Selamat Hari Malaysia…Untuk pertama kalinya kita rakyat Malaysia telah menyambut HARI MALAYSIA. Perhimpunan bersejarah di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 telah merakamkan rasa hormat kita kepada warga Sabah dan Sarawak yang selama ini telah ‘ditipu’ dan terpaksa menyambut tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia. Hari Malaysia ialah 16 September. September 2008 adalah kali kedua Hari Malaysia dirayakan di Semenanjung. Kali pertama dahulu pada 16 September 1963.
Dalam keributan hidup di Kampus, kami berkesempatan untuk turun menyambut Perayaan Hari Malaysia di Stadium MPPJ Kelana Jaya, program dimulakan dengan majlis berbuka puasa, dihidangkan dengan Nasi Beriani yang lazat, seterusnya solat terawih dan disambung ucapan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Pada Malam bersejarah itu juga diadakan Solidariti terhadap mangsa tahanan ISA yg terbaru, RPK dan MP Seputeh, Teresa Kok. Laungan bebaskan! bebaskan! bebaskan! bergema cukup lantang melambangkan rakyat sudah tidak tertahan dengan Akta Drakonian tersebut.
Melalui ucapan yang berapi-api, Sdr Anwar Ibrahim, cukup yakin dan meletakkan kepercayaan terhadap Agenda perubahan yang dibawa oleh rakyat, rakyat sudah muak dengan segala tipu helah dan penipuan yang didalangi Gerombolan United Malays National Organization. Kezaliman memanipulasi Akta ISA menyemarakkan lagi api kebencian rakyat. Fokus Pidatonya cukup jelas dan sampai ke dasar hati rakyat Marhean, beliau dengan tegas menyatakan Malaysia Baru akan terbentuk tidak berapa lama lagi:
- Malaysia Baru adalah Malaysia yang berpandukan Ketuanan Rakyat.
- Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri – ISA.
- Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Cetak.
- Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Universiti dan Kolej Univeriti.
- Malaysia Baru adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan.
- Malaysia Baru menjamin dan menghormati kebebasan beragama/berkepercayaan.
- Malaysia Baru adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang menjadi tuan dan tidak ada yang menjadi hamba. Tidak ada yang istemewa. Semua setaraf. Semua sedarjat
Nantikan Update photo dari Niccoytne
Link berkaitan: Ceramah DSAI @ MPPJ Stadium kelana Jaya


September 16th, 2008 at 5:32 pm
Nice dude…
Sorry x dpt join ko smlm
September 16th, 2008 at 7:36 pm
heh bro…selamat hari Malaysia
Refromasi!!!!! sekalik…….!!!!!!!