Browse > Home / Semasa, Yang Menarik / Konspirasi Dajjal: Kejatuhan Lehman Brothers (Bahagian 1)

| Subcribe via RSS

Konspirasi Dajjal: Kejatuhan Lehman Brothers (Bahagian 1)

January 10th, 2009 Posted in Semasa, Yang Menarik

Perang konspirasi Dajjal, merupakan siri penulisan Saudara IbnuYaccob melalui blognya Dajjal : The King of the World Conspiracy

Artikel Penulisan ini mempunyai beberapa bahagian, disini saya kongsikan bahagian pertama analisis “Perang konspirasi Dajjal“ yang ditulis beliau pada 13 Oktober 2008 semasa kejatuhan konglomerat perbankan Terkenal Amerika “Lehman Brothers”, Beliau mengaitkan Kejatuhan ini dengan Konspirasi Perang ciptaan Illuminati/Zionis.

Apa yang dianalisis beliau pada Oktober lepas benar-benar terjadi hari ini, dimana Tentera Rejim Zionis memulakan Peperangan baru di Bumi Palestin. Kejatuhan Lehman Brothers selaras Bailout dana sebanyak USD700 Bilion, para Pengkaji Konspirasi percaya separuh nilai tersebut adalah untuk dana peperangan Israel. Krisis/ kejatuhan ekonomi yang bermula oktober lepas adalah Konspirasi awal kepada peperangan yang lebih meluas pada masa hadapan……

oleh: Ibnuyaacob

lehman_collapse

Fasa Pengumpulan dana peperangan.

Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golonganIlluminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.

Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.

Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepadaFederal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation  dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.

Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi

Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion.

Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.

Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia.

Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.

Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.

  

(Kiri) Jeff Rensebekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfefferwartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.

Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel.

Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.

Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi

Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakahKETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist.

Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.

(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.

Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”

 


Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Random Posts

4 Responses to “Konspirasi Dajjal: Kejatuhan Lehman Brothers (Bahagian 1)”

  1. Pengkaji Konspirasi: Barrack Obama membawa “tugasan” perang | AnwarIbrahimClub.com Says:

    [...] Bahagian 1: boleh ikuti disini [...]


  2. mujahidincyber Says:

    Salam, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

    Satu kajian terperinci yang bagus dan teliti, sememangnya konspirasi ini telah dirancang sejak dari kejatuhan zaman pemerintahan Khalifah lagi, penelitian pihak Dajjal untuk mencari dan memusnahkan hukum2 Allah akan tidak berhasil, Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam segala urusanNya.

    Pemikiran yg liberal dan fatalisme membuatkan sesiapa saja akan mempercayai tindak tanduk dajjal sekarang, dan bagi mereka2 yg dianugerahkan pemikiran yg glokal semestinya tahu hasrat dan tersirat tentang perancangan teliti dari pihak Dajjal.

    Jika dilihat dari sudut yang berbeza, seperti di wtc New york tahun 2001, perancangan tersebut telah di buat sejak dari perang salib di baitulmaqdis lagi. ayuh tunaskan rasa mujahidin dlm diri untuk memerangi dan mengetahui segala konspirasi dri pihak2 Dajjal buka minda tanya hati buat sesuatu..insya-Allah…Allahu Akhbar!!1


  3. RazakNo Gravatar Says:

    Cuba kita tak gunakan duit ‘legal tender’. USD 700 Billion adalah duit atau pun itu hanya bayangan angka yang dicanangkan. Sebenarnya takde. Kita tak boleh lari daripada ekonomi yahudi yangmana duit atau legal tender menjadi wajib. Oleh kerana duit kita jadi hubbud dunya -cintakan dunia – takut mati. Umat Islam dah lama tidur – lalai. Secara logik nya setiap jalan keluar telah ditutup. Kalau kita cintakan dunia. Kita kena berjihad dalam segala aspek. Umat Islam wajib berkorban dari segala aspek. Perkara yang remeh temeh ciptaan dan tajaan musuh Islam kita jauhkan dan kita buang daripada library minda kita. Hanya yang Islamik sahaja kita simpan dalam minda kita. Cukuplah…jangan cemari minda anugerah Allah dengan input yang akan menghancurkan Islam…..Allahu Akbar….


  4. Konspirasi Dajjal : Tugasan “Perang” Obama (Bahagian 2) | Apa Saje Blog !!! Says:

    [...] Bahagian 1: boleh ikuti disini [...]


Leave a Reply