Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia.
Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.
Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman.
Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?

Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?
Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV (baca media propaganda) memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan? Apa yang kita dapat dgn propaganda murahan ini?tidak dinafikan rakyat terus menerus diperbodohkan dan dilenakan oleh media propaganda yang ditaja oleh pemimpin tertentu(baca menteri), yang paling menghairankan ada yang terpengaruh.
Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam…
Â
Penulisan di atas ini adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku “Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan” hasil pembentanganSaudara Anwar Ibrahimdi Forum Ekonomi Dunia…Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa.
Untuk versi penuh anda boleh download disini:Bahasa MalaysiadanBahasa Inggeris.







April 3rd, 2008 at 12:13 pm
Pelik juga kan kenapa kita jatuh dari segi ekonomi? Resources kita kat Malaysia ni byk dibazirkan sebab management yg tak bagus!
April 3rd, 2008 at 12:48 pm
menarik2 updatekan part 2 secepat mungkin
April 3rd, 2008 at 9:45 pm
aku harap akan muncul seseorg yg akan selamatkn kite semua.sambil2 tuh same2 kite usaha betulkn ape yg songsang tuh.selamatkn tanah air kite!!!!
April 4th, 2008 at 7:54 am
herm.. best la baca.. ni kene pass kat kwn syia yg major economics ni
April 4th, 2008 at 8:17 am
ya2 Syia nantikan part 2
April 6th, 2008 at 5:45 pm
erm.. alangkah baik jika malaysia bebas dari rasuah.
April 8th, 2008 at 1:37 pm
Tajuk dan fakta ni memang menarik. Tapi aku rase kalu setup kan forum yang mane ahli2 panel bebas terdiri dpd pakar2 ekonomi dari luar dan dlm negeri (yg bukan pro goverment @ pembangkang)dan buat di tempat yg terbuka supaya rakyat Malaysia ni lebih memahami apa yg sebenarnye terjadi.
p/s bagi saye dgn pendapatan negara ini yg kaya dgn sumber asli. Rakyat Malaysia lebih berhak menikmati kualiti hidup yg lebih tinggi. Bukan terpaksa merempat atau menanggung beban sara hidup yg semakin tak munasabah dek akal… Lu pikir le sendiri
April 9th, 2008 at 2:57 am
mana pg negara brunei?
tak ada rasuah langsung ke?
wow..pinjam duit china wat jambatan..dasyat~
April 9th, 2008 at 8:07 am
saya rasa satu idea yang bagus jugak dari kasiyamamoto….
December 14th, 2008 at 12:40 pm
semua rasuah punya pasal la ni… apa lagi…
December 22nd, 2008 at 4:14 am
[...] Analisis ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama boleh ikuti di sini. [...]
December 27th, 2008 at 8:44 am
Salam
Pelik gak.. camner boleh jadi mcmtuh? rasanya apa agaknya menteri bila diajukan soalan begini? DEB hanya menghasilkan segelintir bangsa Melayu yg betul2 kaya dan berharta tapi tidak usahawan yg betul2 kaya.. Dan mereka sumer ini adalah kroni. Tapi adakah mereka ini menolong bumiptera utk maju didalam perniagaan?? pikir2 kan lah..
January 15th, 2009 at 4:58 am
tak semua pasal rasuah kan… tgk la ape perancangan kita.. perbelanjaan negara… business negara… keperluan negara.. aku bukan pro-politik mana2(tak penah ngundi pon)
terpikir tak..kalau nak kata pasal rasuah.. kita dari kecik sampai mati pun kene suap… lahir2 je dah kene suap.. sekolah kene suap.. masuk u kene suap.. kalau tak bagi duit.. merungut.. takde duit nak g sekolah.. tak bleh nak g u…. so pasal ape?.. camne kita nak maju kalau itu pun kita rungut dan tak bersyukur.. berapa bilion perbelanjaan utk sorang kepala dari lahir sampai mati?..
so formula utk berjaya yang paling berkesan ialah.. “survive”…”sengsara”.. “syukur”..
tgk blik diri masing2.. ape yang kita nak.. kenapa die boleh kenapa kita tak?.. selidik dan belajar.. jgn dengar dan suke2 iakan aje.. pk dan tgk sambil tu belajar..
ada masa kita perlu meniru.. ada masa kita perlu mangkaji.. ada masa kita kene melawan… ada masa kita kene ikut je… prinsip kehidupan kita boleh kita apply bila perlu… terpulang…
tak salah pon untuk meniru.. tapi pastikan kita meniru sambil mengkaji.. perhebatkan ape yang kita tiru… tak perlu mencipta benda baru… kerana belum tentu berjaya dan sgt berisiko..
Sbb tu singapore, taiwan, china, korea, dan lain2 negara yang boleh jadi contoh boleh mendahului kita..
apa pikir anda?..banyak faktor yang mempengaruhi isu2 tu..
October 18th, 2009 at 11:20 pm
kaya ke duduk singapura gaji tiga ribu dolar syampoo 6.80 dolar. Malaysia gaji tiga ribu ringgit syampoo sama brand harga RM6.80 jugak! Sama je. Lagi perit dok singapore sume kene bayor, parking 24 jam dll. Per kapita tak leh dijadikan asas. Gaji tinggi, harga barang pun tinggi. tak de makna…..