Aktiviti Masakan “Tradisi” di Bulan Muharam

Dapatkah adik2 meneka? apa aktiviti yang gua sedang laukan ini? ? Actually gua baru pulang ke  Kelantan untuk ber “holiday” sempena Chinese New Year, kepada semua kawan2 Chinese,  Konsifacai!!!!. Aktiviti ini gua tidak pernah miss tiap2 tahun…

asura2

Aktiviti sehat ini dinamakan Majlis Memasak Sura ianya satu aktiviti tradisional yang hampir dilupakan golongan muda pada masa kini. Aktiviti ini wajib bagi orang kg gua pada setiap tahun setibanya bulan Muharam. Skill yang digunakan seakan-akan memasak dodol jugak. Ala yang macam orang bikin time musim2 perayaan tuh(tapi ingat rasanya bukan macam dodol).

Seseorang yang ditugaskan mengacau Sura mestilah seorang lelaki yg kool, sihat tubuh badan dan sebagai bonus dia memerlukan kuasa “Dewa Keramat peringkat ke-7″ dan “ketahanan mental yang tiada tanding taranya” untuk mengharungi tugas selama 7jam mengacau tanpa henti.. Huh ada berani?

Gua penuh konfiden & berdisiplin menyahut cabaran ini…5 kawah berjaya disiapkan dan dibahagikan ke masjid dan masyarakat kampung sekitar.

Rasanya berlainan sekali dengan dodol, ramuanya kalo xsilap hasil gabungan Ingredient seperti Kelapa Santan, Gula, Beras, Rempah Ratus, Bawang-bawang, Daging Lembu dan beberapa lagi ramuan rahsia yang gua tidak sempat untuk catat..

Kawah memasak sura diletakkan di atas “dapur handmade” yang dipanggil Tunggang….Sehari sebelum kejadian kami bertungkus-lumus menyiapkan dapur tunggang.
Kenalkah dengan tunggang duhai generasi muda? Tempat memasak asura atau gulai kawah. Orang dulu-dulu tidak pakai tungku tetapi digali lubang dan dimasukkan api dalam lubang. Kawah di letakkan atas lubang (tunggang) berkenaan. Kiri kanan dan dihadapan ada lubang yang dipanggil lubang nyawa api.

Tetapi sekarang ini masak menggunakan tunggang sudah tidak ada lagi. Generasi hari ini sudah tidak kenal dengan tunggang yang unik itu. Memang unik cara dan aktiviti ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Random Posts

    2 Responses

    1. ZainiNo Gravatar Says:

      ““ketahanan mental yang tiada tanding taranya” untuk mengharungi tugas selama 7jam mengacau tanpa henti.. “

      haha.

    2. KNizamNo Gravatar Says:

      wahhhh bestnyer masak dalam kawah besaq

    Leave a Comment

    Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.