Mungkin Setiap orang mengimpikan tempat aman, selamat dan bersih untuk meneruskan survival hidup di dunia ini. Didalam lingkungan Negara kita mungkin persoalan diatas mempunyai jawapannya. Tetapi tahukah anda dunia ini sudah jauh binasa dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi….
1) Chernobyl, Ukraine

Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya” seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.
2)Dzerzinsk, Russia

Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran “Senjata Kimia” Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk
3) Linfen, China

Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.
4) Mailuu-Suu, Kyrgyzstan

Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbeasr di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.
5) Norlisk, Russia

Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.


February 26th, 2009 at 11:54 pm
alamak.. cuak beb tengok kat ukraine tu..
memang tak berani dekat..
yang kat china tu bukan dorang dah bersihkan udara sebab olimpik?
February 27th, 2009 at 2:04 am
kotor sungguh russia itu sampai 2 tempat masuk top 5.
February 27th, 2009 at 4:06 am
susah la camni
dah la tak halalan. tak tayyiban juga
hehe
February 27th, 2009 at 5:49 am
satu tempat lagi korang lupa, lorong ayam belakang chow kit… hehehehe
February 28th, 2009 at 2:57 am
untung malaysia takde dalam senarai… bersyukur apa yang ada
February 28th, 2009 at 7:01 pm
ngeri ar kat chernobyl tu walaupun dah lama berlaku..
February 28th, 2009 at 8:19 pm
Nanti aku kaya nak pegi la lepak2 kat tempat2 ni…best apa pakej melancong sini