Nov 30
Barua ini terus menipu.
Posted by Truckster in Believe it or not?, Tutorial on 11 30th, 2008| | 3 Comments »

Selepas pendedahan berkenaan Penipuan Ustaz Arief Cakra Alam, seluruh Malaya gempar dengan isu ini. Bertambah meriah apabila TV3 melalui “Rancangan 360″ membuat interview bersama Ustaz Arief bagi meminta penjelasan akan ke”kantoi”an tersebut.

Melalui sedutan Rakaman 360 beliau kelihatan resah, ayatnya kelam-kabut, menggaru-garu hidung( yang mana perbuatan ini sudah diketahui umum sebagai satu tanda refleks jika seseorang itu berbohong).

“People tend to touch their nose and scratch their face when they lie.” — How to Detect Lies (Gecko & Fly)

Sedaya-upaya telah menafikan pendedahan video Youtube tersebut. Ke”kantoian”nya terserlah apabila pihak 360 meminta untuk merakamkan kaedah rawatan tetapi ditolak oleh Ustaz Arief.

Beliau mendakwa, Seorang penuntut warganegara Korea yang dengki dengan cara perubatan beliau sebab telah gagal untuk menguasai “Ilmu Keramat Cakra Alam” tersebut.

Nov 27
Malaysia jangan tertipu lagi
Posted by Truckster in Semasa on 11 27th, 2008| | 2 Comments »

Perang harga minyak antara Kaum Pemodal semakin berlarutan, berikutan tekanan kemelesetan Sistem Ekonomi Kapitalis, khasnya Amerika Syarikat, penurunan harga minyak di pasaran dunia sememangnya dijangkakan, pada awalnya mencapai harga puncak, dan akhirnya mula menurun ini merujuk trend Ekonomi Kapitalis yg saban dekad(setiap 10 tahun) akan mengalami kemelesetan. Harga komoditi minyak terus susut, menurut Bloomberg, harga pada minggu lepas mencapai bawah US$50/barrel, pada masa depan dijangkakan harga akan terus merudum mencapai US$25/barrel.

Ini memberi kesan negatif kepada Negara Pengeluar Minyak seperti Malaysia, margin keuntungan mencatatkan deficit yang mengerikan. Jika dulu kerajaan menwar-warkan kenaikan harga minyak disebabkan tekanan kenaikan harga di pasaran antarabangsa, lalu pada Mei lepas Pak Lah berserta Barisan Penasihat bangangnya serta merta menaikkan 78sen, tanpa memikirkan kesan negatif dan impak inflasi yang semakin menggila, serentak dengan itu kenaikan harga barangan keperluan asas. Rakyat terus merana.

Nahh… Sekarang harga di pasaran dunia sudah menjunam turun, bahkan jauh lebih rendah meninggalkan harga yang dinikmati sebelum ini (RM1.92), Seperti dijangka Kerajaan melalui Kementerian KPDN-HEP berdolak dalih untuk mengapungkan harga mengikut harga pasaran dunia. Penurunan berperingkat sebanyak RM0.15 adalah kosmetik yg cukup berkesan, rakyat terus lena dibuai dengan setiap kali pengumuman kecil ini disiarkan media. Tetapi hakikatnya sedarkah rakyat Malaysia, dengan harga RM2.00 yang dibayar sekarang, Kerajaan pula mengaut subsidi dari rakyat? yaaa setiap kali kita mengepam minyak duit akan masuk ke poket Kerajaan.

Jika diapungkan, secara minimum ianya dapat diturunkan sehingga mencecah RM1.52. Ini merujuk kepada harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005, jika dikira dan diambil situasi ini sbagai contoh :

Semalam aku memerlukan minyak lagi untuk dibakar, Mengikut harga bahan bakar sekarang, RM90 perlu aku leburkan (Full tank, 45liter – MyVi), pergi dan balik (dari Manjung, Perak) untuk menghadiri Majlis Konvokesyen di Shah Alam.

Harga RM2.00/liter
Harga sepatutnya RM1.52/liter
Harga subsidi yg dibayar kepada kerajaan = RM0.48/liter
Jumlah subsidi yg aku bayar kepada kerajaan untuk 45liter: RM0.48*45 = RM21.60??   

Rakyat perlu faham, ini dilakukan bagi memulangkan semula(recover) apa yang diberikan kerajaan melalui rebat tunai RM625. Ini lah jawapan kepada persoalan kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya. Kesan pengurusan makroekonomi yang bijak! Oleh Kerajaan Pak Lah dan Barisan Penasihatnya. Dan Malaysia jangan tertipu…!!!

Nov 25
Menarik Minggu Ini 25 Nov.
Posted by Truckster in Daily craps, Tutorial on 11 25th, 2008| | 1 Comment »
Musim Cuti, Apa kau mau bikin?

Yaa adik-adik Cuti sekolah sudah bermula. Cuti semester bagi pelajar kolej/universiti juga sudah bermula. Aku juga tidak ketinggalan untuk pulang bercuti, Aku Quote sikit kata2 MohdAdil

Cuti semester jikalau kau tidak di’manfaatkan dengan aktiviti berfaedah hanya akan merugikan diri.Masa tidak dapat dibeli semula apabila ia sudah berlalu. Nasihat aku, penuhkan hari² kau dengan perkara berfaedah.

Tak guna kau habiskan masa cuti berpacaran atau berusaha untuk bergelar seorang “Buronan Cinta”, menghabiskan masa melepak di kompleks membeli-belah atau merempit. Atau menghabiskan masa di cyber cafe hanya untuk bermain DOTA

Di sini aku ingin cadangkan aktiviti2 yang mungkin untuk anda praktikkan sepanjang bercuti…..
Nov 23
Jom Youtube Live
Posted by Truckster in Daily craps on 11 23rd, 2008| | 2 Comments »

Jika kau merupakan penggemar Youtube, dalam seminggu dua ini sudah pasti perasan satu link yang menyambungkan korang kepada youtube live , youtube live merupakan percubaan pertama pihak youtube untuk mengadakan satu event yang mengabungkan concert + party + part of variety shows yang dirakam secara live kepada pengguna internet seluruh dunia, jika kau peminat setia video-video bakat baru yang terpapar di youtube maka inilah masanya untuk menonton mereka secara live.



Aku tidaklah bergitu teruja untuk menonton Concert, tetapi part of variety show nya adalah yang aku tunggu2 selama ini, pernah kau lihat pelbagai video seperti tarian dari Team Planet-B-Boy, kenalkah kau dgn Marie Digby penyayi terkenal yang pada asalnya menyebarkan bakat melalui youtube? owh jika kau peminat gorengan gitar panas Cannon Rock oleh jerryC dan bermacam lagi vids menarik dari BlendTec yang memaparkan segala benda untuk di “Blender” termasuklah I-Phone & PS3 atau video cool dari BeardyMan pakar beatbox antara yang terhebat dunia?

Geng Myhtbusters dari Discovery Channel jugak ada di sana…

Semuanya dapat ditonton secara live…damnnn cool


Owh tidak lupa juga Penyayi & Rappers terkenal seperti Will.i.am, Akon, Ketty Perry dan lain-lain juga ada untuk memeriahkan Concert. Jom Youtube LIVE…

Persembahan dari BeardyMan….. kool!!!!

Nov 22
Tahukah Anda: Youtube di 1985
Posted by Truckster in Believe it or not? on 11 22nd, 2008| | No Comments »

A little ‘known fact’ was that Youtube actually started in 1985. A complete failure but its amazing that Youtube has survived so many years without the internet.
Check out how Youtube was in the year 1985 with 1 videoclip after the jump.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...