Menarik Minggu Ini 25 Nov.

Musim Cuti, Apa kau mau bikin?

Yaa adik-adik Cuti sekolah sudah bermula. Cuti semester bagi pelajar kolej/universiti juga sudah bermula. Aku juga tidak ketinggalan untuk pulang bercuti, Aku Quote sikit kata2 MohdAdil

Cuti semester jikalau kau tidak di’manfaatkan dengan aktiviti berfaedah hanya akan merugikan diri.Masa tidak dapat dibeli semula apabila ia sudah berlalu. Nasihat aku, penuhkan hari² kau dengan perkara berfaedah.

Tak guna kau habiskan masa cuti berpacaran atau berusaha untuk bergelar seorang “Buronan Cinta”, menghabiskan masa melepak di kompleks membeli-belah atau merempit. Atau menghabiskan masa di cyber cafe hanya untuk bermain DOTA

Di sini aku ingin cadangkan aktiviti2 yang mungkin untuk anda praktikkan sepanjang bercuti…..

Habiskan masa bersama kucing & Family. Habiskan masa bersama keluarga dan adalah satu idea yang bernas, lebih elok jika kau ada binatang ternakan seperti kucing, kenapa kucing? kucing telah terbukti haiwan psikopat yang mampu mententeramkan jiwa.

Tunaikan kewajipan Bersunat. Ini merupakan aktiviti wajib yang selalu kedengaran setiap kali cuti sekolah bermula. Idea ini sesuai dipraktikkan oleh kanak2 di bawah umur khasnya darjah 3, 4 dan 5. Amaran: Kanak2 yang dah meningkat dewasa dilarang meniru aksi ini.

Meng”karate” internetPC 24/7. Gua saspek inilah aktiviti utama sepanjang cuti semester ini, bertukar mode menjadik Fulltime Blogger, dalam planning list banyak projek yang akan dijalankan sempena cuti antaranya Internet Marketing, projek Adsense, Since makin bertambah blog yg dianugerahkan oleh AIC Team projekpemantapan blog/website yg sedia ada, dan satu lagi projek terbaru melibatkan “konspirasi politik peringkat tertinggi” tunggu yaaa..perghhh suspen!!!

Youtube: Hari ini dalam sejarah.

Kita lupakan sebentar keterujaan Konsert Youtube Live, Tahukah anda hari ini 25 November merupakan ulang tahun Youtube yang ke 21? yaaa adik-adik youtube sudah bermula sejak tahun 1985 lagi, semasa dunia tidak lagi mengenali perkataan yang digelar I.N.T.E.R.N.E.T

Tahukah kau internet pada masa itu hanya untuk kegunaan ketenteraan, lihat bagaimana Youtube beroperasi semasa di awal penubuhannya, segalanya secara manual. Segala request dari client Dilayan oleh seorang “Server”..

Fakta Menarik: Bagaimana Youtube boleh survived sehingga kini, dengan hanya menggunakan sistem manual masih lagi menjadi misteri….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    One Response

    1. deennasour Says:

      keh keh keh tak boleh blah, boleh mengundi dah youtube..mwahaha.

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.