Okeh kita lupakan sebentar Siri TV Superhero Pepaya, ianya cukup mengarut!! dan satu lagi Perkahwinan Mawi di Asstro..itukah hiburan picisan Melayu?
Cicakman 2….Ini adalah filem yang boleh aku dikategorikan sebagai kebanggaan Anak Melayu, dengan bajet yang ciput, persembahan Graphic CGInya cukup mengujakan, khabarnya 3D modelling mendominasi 70% dari keseluruhan filem ini. Yakni lebih 800 babak yang dijana oleh CGI, kudos KRU Studios!!
Naratifnya cukup terkesan dengan kemunculan semula Aznil Nawawi Prof. Klon dari tahanan ISA Metrofulus untuk menghuru-harakan Cicakman dan dunia.
Seperti biasa ianya seakan mengikut trend triologi Spiderman dimana Filem superhero diselitkan dengan sedikit unsur Jiwang-karet antara Cicakman dan Fasha Sandha Tania, Sebagai saorang yang bukan bergelar “buronan cinta” gua sememangya menentang keras unsur-unsur sebergini di dalam Filem Superhero. Ianya mengarut bukan?
Bercakap tentang aksi, Scene Persengketaan antara Cicakman dengan satu watak antagonis baru kelolaan Prof. Klon iaitu Rrama cukup solid, Yaaa!! pergaduhan di jalanan melibatkan Superbike, itu yg gua maksudkan. Watak Rrama (yg ni dah lupa apa namanya ala pelakon indon tuh) membayangi 2 watak jahat sebelum ini iaitu Ginger Brother, melalui kemunculan sequel kedua ini sebagai hantu.
Efek persekitaran Putrajaya Metrofulus juga kool, jika korang pernah menonton sequel pertama Cicakman, Bandar Metrofulus pada masa itu, jika diperhatikan terserlah kesan2 khas yang kurang enak/cacat. Aku saspek mungkin human error didalam proses “3D rendering” semasa Post-Produksi, Metrofulus seuqel kedua ini kelihatan cukup perfect.
Owh tidak lupa jugak kemunculan watak sampingan Miss Cheef yang psiko, dengan kuasa Black Magic, pada mulanya aku tidak berapa tangkap apa sebenarnya keperluan watak ini, Actually Cicakman dengan bantuan kuasa “mandrem” Miss Cheef berusaha menentang Rama. tidak dinafikan kemunculannya, berjaya mengundang gelak seisi Panggung.
Aspek negatif pula terserlah terutamanya di bahagian skrip yang masih lagi longgar, ayatnya skema ibarat “Rancangan TV Pendidikan”, KRU Studios pelu hire seorang Script writer yang betul2 memberikan nafas baru ke dalam scene Filem Malaysia, Afdlin Shauki contohnya, jika diamati Skrip flemnya cukup solid. Jalan ceritanya juga perlu diberi penekanan. Mungkin dapat dilihat KRU bergabung dengan Afdlin Shauki untuk Triologi Cicakman? siapa tahu?
Klimaks nya gua tidak mahu cerita disini, pegi panggung dan tonton sendiri…Apa jaddahnya korang torrent?, mana nak kuar DVDRip lagi skang ni…hek eleh!!!
OST Cicakman 2: Planet Hitam, Download
Okeh disini ada sedikit buah tangan: klik sini
Wallpaper: klik sini
Psst: kau download & akan tahu apa isinya, kau boleh dengar sampai lebam.
Penafian: aktivi haram mendownload mp3 OST Cicakman2: Planet hitam ini adalah bagi tujuan promosi, para penyedut diingatkan supaya membuang MP3 ini setelah 24jam berada di dalam harddisk anda, jika sudah di transfer ke Ipod atau apa2 MP3 Player itu adalah tanggungjawab anda sendiri untuk menjawab jika di tangkap oleh pegawai KPDN HEP. Ingat sila beli yang original. Pihak apasaje.net tidak akan melayan apa2 tuntutan sekiranya terdapat kesulitan mahupun kesan2 negatif terjadi setelah anda mendengar MP3 ini. sekian!
Synopsis:
Cicak Man Planet Hitam mengisahkan Saiful Apek Hairi yang juga Cicakman yang sedang berhempas pulas menyelamatkan bekalan air mentah dunia daripada dicemari oleh Profesor Klon dan konco-konconya.Dalam masa 24 jam sluruh bekalan air mentah dunia akan bertukar menjadi hitam.Sementara itu ,Hairi juga berusaha menyembunyikan identiti sebenar daripada diketahui oleh Tania,lakonan oleh Fasha Sandha yang telah mengetahu bahawa Danny bukan Cicakman.Tania bekeja di sebuah syarikat tv swasta untuk mengetahui kebenaran tentang identiti Cicakman.Cicakman 2 juga menampilkan seorang pelakon Indonesia yang berlakon watak sebagai Rama yang ingin membunuh Cicakman.
Pelakon:
Saiful Apek-Hairi
Tania-Fasha Sandha
Aznil Hj Nawawi-Prof Klon
Tamara-Rama
Amar-Linda Onn
Jaluludin Hassan-Presiden Ramlan
Ac Mizal dan Adlin Aman Ramli-Ginger 1 and 2
Komen aku …so far ok la dengan budget, walaopun ada sedikit kantoi bahagian CGI.
Fakta Menarik: hanya 3orang animator dr KRU Studios yang membuat proses rendering untuk 800+ babak Filem ini.


December 22nd, 2008 at 3:41 pm
cam best jer… nntila aku tgk…bz sket..hahaha
December 22nd, 2008 at 4:21 pm
masih banyak perlu dipertingkatkan, tapi apa2 pun..satu cubaan yang baik dari pihak kru
December 22nd, 2008 at 8:10 pm
aku rasa kesilapan besar KRU ialah jalan cerita dan babak yang longgar. CGI tak patut menjadi tonggak kekuatan cerita ini kerana dah memang sah2 CGI dari hollywood (malah bollywood), jauh lebih mengujakan.
tapi bila jalan cerita lembab, dengan bab meleret2, CGI lawa pon tak guna.
penonton yang tidur takkan nampak CGI yang lawa kan?
December 22nd, 2008 at 9:12 pm
Aspek negatifnya pada Skrip dan penceritaan.itu aku akui…ramai yang mengkritik dan membandingkan dengan Spiderman, Star wars, Dark Knight…ini aku rasa tidak adil bagi filem yang budgetnya bawah RM3juta….
tetapi watak utama dan antagonis aku rasa cukup berkesan,
aku bagi cadangan supaya KRU buat JV dengan Produser top seperti Afdlin Shauki, aku rasa dengan idea ini lebih mantap gaya penyampaiannya,
gahnya aku boleh tesenyum dengan filem ini….walaupun ramai yg mengkritik
December 23rd, 2008 at 10:54 am
truck demo tgk mano?demo gi KL dah ko?
December 23rd, 2008 at 11:32 am
balik Ipoh jap kes! kes! kes!
January 20th, 2009 at 7:07 am
ceritanya boleh dikata kan bagus la……