Browse > Home / Archive: January 2009

| Subcribe via RSS

Aktiviti Masakan “Tradisi” di Bulan Muharam

January 29th, 2009 | 2 Comments | Posted in Aku & Pengalaman

Dapatkah adik2 meneka? apa aktiviti yang gua sedang laukan ini? ? Actually gua baru pulang ke  Kelantan untuk ber “holiday” sempena Chinese New Year, kepada semua kawan2 Chinese,  Konsifacai!!!!. Aktiviti ini gua tidak pernah miss tiap2 tahun…

asura2

More »

KLIA East @ Labu, lagi projek meratah harta rakyat.

January 27th, 2009 | No Comments | Posted in Jentik Politik, Semasa

Sime Darby yang baru-baru ini dikritik hebat berkenaan idea pengambilalihan Institut Jantung Negara(IJN) mencetuskan kontroversi terbaru apabila Penggabungannya bersama Syarikat Air Asia untuk memulakan Projek  Lapangan Terbang LCCT KLIA East @ Labu yang bernilai RM1.7 Bilion. Idea Projek ini mendapat tentangan hebat dari Kumpulan Rakyat prihatin, Pemimpin Pembangkang dan Barisan Bloggers (termasuklah Blogger sensasi negara, che det).airasia

Projek terbaru dari Sime Darby yang nampaknya mahu menceburi “peniagaan baru” bidang Penerbangan mencetuskan banyak persoalan, Ini bertambah pelik apabila Konglomerat GLC terbesar Negara, Khazanah Nasional Bhd menentang keras idea projek ini dijalankan  dan meminta kerajaan untuk berpegang kepada Pelan Induk Lapangan Terbang Negara. Mengikut rekod, KLIA Sepang dibina untuk mengendalikan lebih 125juta penumpang(kapasiti kini hanya  25juta), ditambah lagi kos rennovation terbaru LCCT  pada pertengahan 2008 memakan belanja RM123.9juta.

Tentangan ini bertambah parah apabila Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) juga mempesoalkan kemampuan Air Asia untuk menanggung kos yang tinggi bagi pembinaan tersebut, dimana Air Asia masih lagi menanggung hutang RM140juta dengan MAHB yang merupakan cukai lapangan terbang, gagal dijelaskan Air Asia dari tahun 2002 hingga 2008.

Keputusan KWSP membeli saham Air Asia dikala pelabur luar melepaskan pegangan mereka dalam share AirAsia yang ketika ini mengalami kerugian mencetuskan persoalan? Rakyat perlukan penjelasan akan rasional pembelian ini. Mengapa KWSP menjadi pemegang saham terbesar AirAsia dikala kejatuhan nilainya? Tidak syak lagi idea projek yang didalangi Sime Darby  ini bagi membaham “dana besar” KWSP yang secara keseluruhannya adalah milik rakyat.

Pelbagai pihak memberikan respon…..

“Projek ini diluluskan kerana ada pihak yang ingin mengaut keuntungan dan kekayaan kerana ada individu yang akan bersara, menjelang Mac ini” -Husan Musa-

“Pemegang saham dari luar negara kesemuanya menjual saham mereka dalam AirAsia kerana syarikat itu rugi besar, Yang peliknya kenapa Kerajaan mengarahkan KWSP beli saham AirAsia? Apakah kerajaan mahu memperkudakan KWSP untuk menyelamatkan syarikat Kroni AirAsia?” -YB Wee Choo Keong MP Wangsa Maju-

The problem prompting the idea of a new airport is the allegedly high charges by MAHB for the use of LCCT by Air Asia. MAHB is owned by Khazanah and it is believed Khazanah has a stake in Air Asia. Both are therefore GLCs. The Government can tell them to negotiate fair charges. Or is it the Government that wants this airport at Labu for reasons other than need?

Or is it that Sime Darby now wants to go into airport business? -Tun Mahathir-

Kerajaan membuat keputusan tanpa memikirkan apakah kesan yang akan timbul, sebaliknya tanpa langsung memikirkan soal bebanan kepada rakyat. Ini diperitkan lagi kesan gelombang tsunami kemelesetan ekonomi yang melanda dunia hari ini…

WTF Moment: Tajuk akhbar perdana hari ini-18 Jan 09

January 18th, 2009 | 2 Comments | Posted in Daily craps, Jentik Politik, WTF Moment

Semalam satu kejadian yang  mencatatkan sejarah terjadi…

Seperti biasa sehari sebelumya propaganda dimainkan, bagi mengukuhkan keyakinan yang kian goyah mungkin? aku tidak berapa pasti?

Berita Hairan menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata: “Barisan Upbeat, PAS Edgy” (Barisan Yakin, PAS Sudah terkencing).

Utusan Melayau memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi”

TV3 Melalui Bullshit Utama pula mempertaruhkan “isu hudud”. Berita mengenai keretakan Pakatan Rakyat, highlight utama adalah “Karpal Sigh ugut keluar Pakatan, jika hudud menjadi dasar”.

RTM pula aku tidak mahu komen…..

Nahhh!!! hari ini. bangkit saja dari tidur…..di mana berita2 angkuh semalam?….kah kah kah

utusan2

bharian2

Konspirasi Dajjal : Tugasan “Perang” Obama (Bahagian 2)

January 15th, 2009 | No Comments | Posted in Semasa, Yang Menarik

Ini merupakan bahagian ke-2 siri “Perang Konspirasi Dajjal”, di sini Penulis mendedahkan teori konspirasi  tentang pemilihan Presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Hussain Obama, Presiden kulit hitam pertama menduduki Rumah Putih. Para Pengamal Teori Konspirasi mendedahkan tentang wujudnya hubungan kuat antara  Barrack Obama dengan kelompok pelobi zionis Israel atau pengamal Iluminati.

