Perang konspirasi Dajjal, merupakan siri penulisan Saudara IbnuYaccob melalui blognya Dajjal : The King of the World Conspiracy
Artikel Penulisan ini mempunyai beberapa bahagian, disini saya kongsikan bahagian pertama analisis “Perang konspirasi Dajjal“ yang ditulis beliau pada 13 Oktober 2008 semasa kejatuhan konglomerat perbankan Terkenal Amerika “Lehman Brothers”, Beliau mengaitkan Kejatuhan ini dengan Konspirasi Perang ciptaan Illuminati/Zionis.
Apa yang dianalisis beliau pada Oktober lepas benar-benar terjadi hari ini, dimana Tentera Rejim Zionis memulakan Peperangan baru di Bumi Palestin. Kejatuhan Lehman Brothers selaras Bailout dana sebanyak USD700 Bilion, para Pengkaji Konspirasi percaya separuh nilai tersebut adalah untuk dana peperangan Israel. Krisis/ kejatuhan ekonomi yang bermula oktober lepas adalah Konspirasi awal kepada peperangan yang lebih meluas pada masa hadapan……
oleh: Ibnuyaacob

Fasa Pengumpulan dana peperangan.
Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golonganIlluminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.
Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?
Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.
Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia Read the rest of this entry »