KLIA East @ Labu, lagi projek meratah harta rakyat.
Sime Darby yang baru-baru ini dikritik hebat berkenaan idea pengambilalihan Institut Jantung Negara(IJN) mencetuskan kontroversi terbaru apabila Penggabungannya bersama Syarikat Air Asia untuk memulakan Projek Lapangan Terbang LCCT KLIA East @ Labu yang bernilai RM1.7 Bilion. Idea Projek ini mendapat tentangan hebat dari Kumpulan Rakyat prihatin, Pemimpin Pembangkang dan Barisan Bloggers (termasuklah Blogger sensasi negara, che det).
Projek terbaru dari Sime Darby yang nampaknya mahu menceburi “peniagaan baru” bidang Penerbangan mencetuskan banyak persoalan, Ini bertambah pelik apabila Konglomerat GLC terbesar Negara, Khazanah Nasional Bhd menentang keras idea projek ini dijalankan dan meminta kerajaan untuk berpegang kepada Pelan Induk Lapangan Terbang Negara. Mengikut rekod, KLIA Sepang dibina untuk mengendalikan lebih 125juta penumpang(kapasiti kini hanya 25juta), ditambah lagi kos rennovation terbaru LCCT pada pertengahan 2008 memakan belanja RM123.9juta.
Tentangan ini bertambah parah apabila Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) juga mempesoalkan kemampuan Air Asia untuk menanggung kos yang tinggi bagi pembinaan tersebut, dimana Air Asia masih lagi menanggung hutang RM140juta dengan MAHB yang merupakan cukai lapangan terbang, gagal dijelaskan Air Asia dari tahun 2002 hingga 2008.
Keputusan KWSP membeli saham Air Asia dikala pelabur luar melepaskan pegangan mereka dalam share AirAsia yang ketika ini mengalami kerugian mencetuskan persoalan? Rakyat perlukan penjelasan akan rasional pembelian ini. Mengapa KWSP menjadi pemegang saham terbesar AirAsia dikala kejatuhan nilainya? Tidak syak lagi idea projek yang didalangi Sime Darby ini bagi membaham “dana besar” KWSP yang secara keseluruhannya adalah milik rakyat.
Pelbagai pihak memberikan respon…..
“Projek ini diluluskan kerana ada pihak yang ingin mengaut keuntungan dan kekayaan kerana ada individu yang akan bersara, menjelang Mac ini” -Husan Musa-
“Pemegang saham dari luar negara kesemuanya menjual saham mereka dalam AirAsia kerana syarikat itu rugi besar, Yang peliknya kenapa Kerajaan mengarahkan KWSP beli saham AirAsia? Apakah kerajaan mahu memperkudakan KWSP untuk menyelamatkan syarikat Kroni AirAsia?” -YB Wee Choo Keong MP Wangsa Maju-
The problem prompting the idea of a new airport is the allegedly high charges by MAHB for the use of LCCT by Air Asia. MAHB is owned by Khazanah and it is believed Khazanah has a stake in Air Asia. Both are therefore GLCs. The Government can tell them to negotiate fair charges. Or is it the Government that wants this airport at Labu for reasons other than need?
Or is it that Sime Darby now wants to go into airport business? -Tun Mahathir-
Kerajaan membuat keputusan tanpa memikirkan apakah kesan yang akan timbul, sebaliknya tanpa langsung memikirkan soal bebanan kepada rakyat. Ini diperitkan lagi kesan gelombang tsunami kemelesetan ekonomi yang melanda dunia hari ini…






