Dec 24

Bila bercakap mengenai kemalangan, sudah pasti apa yang terbayang di minda adalah kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, kecederaan dan trauma. Tetapi tahukah anda akan tragedi kemalangan yang mungkin sesetengahnya mencatatkan sejarah, melibatkan kos yang amat-amat tinggi ditanggung oleh pemilik ataupun kerajaan itu sendiri, terdapat juga sesetengah Syarikat Insurance yang jatuh bangkrap menanggung segala kos akibat kejadian kemalangan ini.

Jika diperhatikan kebanyakkan kemalangan ini adalah disebabkan oleh kesilapan manusia sendiri, instead of kesilapan teknikal atau sistem komputer.

10) Titanic

Kos US$150Million

Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling famous didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada 15 April 1912, Titanic, Kapal yang paling besar dan mewah pernah dibina pada masa itu. Tragedi Titanic melanggar Iceberg semasa  membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini nelibatkan kos $7Million untuk dibina (US$150Million sekarang)

accidents-01

9) Tanker Truck vs Brigde

Kos: $358Million

Pada Ogos, 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32ribu liter minyak di Whiethel Brigde di German. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 90kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40Million dan kos menukarkan jambatan $318Million. Read the rest of this entry »

Dec 22

Okeh kita lupakan sebentar Siri TV Superhero Pepaya, ianya cukup mengarut!! dan satu lagi Perkahwinan Mawi di Asstro..itukah hiburan picisan Melayu?

Cicakman 2….Ini adalah filem yang boleh aku dikategorikan sebagai kebanggaan Anak Melayu, dengan bajet yang ciput, persembahan Graphic CGInya cukup mengujakan, khabarnya 3D modelling mendominasi 70% dari keseluruhan filem ini. Yakni lebih 800 babak yang dijana oleh CGI, kudos KRU Studios!!

cicakman

Naratifnya cukup terkesan dengan kemunculan semula Aznil Nawawi Prof. Klon dari tahanan ISA Metrofulus untuk menghuru-harakan Cicakman dan dunia.

Seperti biasa ianya seakan mengikut trend triologi Spiderman dimana Filem superhero diselitkan dengan sedikit unsur Jiwang-karet antara Cicakman dan Fasha Sandha Tania, Sebagai saorang yang bukan bergelar “buronan cinta” gua sememangya menentang keras unsur-unsur sebergini di dalam Filem Superhero. Ianya mengarut bukan?

23

Bercakap tentang aksi, Scene Persengketaan antara Cicakman dengan satu watak antagonis baru kelolaan Prof. Klon iaitu Rrama cukup solid, Yaaa!! pergaduhan di jalanan melibatkan  Superbike, itu yg gua maksudkan. Watak Rrama (yg ni dah lupa apa namanya ala pelakon indon tuh) membayangi 2 watak jahat sebelum ini iaitu Ginger Brother, melalui kemunculan sequel kedua ini sebagai hantu.

Efek persekitaran Putrajaya Metrofulus juga  kool, jika korang pernah menonton sequel pertama Cicakman, Read the rest of this entry »

Dec 21

Bahagian ini saya akan menganalisis mengenai “penyalahgunaan” Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang pada matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi dengan rakusnya oleh pihak-pihak pemimpin yang mempunyai kuasa(Baca Menteri). Kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah kepada bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar.

Analisis ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama boleh ikuti di sini.


Walaubagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Keadaan Semakin parah, apabila membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Ini bukan hanya tuduhan retorik, ianya adalah fakta yg jelas terbukti…

Read the rest of this entry »

Dec 18
Game hebat: Sock and Awe, kau musti main
Posted by Truckster in Internet on 12 18th, 2008| | 4 Comments »

POPJam datang lagi!!!! (buat sebutan gaya iklan: “TORA datang lagi!!!”) dengan game terbaru, sempena “WTF moment of the year” yang berlaku 14 December lepas..ayuhh perkenalkan:

bushshoegames1

kau bleh klik sini untuk main.

