Majlis Berbuka Puasa AIC

Mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa AIC pada 20/9/2008 dengan anjuran AIC Pusat & ALK (AIC Lembah Klang). Majlis Berbuka Puasa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama sahabat & mengenali lebih mendalam lagi rakan-rakan dari pelbagai “background”.

Majlis tersebut dibuat di Rumah Kelab & Pejabat Yayasan Aman di seksyen 16/4 Petaling Jaya. Persiapan majlis ini telah disiapkan seawal pukul 6 petang dengan bantuan rakan-rakan AIC yang datang awal dengan juadah kuih-muih, lauk-pauk & pemanis mulut dihidangkan. Terima Kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi menderma juadah-juadah berbuka dengan ikhlas & makanan semuanya enak-enak untuk kami berbuka & menjamu selera. Terima Kasih sekali lagi pada yang menderma.

Pada pukul 7.15, azan maghrib berkumandang, kami berbuka & menjamah sedikit makanan. Disusuli sembahyang berjemaah dengan di imamkan oleh saudara Khalid Ali. Selepas selesai menunaikan solat maghrib, kami semua menjamah juadah-juadah berat seperti lauk-pauk & nasi. Sementara menunggu waktu isya’, sesi wacana & diskusi isu-isu semasa serta sesi suai kenal dengan ahli-ahli baru.

Kami menunaikan solat isya’ berjamaah dengan di imamkan oleh saudara khalid ali. Selepas habis menunaikan solat isya’, kami meneruskan dengan menunaikan solat terawih 8 rakaat & bilal terawih adalah saudara Mazli.

Selesainya solat terawih, kami sekali lagi menjamu juadah tetapi kali ini lebih ringan dengan kuih-muih & buah-buahan tempatan. Selepas menjamu juadah ringan, saudara MatKeri telah memberi sumbangan ikhlas daripada AIC kepada saudara Khalid Ali (imam).

AIC Pusat & AJK AIC Lembah Klang (ALK) selaku penganjur untuk Majlis Berbuka Puasa AIC mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis Berbuka Puasa AIC & yang memberi sumbangan juadah berbuka pada kali ini. Segala kekurangan itu semua datang daripada pihak penganjur & yang baik itu semua datang dari NYA YANG ESA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.