Browse > Home / Semasa / Malaysia jangan tertipu lagi

| Subcribe via RSS

Malaysia jangan tertipu lagi

November 27th, 2008 Posted in Semasa

Perang harga minyak antara Kaum Pemodal semakin berlarutan, berikutan tekanan kemelesetan Sistem Ekonomi Kapitalis, khasnya Amerika Syarikat, penurunan harga minyak di pasaran dunia sememangnya dijangkakan, pada awalnya mencapai harga puncak, dan akhirnya mula menurun ini merujuk trend Ekonomi Kapitalis yg saban dekad(setiap 10 tahun) akan mengalami kemelesetan. Harga komoditi minyak terus susut, menurut Bloomberg, harga pada minggu lepas mencapai bawah US$50/barrel, pada masa depan dijangkakan harga akan terus merudum mencapai US$25/barrel.

Ini memberi kesan negatif kepada Negara Pengeluar Minyak seperti Malaysia, margin keuntungan mencatatkan deficit yang mengerikan. Jika dulu kerajaan menwar-warkan kenaikan harga minyak disebabkan tekanan kenaikan harga di pasaran antarabangsa, lalu pada Mei lepas Pak Lah berserta Barisan Penasihat bangangnya serta merta menaikkan 78sen, tanpa memikirkan kesan negatif dan impak inflasi yang semakin menggila, serentak dengan itu kenaikan harga barangan keperluan asas. Rakyat terus merana.

Nahh… Sekarang harga di pasaran dunia sudah menjunam turun, bahkan jauh lebih rendah meninggalkan harga yang dinikmati sebelum ini (RM1.92), Seperti dijangka Kerajaan melalui Kementerian KPDN-HEP berdolak dalih untuk mengapungkan harga mengikut harga pasaran dunia. Penurunan berperingkat sebanyak RM0.15 adalah kosmetik yg cukup berkesan, rakyat terus lena dibuai dengan setiap kali pengumuman kecil ini disiarkan media. Tetapi hakikatnya sedarkah rakyat Malaysia, dengan harga RM2.00 yang dibayar sekarang, Kerajaan pula mengaut subsidi dari rakyat? yaaa setiap kali kita mengepam minyak duit akan masuk ke poket Kerajaan.

Jika diapungkan, secara minimum ianya dapat diturunkan sehingga mencecah RM1.52. Ini merujuk kepada harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005, jika dikira dan diambil situasi ini sbagai contoh :

Semalam aku memerlukan minyak lagi untuk dibakar, Mengikut harga bahan bakar sekarang, RM90 perlu aku leburkan (Full tank, 45liter – MyVi), pergi dan balik (dari Manjung, Perak) untuk menghadiri Majlis Konvokesyen di Shah Alam.

Harga RM2.00/liter
Harga sepatutnya RM1.52/liter
Harga subsidi yg dibayar kepada kerajaan = RM0.48/liter
Jumlah subsidi yg aku bayar kepada kerajaan untuk 45liter: RM0.48*45 = RM21.60??   

Rakyat perlu faham, ini dilakukan bagi memulangkan semula(recover) apa yang diberikan kerajaan melalui rebat tunai RM625. Ini lah jawapan kepada persoalan kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya. Kesan pengurusan makroekonomi yang bijak! Oleh Kerajaan Pak Lah dan Barisan Penasihatnya. Dan Malaysia jangan tertipu…!!!

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Random Posts

2 Responses to “Malaysia jangan tertipu lagi”

  1. dakli Says:

    Pergh demonstrator tu betul kreatif lah.


  2. shaxx Says:

    malaysia tidak tertipu, rakyat yg tertipu… hu huuu


Leave a Reply