Anda boleh menggantikan tempat Muantadar Alzaidi, sebagai pembaling kasut kepada Presiden Bush, jangan risau kau tidak akan ditahan dan dikarate sehingga patah tulang rusuk.Objektif game ini adalah membaling sebanyak mungkin kasut sehingga mouse atau jari anda hancur, cukup senang bukan? sehingga entri ini ditulis 20juta kasut sudah dibaling kepada Bush.

bushshoegames

Sistem rangkingnya cukup kool, aku mau lihat Malaysia berada dalam rangking tersebut, ayuhhhh Malaysia kan BOLEH? apakah kau sudah lupa?

Fakta Menarik: Benar2 teruja!!!!! Gua berjaya melontarkan lebih 2000 kasut ke atas muka bush, actually gua memerlukan sedikit motivasi, setelah mengkarate PC selama 8jam  secara marathon tanpa henti. Well, ianya ntuk next project Internet Marketing, target gua terkini: US$8k by the end of 1st quater, 2009.

Dec 18
Menarik minggu ini
Posted by Truckster in Daily craps, Internet, Pengumuman, Semasa on 12 18th, 2008| | 2 Comments »

Sekian lama blog apasaje tidak beraksi bagi slot "Menarik minggu ini", seperti biasa aku kembali lagi dengan janji-janji manis akan membuat "weekly-update" apa terjadi sekitar scene manusia di seluruh dunia yang menarik aim aku supaya mengkarate keyboard untuk membuat satu entri.

1) Wartawan Iraq "Si Pembaling kasut" patah tulang rusuk, dikarate SB

Masih ingatkah kau dengan kejadian G. Bush dibaling kasut? kosmo hari ini melaporkan, wartawan Muantadar al- Zaidi dari Stesen Televisyen Iraq kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.

patah tangan

Menurut abangnya kedua mata lebam dibelasah Pihak Keselamatan Iraq, dikhabarkan tulang tangan dan rusuk jugak patah, beliau akan ditahan untuk dibicarakan dan jika didapati bersalah boleh ditahan di bawah undang-undang "Pertuduhan Memalukan Ketua Negara" ?

Double Kudos!! dari Blog apasaje.net untuk Abang Muantadar Alzaidi, diharap tulangnya cepat sembuh & tabah menghadapi ujian.

fakta Menarik: kini beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq.

2) WTF Moment: Artis kahwin, so what??

Beberapa minit lalu aku tersesat di laman sesawang Berita hairan harian, dan terjumpa headline ini:

entri baru

Aku tidak faham dengan hegemoni budaya tipikal masyarakat Malaysia especially remaja, yang cukup memberi tumpuan sepenuhnya eksklusif jika headline membabitkan perkahwinan seorang artis. Tetapi buat2 tidak endah mengenai isu-isu kritikal seperti penindasan masyarakat miskin atau rasuah yang semakin meningkat.

Khabarnya seorang artis popular akan berkahwin tidak lama lagi, persiapan dibuat memakan ratusan ribu, disiar secara langsung di Stesen TV, lalu seluruh rakyat Malaysia akan teruja, mereka akan merayakannya secara gilang-gemilang. Contohnya kejadian di sebuah restoran mamak ini benar-benar membuatkan aku diserang "Myocardial infarction":

Remaja A: Ehh!! Kau tau Bedah Mawi si Raja SMS tu nak kahwin dengan Ikin 20 December ni? Astro buat majlis akad mereka secara Live malam tu.

Remaja B: Apa Mawi nak kawin? oh terujanyaaa!!!!

Aku: wtf?

Merujuk dialog diatas, sebagai seorang yg minimalis kau boleh meneka, apa jantina mereka, opppsss bukan niat aku untuk bersikap seksis dengan membezakan antara gender. harap maklum.

Artis juga manusia biasa, mempunyai nafsu untuk berkahwin, ingat tu, jangan jadi lembablahh…!!!!

Fakta Menarik: Penyakit "Myocardial infarction" adalah "Serangan Sakit Jantung"

3) Nenek disamun dan dicekik cucu.

Semalam aku terbaca tajuk berita yang pelik ini:

cekiknenek

Yaa adik-adik Jangan risau, nenek itu terselamat dalam kejadian cekik dan samun terbabit, tapi apa yang  dikesalkan ialah cucunya, dia sememangnya sudah tidak dapat diubati. Nenek saya tumpang simpati sob! sob! sob!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...