WTF Moment: Eksiden dengan Kucing Hutan

Lebih kurang 3 hari lepas gua dengan Mat Bos “rushing” meredah hujan, kami dalam perjalanan ke town  bagi menghadiri sesi “Lepak Peringkat Daerah” bersama rakan2 sekolah lama. Gua memecut xhengat punya, tiba di satu selekoh gua bersedia untuk mengambil slide dalam, chicane nya cukup tajam ibarat Sepang Circuit, tiba-tiba kaboooommm…..

Ok nanti kejap….alami dulu aksi tragis ini:

Keta gua hampir terbabas, gua membrek tiba-tiba, di jalanan terdapat kesan tarikan tayar yang cukup tragik terhasil, lalu gua melakukan kona baring drift sempurna, seraya membuat 2 pusingan…hasilnya:

Seekor Kucing Utan telah tumbang melanggar bumper keta gua. Lantas gua turun & menerpa, pada mulanya Kucing ni masih bernyawa, ibarat nyawa2 ikan, Mat Bos seraya memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut. Malangnya tidak berkesan.

Mulanya Gua sangka ini seekor anak Cheetah, tekstur warnanya cukup eksotik bukan?

 

 

Gua cukup pilu, Haiwan yang semakin pupus ni menjadik korban di jalanan, gua tidak bersalah dalam hal ini, bukan niat gua lalu kat situ untuk melanggar seraya membunuhnya…Apapun Selamat Aiduladha, Seekor Kucing dah menjadik Korban.

fakta menarik: menurut wikipedia Kucing Hutan atau nama saintifinya F. planiceps adalah Haiwan yang dilindungi…..kalo jumpa ngan Perhilitan mampos gua kena saman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    13 Responses

    1. Mat BosNo Gravatar Says:

      haremm jadah lu beb…bila masa plak gua bagi bantuan mulut ke mulut kat kucing tu……demmm tipu

      papahal gua dah report kat Polis Hutan yang lu dah jadik pembunuh kucing utan….wakaka

    2. TrucksterNo Gravatar Says:

      apahal Polis hutan plak? xde kaitan bai

    3. TrucksterNo Gravatar Says:

      try

    4. zoolNo Gravatar Says:

      Kesiannya..
      Apa nak buat dah nak jadi..
      Hati2 lain kali…

    5. chuckiesdNo Gravatar Says:

      kesian kucing hitam tu..tapi kan..gambar kucing hitam tu ada nilainyer tu..tak send kat triond ker?

    6. 26No Gravatar Says:

      so wut happened to that poor little guy?kulit dia bikin cover dashboard ka?haha

    7. neorackleNo Gravatar Says:

      Jgn lupa siat kulit kucing tu. Boleh wat lapik dashboard keta ko.

    8. TrucksterNo Gravatar Says:

      xboleh beb nanti kantoi aku….

    9. nurimanNo Gravatar Says:

      fuh, perkara ni jarang berlaku. Nak jumpe kucing hutan punye la susah, nak langgar kucing hutan plak ibarat 1 dalam 1000. Tahniah anda bertuah. Nak buat macam mana dah ajal kucing tu, kucing bukan nye belajar nak melintas jalan

    10. Uncle GNo Gravatar Says:

      ha.. langgar kucing hutan.. memang cantik kucing tuh.. kesian kena langgar plak….

    11. tingtong!No Gravatar Says:

      sayangnya…comel bangat kucing bengal tu. kalau kita nak beli x mampu punya. (saya la tu)

      anyway sesapa yang nak kucing gebu ley kontek saya. sebab kawan ada anak2 kcing yang terlalu banyak. dia x mo lah buang..

    12. sHawTYNo Gravatar Says:

      Pembetulan, itu bukan Kucing Hutan.
      Itu Kucing Batu atau dalam bahasa English, Leopard Cat.
      Nama Saintifik dia plak adalah Prionailurus Bengalensis.

    13. ded1No Gravatar Says:

      Kau patut dipersalahkan kerana memandu dengan laju dan cuai serta membunuh haiwan eksotik yang hampir pupus. Ko tau tak kucing tu sangat ‘rare’ dan orang seluruh dunia cari sampai nak mati punya susah. Ko patut dihukum dengan bertapa di gua Senyum selama 5 tahun tanpa pakaian !!

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.