Game Review: Pro Evolution Soccer 2009.
PES2009 merupakan games terbaru dari siri Pro Evolution Soccer dari Konami.Kepada peminat games bola sepak,anda semestinya pernah bermain games PES.Bagi saya,PES merupakan siri games bola sepak terbaik,mengatasi pencabarnya seperti Fifa dari EA Sports.
Setelah menghadapi final exam semalam,saya sempat meluangkan masa bermain PES2009 bagi menenangkan fikiran.Sebelum ini hanya PES2008 menjadi mainan dikala bosan 
Berikut merupakan sedikit reviu dari saya mengenai games bola terhebat didunia ini 
Testbed 1:
Intel Core 2 Duo E6600
4gb ddr2 ram
Nvidia 9600gt 512mb ddr3
Windows Vista Ultimate
Testbed 2:
Intel Pentium 4 1.6ghz
768mb ddr ram
Nvidia fx5500 (agp)
Grafik :
| PES08 | PES09 |
Cuba perhatikan perbezaan grafik PES08 dan PES09.Sangat berbeza bukan?PES09 menampilkan grafik yang sangat cantik,realistik dan bewarna warni.
Anda pastinya kagum dengan grafik PES2009 yang pastinya juah meninggalkan Fifa 09 
rating : 9/10
Mode :
1.Mode Be A Legend telah diperkenalkan.Cipta seorang pemain,bermula dari bawah (stamina,kelab,skill) dan menimba pengalaman untuk menjadi yang terbaik.
Jersi:
1.MU dan Liverpool sahaja mempunyai jersi sebenar dlm EPL.
2.Majoriti kelab dlm Liga Sepanyol tidak lagi mempunyai jersi sebenar berbanding PES08.
Permainan :
1.Gol yang dijaringkan kelihatan lebih realistik.Perhatikan pada jaring gol apabila bola dijaringkan.
2.Sangat sukar untuk menjaringkan gol.Kalau dahulunya bermain PES08 dengan kawan-kawan,kami selalunya berbalas gol dengan jumlah yang agak banyak seperti 4-3 tapi bila bermain PES09,dapat jaringkan 1 gol pn dah ckup bagus 
3.Senang untuk jaringkan gol dengan free kick christiano ronaldo.
4.Lebih senang untuk merampas bola berbanding PES08.
5.Sangat susah untuk menggelecek solo seperti dalam PES08.
6.Sangat sukar menjaringkan gol dengan shoot jauh berbanding PES08.
7.Bola shoot terasa lebih perlahan dan sukar dikawal.
rating : 8.5/10
Keperluan komputer :
minimum :
- Windows XP SP2, Vista
- Intel Pentium 4 1.4 GHz
- 1 GiByte RAM
- 6 GB hard disk space
- GeForce FX or Radeon 9700th Pixel / Vertex Shader 2.0 and 128 MiByte VRAM.
- 800 x 600 display resolution
recommended :
- Windows XP SP2, Vista
- Intel Pentium 4 3.0 GHz
- 2 GiByte RAM
- 8 GB hard disk
- GeForce 6800 GT / GS, Radeon X1600 or higher. Pixel / Vertex Shader 3.0 and 256 MiByte VRAM
- 1,280 x 720 display resolution
Dengan TestBed 1,saya dapat bermain dengan Full Setting.Resolution 1280 x 1024 dan Full AA dan AF.
Daripada pemerhatian saya,PES09 adalah lebih ringan berbanding PES08.Ini dibuktikan apabila saya mencuba dengan TestBed2.Dalam PES08, TestBed2 hanya dapat setting low dan masih sedikit lag.Tetapi dalam PES09,TestBed2 masih lagi hanya dapat setting low,tetapi lebih lancar berbanding PES08.
Saya tidak sempat menggunakan perisian untuk menyukat FPS (Fraps) kerana kesuntukan masa 
Interface :
Interface PES09 lebih menarik berbanding PES 08 yang agak plain.
Kesimpulan :
Good job Konami.PES2009 membawakan banyak perubahan dan semestinya lebih bagus berbanding versi sebelumnya.Kepada peminat games bola sepak,anda seharusnya tidak ketinggalan untuk mecuba PES2009.
p/s : Mencuba bakat mebuat reviu games 
credits to: jomPHP.com







October 28th, 2009 at 8:02 pm
saya suka bermain game bola
October 28th, 2009 at 8:03 pm
boleh awak ajar saya cara_cara ingin bermain bola