijadikan rendang, ketupat, dodol serta pelbagai spesis masakan tradisional akan dimasak menandakan Hari Raya Aidilfitri kembali lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Hari Raya tahun ini kurang bermakna buat aku.
Kurang meriah disebabkan sekali lagi, kedua parent berada di “Tanah Suci” Mekah menunaikan Umrah & Menyambut Aidilfitri di sana. Jadi,tahun ini tiada lagi hidangan-hidangan enak sempena 1 Syawal. Bertambah Tidak bermakna kerana kepala aku sedang sarat memikirkan laporan satu projek tahun akhir yang tertunda, “projek kursus” minggu hadapan di Pulau Pinang, sessi viva untuk Website System Design, dan peperiksaan akhir untuk semester ini..Damn!!

Apapun, selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua saudara-mara, rakan-rakan, sepupu-sepapat, rakan yg aku kenali di alam maya, tak lupa buat team ICT AIC & AIBlog (great done for online campaign, tempohari…keep it up!!!).
Ini hari kemenangan kita. Kemenangan kita memenangi nafsu yang semakin besar hari demi hari. Sekurang-kurangnya menahan nafsu makan dan minum di’siang hari. Jika kau mengerti, Aidilfitri lebih dari itu dan janji Tuhan itu lebih manis dari helaian baju baru & kasut Nike berharga RM200+??
Okeh kat atas ni ada sedikit buah tangan dari aku (credits to Eins & Cyberfly dari team JomPHP), korang bleh play online streaming lagu2 raya yang terdapat dalam playlist dibawah, juga korang bleh letakkan “Playlist Raya” ni kat MySpace, Friendster & Blog atau mana2 tempat yg korang rasa sesuai.
