Bahagian 1: boleh ikuti disini

*Sila ikuti bahagian 1 dahulu, utk lebih mengetahui intro & jalan cerita.

Mereka percaya, melalui ucapan & tindakannya menyentuh Israel, bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang pada masa hadapan…….

Fasa penyerahan tugasan Perang

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.

Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.

Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif. More »

Kekejaman Israel, Permulaan “Perang Siber”.

January 12th, 2009 | 6 Comments | Posted in Aku & Pengalaman, Internet, Semasa, Yang Menarik

Hackers Islam mula bertindak…

Israel meneruskan kekejaman mereka, menerusi misi menyembelih masyarakat Islam Palestin buat minggu kedua berturut-turut, kelesuan barisan Pemimpin Negara Arab disekelilingnya dalam menyelesaikan konflik berdarah ini perlu dipandang serius,mereka nampaknya gentar sekali dengan Amerika yang menjadi dalang disebalik kezaliman Rejim Zionis terbabit. Tindakan oleh ”pihak lain” mesti diambil untuk menghentikan kekejaman ini……

Apa yang menarik sepanjang misi kekejaman ini dilancarkan, Hackers dari Negara Islam, seperti Lebanon, Morocco, Iran, Algeria,dan Turkey memulakan kempen “peperangan online” mereka. 48 jam selepas pengeboman pertama lebih 300 laman berpusat di Israel berjaya diceroboh. Sehingga kini beribu-ribu website milik Israel berjaya ditembak & di defaced.Pihak keselamatan Siber di Amerika juga mengeluarkan arahan berjaga-jaga bagi laman-laman mereka. Target mereka bukan sahaja website syarikat perniagaan milik zionis, tetapi membabitkan juga laman web kerajaan, perbankan dan agensi pertahanan Israel. Mengikut salah seorang Hacker, menggunakan nama T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar Al Arabia sasaran utama mereka adalah Laman Berita, perbankan, pertahanan dan laman milik Kerajaan Israel.

Teknik yang digunakan.

Mengikut pengalaman aku teknik2 yang digunakan oleh mereka dinamakan “Cross site scripting” dimana mereka juga  memanipulasi teknik SQL injections untuk “crack” query yang sedang berjalan terhadap server hosting website terbabit. kod ”Skrip Malicious” didalam bentuk javascript di “inject” pada browser seterusnya menuju kedalam query database sesuatu laman.

Teknik ini secara serius tidak dapat mengapa-apakan sistem rangkaian(Networking) & Databases yang lebih advance seperti “Sistem Pertahanan Israel”. Untuk lakukan ini mereka memerlukan masa untuk crack firewalls & menyelesaikan “puzzle security algorithm”, aku rasa dengan kerjasama, khususnya pertolongan para genius hackers dari Indonesia (Indonesia sememangnya terkenal dengan para pengodam yang handal),misi ini dapat dilakukan tanpa masalah.

Jika ”pencerobohan sistem” ini berjaya dilakukan, seluruh sistem pertahanan canggih Israel akan lumpuh Barisan Roket Pemusnah, Jet Pejuang & Jet Pengebom mereka adalah di kontrol oleh sistem pertahanan yang canggih ini. Dapat anda bayangkan jika kita berjaya mengkontrol bahan pemusnah mereka seperti senjata nuklear dan meletupkan terus ditempat simpanan mereka?? INILAH DIKATAKAN PEPERANGAN SIBER YANG SEBENAR!!! ini bukan fantasi….

Peperangan siber ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai cara, diambil contoh seperti yang berlaku dalam babak Filem “Die Hard 4.0″ yang mana digambarkan Pihak Pengganas pakar menguasai “Teknologi Siber” mengugut Presiden Amerika untuk meletupkan Bom Nuklear sesudah mereka menguasai dan mengawal keseluruhan Sistem Pertahanan Negara itu. Digambarkan juga pihak Pengganas Siber ini yang melakukan operasi mereka secara “Bawah tanah”, berjaya menguasai sumber utama Tenaga & Telekomunikasi Amerika seterusnya melakukan “Shut Down” kepada sistem tersebut menyebabkan seluruh negara lumpuh & berjuta rakyat Amerika mengalami kegelapan tanpa bekalan elektrik. Bayangkan jika itu berjaya dilakukan oleh Barisan “Tentera Jihad Cyber” terhadap Israel Laknatullah.

 Kesimpulan.

Apapon melakukan defaced terhadap laman utama website Agensi Pertahanan & Perbankan Israel, sudah dikira agak hebat juga. Defaced yang dilakukan antara lain memaparkan gambar2 serta kekejaman Rejim tentera zionis, serta perkataan2 yang mencabar mereka. Ini aku rasa cukup berjaya untuk menyampaikan mesej persaudaraan Islam melangkaui sempadan. Mereka cukup berkerja keras, mengikutlaporan hampir 10,000 website Israel berjaya di hack, ini sesuatu yang membanggakan dimana seorang hackers berkerja keras untuk paling kurang pon berjaya melakukan attack kepada lebih 100 websites.

Aku mencadangkan mereka untuk turut melakukan deface terhadap lama CNN yang jelas media propaganda Zionis. Dapat anda bayangkan laman sehebat CNN yang dilayari berjuta orang pada satu2 masa terpapar gambar kekejaman tentera zionis menyembelih kanak2, wanita, orang tua serta orang awam yang tidak berdosa??

Psst: masih ternanti-nanti tindakan Team Hackers dari Malaysia & Indonesia? Cuc!Ot@k & SpyCRackers mana kau menghilang?