1) Street Fighter: The Legend of Chun-Li – Februari 2009
Jalan ceritanya berdasarkan storyboard video game terkenal “Street Fighter” dari Capcom. Filem ini difokuskan kepada seorang Fighter perempuan yang hot bernama Chung Lai dan “journey”nya mencarik keadilan, tidak banyak maklumat dapat dicari. Seperti biasa filem genre sebergini semestinya dipenuhi unsur2 pergaduhan, seni bela diri dan efek CGI aura seperti naga api, harimau belang, beruang, anjing chuahua dan arnab. btw watak chun li tu yang mana satu ehh? Tahun ini masuk 7tahun aku tinggalkan permainan Street Fighter aku sudah lupa…apasaje lahh
Fakta Menarik: dulu2 masa sekolah kegilaan StreetFighter di CyberCafe menyebabkan kejadian aku menipu emak beberapa kali, dan ponteng sekolah…apa gilaa?
maklumat lanjut masuk sini, saksikan trailernya:
2) The Fast and the Furious 4 – April 2009
Kehadiran Vin Diesel menghangatkan kembali Fast n Furious kali ini, ceritanya ringkas sahaja slepas bebasnya Brian O Connor beliau bergandingan dengan Dominic Torrento (Vin Diesel) untuk menjatuhkan rangkaian mafia pengedar dadah. Plot demi plot diwujudkan berserta aksi lumba haram, Deruman enjin & koleksi kereta modifikasi yang mcm haremjaddah sudah semestinya bukan?
Kita lihat trailernya sekejap:
3) X-Men Origins: Wolverine – May 2009
Wolverine kembali dalam dilema lamanya, kehidupan awalnya sebagai “pengusti cage” di sebuah pekan kecil, hidup dalam suasana mutant benar-benar memberikan cabaran kepada zaman remajanya. Cabaran sebenar bermula apabila aweknya dibunuh dan dia bertekad untuk membalas dendam. Tidak banyak dapat ditulis disini, jadi layan trailer dulu:
3) Transformers: Revenge of the Fallen – June 2009
Sekuel yang dinanti sudah tiba…Apakah Michael Bay akan bikin gempak lagi kali ini? sebelum itu mana pilihan kau Autobots atau Decepticons?…. Kebangkitan semula Megatron dari lautan memulakan epik baru Transformers, pembalasan dendam adalah motif utama.
Kehadiran watak Decepticons baru seperti Galvatron (Nama lain Megatron yang dihidupkan kembali), Soundwave, Laserbeak dan Devastator adalah apa yang aku tunggu…. Owh sebelum terlupa dimana Starscream? ingat tak korang semasa ending Transformers dimana Starscream yang juga merupakan Jet F22 Raptors meluncur terbang ke angkasa dan kemana ia menghilang. Mungkin ia kembali ke Cybertron dan memuja lord Decepticons? ianya masih menjadi misteri?
![]()
Papepon Transformers kali ini benar-benar World dimana sesi casting dan post-produksi mengambil lokasi seluruh dunia seperti China, Egypt, new Mexico dan lain-lain lagi.
Maklumat lanjut & koleksi video update dari team post-produksi Transformers 2: sila klik sini
Setakat ini tiada Trailer dikeluarkan, jadi gembirakan hati untuk tonton video cast-update(CGI) dari post produksi Transformers 2, cukup kool:
5) Terminator: Salvation
Pada 2018 peperangan Nuklear bermula selepas hancurnya Skynet, John Connor watak yang ditakdirkan menjadi pemimpin melawan angkatan terminator, sebelum ianya menamatkan seluruh kehidupan di muka bumi ini. Melihat trailernya akan membuatkan kau teruja ayuh:
Info: Terminator Salvation,
Jangan lupa juga Ice Age: Dawn of the Dinosaurs & Harry Potter and the Half-Blood Prince akan tiba di panggung berdekatan anda.




January 4th, 2009 at 6:25 am
best la tahun ni…
banyak filem yang aku suka…
dah la tgh frust dengan dragonball..huhu
January 4th, 2009 at 10:54 pm
mmg best2 gile movie thn ni..
January 5th, 2009 at 6:30 am
jom gi tengok ramai2 transfomer ngan terminator
January 5th, 2009 at 11:42 am
wei ni mesti best ni..Street Fighteer…yer laa dulu-dulu main game jer kan…skang movie dia plak kuaa.
January 6th, 2009 at 2:28 pm
street fighter best!
January 6th, 2009 at 2:57 pm
Filem aksi yang best2 (plus heroin2 cun)…
Saya mesti pilih!
Harap tyngan serentak seluruh negara. Kalau x, spoil lak ngn torrent / piracy.
January 8th, 2009 at 12:25 am
x-men dan transformer pilihan aku..