Browse > Home / Daily craps / Salam Ramadhan

| Subcribe via RSS

Salam Ramadhan

September 2nd, 2008 Posted in Daily craps

Ramadhan datang lagi……sekarang, dalam keributan hidup dan membelah detik masa yang pantas, aku meneruskan ramadhan kali ke-6 ini di perantauan. 

Bercakap tentang bulan puasa beberapa perkara pelik dan ajaib akan secara otomatik terjadi, aku kira sambutan ramadhan bagi Orang Melayu adalah bergitu subjektif, pelbagai jenis menu makanan yang pelik mula memunculkan diri, Bazar Ramadhan di penuhi manusia, makanan adalah subjek yang wajib ada. Setiap hari, semua orang yang berpuasa bagaikan Pelarian di Somalia. Mengidam yang macam-macam untuk berbuka.  

Antara perkara yang dikenalpasti pelik tapi benar terjadi di Bulan Puasa

  • Kedai Mamak menjalankan operasi seperti biasa & nak lg best jual nasi ikut pintu belakang, ajaib bukan?
  • Yeahhh Ramadhan jugak menjadik Bulan, errrmmm especially bagi kaum hawa melepaskan hawa mereka di karnival-karnival perayaan.
  • Tren menutup aurat. Lepas ramadhan bukak balik
  • Aku saspek banyak lagi peerkara yang menarik tapi pelik…korang carik la sendirik.

Updated: Last weekend, terima call dari parent gua yang selamat tiba di Jeddah dan dalam perjalanan ke Madinah & Mekah untuk mengerjakan Umrah, sepanjang bulan Ramadhan yang mulia, secara otomatik tahun ini, sekali lagi kami beraya tanpa Orang Tua di sisi. Pilu jugak gua mengenangkan baru minggu lepas antar diorang kat Airport.

Huho!!! tak dapat dibayangkan, tanpa senarai juadah tradisional hasil tangan Ibu yang “meletup” di pagi Aidilfitri, adalah saat yang paling tension gua rasakan. Sebelum Syawal tiba, gua perlu bertindak pantas mencarik alternatif untuk meredakan tekanan tersebut. Nak harapkan Akak gua bukanya reti hape ponnn.

 

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Random Posts

Leave a Reply