Apa hamjaddahnya Earth Hour?
Ada sorang kawan gua bertanya apa hamjaddahnya Earth Hour??
jawapan aku: Relax Sudaaa!!
Ada sorang kawan gua bertanya apa hamjaddahnya Earth Hour??
jawapan aku: Relax Sudaaa!!
Perlumbaan untuk melawan monopoli Restoran KFC sebenarnya bermula pada “abad 90an” lagi, tetapi entah mengapa satu demi satu Syarikat ini berkubur, mungkin ianya hanya meniru bulat-bulat konsep dan hidangan KFC tanpa menimbang mutu dan selera masyarakat? ataupun mungkin selera masyarakat di BolehLand yang lebih memandang tinggi & gemar dengan jenama dari Barat? Owh sebelum terlupa Syarikat2 ini kebanyakan adalah bukan juga milik Orang tempatan. Restoran ini aku namakan “KFC wannabe”.
Paling last, Dulu2 di Bandar Manjung, Perak seingat aku ada satu cawangan Restoran KLG dibukak di belakang Kamdar, Kiosk KLG kelihatan sangat kool pada waktu itu, kerna KFC hanya boleh diakses di Sitiawan. Tanpa berlengah-lengah aku dah kawan2 pecahkan tabung ayam, turun untuk merasai kehebatannya, tetapi hampas dengan harga yang mahal dan rasa yang macam haremm, aku dan kawan2 membuat sumpahan yang “Restoran ini akan berkubur tanpa nesan”. Sebulan lepas itu tutup kedai.

Kini satu lagi Restoran “KFC wannabe” memasuki pasaran dinamakan “Radix Fried Chicken”.. Yaaa ianya Radix!
Apa yang dibanggakan RFC adalah milik penuh Orang Kita. Konsepnya adalah berlainan dengan barisan Restoran “KFC wannabe” yang aku senaraikan di atas, dengan harga set hidangan yang sedikit murah berbanding KFC (aku saspek tanpa caj cukai kerajaan yang terlampau itu).
Tags: Ayam RFC, HPA, KFC wannabe, Radix Fried ChickenSemalam selepas meeting ntuk Projek Internet Marketing terbaru (codename: Mass Control 2.0) bertempat di Times Square, aku terus merempit(actually naik LRT) ke Masjid Negara untuk sesi shoot moment paling hot tahun ini,
“Demonstrasi Rakyat Membantah PPSMI.”
Hampir 20 ribu masyarakat pelbagai kaum, Pejuang Bahasa, Aktivis, Mahasiswa dan rakyat marhean turun ke jalanan membantah perlaksanaan dasar yang bakal menguburkan Bahasa Melayu warisan Ibunda. Apa yang membanggakan adalah hampir 70% dari peserta perhimpunan adalah Anak Muda. Ini cukup membuktikan kesuburan satu Perjuangan!
Bak kata Blogger Isham Rais
“hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana
dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.” ”Satu perjuangan tanpa kelibat Anak Muda ibarat Perjuangan yang tidak Kool & akan berkubur tanpa nesan!”
Psst: Ditembak “Tear Gas” di depan mesjid negara & Hood Sony DSLR aku pecah, cukup hebat penangan FRU BolehLand.
Antara Shot menarik, yang sempat di tembak:
lebih kurang 8 orang Polis dikepung para demostran.
Pak Said Janggut, dengarnya turut terkena “Tear Gas FRU” di Jalan menuju Istana
the crowd.
Pop Kuiz: Jika kau hebat. Cuba cari perbezaan 2 gambar di bawah ini?
Bagaimana pendapat kau…??
yang ganas dan yang ganas
dimana mana pun sama
mengabdi kepada kuasa
yang ganas dan yang ganas
membawa kezaliman dimana mana
gerombolan zionis
zionis gerombolan
tidak ada beza bentuknya
(TT)