Browse > Home / Semasa / Bukit Antarabangsa vs Kg. Berembang

| Subcribe via RSS

Bukit Antarabangsa vs Kg. Berembang

December 10th, 2008 Posted in Semasa

Bukit Antarabangsa dan Kampung Berembang, kedua lokasi terletak di Ampang, umum mengetahui Bukit Antarabangsa merupakan lokasi kawasan mewah, menjadi kemegahan “Kaum Elit Degil” mendiami pinggir Ibukota, barisan Banglow yg setiap satu berharga jutaan ringgit, amaran saban tahun dikeluarkan selepas ranapnya Highland Tower 1993. Mereka berdegil mendiami pinggir Bukit ini, Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis dan VVIP . Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lagi ditempat lain.

Tidak terkejut semalam apabila TV3 memaparkan visual mengenai kemarahan Sang “Elit Degil” di hadapan YB Azmin Ali, TV3 seperti sifat biasanya akan mensensasikan sedutan video terbabit selama beberapa minit, kelihatan dia seakan dihasut Sambil mengamuk dan marah-marah, mengkritik MPAJ, memperli Pasukan Penyelamat RELA, Tentera & Bomba yg didakwanya hanya duduk goyang kaki sambil minum Teh Tarik.Ini jelas mengambarkan sebilangan penduduk Bukit Antarabangsa ego dan sombong serta lupa dan terlupa pada Yang Esa.

Di bawah ini adalah sedutan rakaman TV3 itu:

Manakala yang ini video kenyataan/keadaan sebenar Azmin dan “Si Pemarah” tadi:


Melalui video diatas jelas terbukti TV3 memutar-belitkan isu untuk memalukan YB dari Pakatan Rakyat, jelas berbeza dengan laporan dari NTV7 yang menerangkan berita secara telus.

Kampung Berembang? apa persamaan dua lokasi ini?

Kg. Berembang pula menempatkan barisan rumah setinggan golongan miskin, rakyat bawahan dan ada sesetenganya kais pagi pagi makan pagi, mereka dianggap tidak penting dalam pembangunan negara. Fakta yang perlu dipegang:

mereka merupakan Peneroka awal kawasan Ampang,kewujudan Kg. Berembang jauh lebih lama dari Taman Mewah, di Bukit Antarabangsa.

Pada November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB).

 

Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlisa MPAJ, atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri. Perobohan ini juga menyebabkan terjadinya beberapa siri demonstrasi di sekitar Ibukota.

Para penduduk miskin kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka. Mereka berkhemah ibarat kem mangsa Tsunami.

Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.

Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan Gedebe Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Para Gedebe ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu dengan harga mahal kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Highway Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang. Ada sesetengah para Gedebe ini mungkin menggunakan duit dari penindasan rakyat di kg Berembang tadi untuk memiliki hartanah atau mendiami kawasan mewah Bukit Antarabangsa.

Gesaan supaya kerajaan menubuhkan Panel Bebas untuk menyiasat sedalam-dalamnya punca Kejadian itu wajar dipertimbangkan, umum mengetahui kelulusan dilakukan oleh Kerajaan Selangor dan ianya wajar diperhalusi untuk membongkar adakah kelulusan itu melibatkan unsur penyelewengan dan rasuah?

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Random Posts

4 Responses to “Bukit Antarabangsa vs Kg. Berembang”

  1. 26No Gravatar Says:

    Them
    The weak,
    The poor against a world of tyranny , A world of apathy

    oppressed, ignored!

    marginalized, what they got not giving without a fight
    no one in a sight cornered & pushed from every side

    marginalized , what they got to return the curse
    no one in sight , nothing they got than to expect the worst

    why must they live, they live on their knees
    ..on their knees

    A vacuum of darkness, cold fcukin’ black with silence regrets,

    They forced to live ON THEIR KNEES…

    -On Their Knees by Kah Roe Shi
    “An ode to our friends and evicted Berembang villagers fighting back for their rights.An ode to Berembang, another witness to countless state oppression against the marginalized people..”


  2. loqueNo Gravatar Says:

    siapakah golongan elit degil tuh bro??
    TV3 x sudah2 kene main dengan BN


  3. izzatNo Gravatar Says:

    biasa la tu bro, ak nak kesian..kesian jugak.. tp memikirkan dorang ni..ego pun boleh tahan gak..

    pada ak, masing2 ada ego, masing2 ada kepentingan masing..selagi tiada yang berubah antara salah satu tu..smp bila2 menda ni x hilang..konspirasi x habis2..


  4. TrucksterNo Gravatar Says:

    biasa lah orang kaya….
    hehe saja je karate orang elit degil….coz tinggal kat bukit tu walaupun amaran kerajaan dah bagi….


Leave a Reply