Browse > Home / Daily craps, Internet, Pengumuman, Semasa / Menarik minggu ini

| Subcribe via RSS

Menarik minggu ini

December 18th, 2008 Posted in Daily craps, Internet, Pengumuman, Semasa

Sekian lama blog apasaje tidak beraksi bagi slot "Menarik minggu ini", seperti biasa aku kembali lagi dengan janji-janji manis akan membuat "weekly-update" apa terjadi sekitar scene manusia di seluruh dunia yang menarik aim aku supaya mengkarate keyboard untuk membuat satu entri.

1) Wartawan Iraq "Si Pembaling kasut" patah tulang rusuk, dikarate SB

Masih ingatkah kau dengan kejadian G. Bush dibaling kasut? kosmo hari ini melaporkan, wartawan Muantadar al- Zaidi dari Stesen Televisyen Iraq kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.

patah tangan

Menurut abangnya kedua mata lebam dibelasah Pihak Keselamatan Iraq, dikhabarkan tulang tangan dan rusuk jugak patah, beliau akan ditahan untuk dibicarakan dan jika didapati bersalah boleh ditahan di bawah undang-undang "Pertuduhan Memalukan Ketua Negara" ?

Double Kudos!! dari Blog apasaje.net untuk Abang Muantadar Alzaidi, diharap tulangnya cepat sembuh & tabah menghadapi ujian.

fakta Menarik: kini beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq.

2) WTF Moment: Artis kahwin, so what??

Beberapa minit lalu aku tersesat di laman sesawang Berita hairan harian, dan terjumpa headline ini:

entri baru

Aku tidak faham dengan hegemoni budaya tipikal masyarakat Malaysia especially remaja, yang cukup memberi tumpuan sepenuhnya eksklusif jika headline membabitkan perkahwinan seorang artis. Tetapi buat2 tidak endah mengenai isu-isu kritikal seperti penindasan masyarakat miskin atau rasuah yang semakin meningkat.

Khabarnya seorang artis popular akan berkahwin tidak lama lagi, persiapan dibuat memakan ratusan ribu, disiar secara langsung di Stesen TV, lalu seluruh rakyat Malaysia akan teruja, mereka akan merayakannya secara gilang-gemilang. Contohnya kejadian di sebuah restoran mamak ini benar-benar membuatkan aku diserang "Myocardial infarction":

Remaja A: Ehh!! Kau tau Bedah Mawi si Raja SMS tu nak kahwin dengan Ikin 20 December ni? Astro buat majlis akad mereka secara Live malam tu.

Remaja B: Apa Mawi nak kawin? oh terujanyaaa!!!!

Aku: wtf?

Merujuk dialog diatas, sebagai seorang yg minimalis kau boleh meneka, apa jantina mereka, opppsss bukan niat aku untuk bersikap seksis dengan membezakan antara gender. harap maklum.

Artis juga manusia biasa, mempunyai nafsu untuk berkahwin, ingat tu, jangan jadi lembablahh…!!!!

Fakta Menarik: Penyakit "Myocardial infarction" adalah "Serangan Sakit Jantung"

3) Nenek disamun dan dicekik cucu.

Semalam aku terbaca tajuk berita yang pelik ini:

cekiknenek

Yaa adik-adik Jangan risau, nenek itu terselamat dalam kejadian cekik dan samun terbabit, tapi apa yang  dikesalkan ialah cucunya, dia sememangnya sudah tidak dapat diubati. Nenek saya tumpang simpati sob! sob! sob!

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Random Posts

2 Responses to “Menarik minggu ini”

  1. Game hebat: Sock and Awe, kau musti main | Apa Saje Blog !!! Says:

    [...] pembaling kasut kepada Presiden Bush, jangan risau kau tidak akan ditahan dan dikarate sehingga patah tulang rusuk.Objektif game ini adalah membaling sebanyak mungkin kasut sehingga mouse atau jari anda hancur, [...]


  2. Jimmy MRR2No Gravatar Says:

    Ni mesti kes dadah ni. Sampai sanggup wat camtu.


Leave a Reply