“Kita ingin beritahu bahawa rakyat Palestin tidak keseorangan dalam
menuntut keamanan sebaliknya kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa bersama-sama mahu tentera Israel menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa.”
-Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO, 2 Januari 2009 (Demonstrasi Pemuda UMNO mengutuk kekejaman Israel)
“Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketiga yang betul pro-Arab dan anti-Israel. Dengan senyap-senyap kerana dasar anti-Israel yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Perez di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak diketahui oleh anakandanya Mukhriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro-Arab dan anti-Israel.”
-Hishamuddin Rais, Mei 2008
“Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.
Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.”
-Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
*Updated:
1) AIC dengan kerjasama beberapa NGO mengadakan satu siri Forum bertajuk “Not Just Another War: Myth and Reality in Occupied Palestine”…More Info click here
Bertempat di: BAR COUNCIL AUDITORIUM, JALAN LEBUH PASAR, K. LUMPUR
Barisan Speaker:
1) Dr Rosli Omar
3) Dr Farish A Noor
4) Professor Gurdial Singh Nijar
5) Beberapa wakil dari NGO
2) Perhimpunan besar-besaran Rakyat Malaysia menunjukkan rasa simpati dan sokongan padu membela nasib Bangsa Palestin.
Tempat: Stadium Shah Alam.
Tarikh: 10 Januari 2009
Masa: 10 Pagi.
Anjuran: Aman Palestin
Bawa sepanduk atau kain rentang yang mengutuk Kekejaman Israel dan sekutunya Amerika Syarikat…SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA!!!!
Kutipan derma juga akan dikumpulkan dan dihantar oleh AMAN PALESTIN kepada penduduk Gaza.




January 8th, 2009 at 3:19 pm
hidup islam!!!!!