Browse > Home / Yang Menarik / Radix Fried Chicken, KFC wannabe?

| Subcribe via RSS

Radix Fried Chicken, KFC wannabe?

March 19th, 2009 Posted in Yang Menarik

Perlumbaan untuk melawan monopoli Restoran KFC sebenarnya bermula pada “abad 90an” lagi, tetapi entah mengapa satu demi satu Syarikat ini berkubur, mungkin ianya hanya meniru bulat-bulat konsep dan hidangan KFC tanpa menimbang mutu dan selera masyarakat? ataupun mungkin selera masyarakat di BolehLand yang lebih memandang tinggi & gemar dengan jenama dari Barat? Owh sebelum terlupa Syarikat2 ini kebanyakan adalah bukan juga milik Orang tempatan. Restoran ini aku namakan “KFC wannabe”.

Paling last, Dulu2 di Bandar Manjung, Perak seingat aku ada satu cawangan Restoran KLG dibukak di belakang Kamdar, Kiosk KLG kelihatan sangat kool pada waktu itu, kerna KFC hanya boleh diakses di Sitiawan. Tanpa berlengah-lengah aku dah kawan2 pecahkan tabung ayam, turun untuk merasai kehebatannya, tetapi hampas dengan harga yang mahal dan rasa yang macam haremm, aku dan kawan2 membuat sumpahan yang “Restoran ini akan berkubur tanpa nesan”. Sebulan lepas itu tutup kedai.

Kini satu lagi  Restoran “KFC wannabe” memasuki pasaran dinamakan “Radix Fried Chicken”.. Yaaa ianya Radix! 

Apa yang dibanggakan RFC adalah milik penuh Orang Kita. Konsepnya adalah berlainan dengan barisan Restoran “KFC wannabe” yang aku senaraikan di atas, dengan  harga set hidangan yang sedikit murah berbanding KFC (aku saspek tanpa caj cukai kerajaan yang terlampau itu).

Keenakan Rasanya aku tidak dapat komen, kerna masih menunggu premisnya  di Shah Alam. Harapnya dapat dibuka bertentangan dengan McDonald Seksyen 3, mari kita lihat sapa yang kenaaa!!!

Dengan  Identiti tersendiri seperti penggunaan Ayam Spesis Organik

(Actually aku pon baru dpt tau kewujudan spesis ayam ni?) dengarnya ayam Organik diternak tanpa suntikan bahan kimia untuk tumbesaran, Air gas berkabonat (kola,sarsi,soda,oren,strawberi) & Aiskrim tanpa gelatin  adalah keluaran Syarikat Radix. Sememangnya RFC mempunyai identiti tersendiri

Yang penting tanpa ragu-ragu lagi wang anda tidak akan mengalir kepada Tabung Zionis Antarabangsa, di sini aku tidak nampak reason kenapa masyarakat perlu menolak RFC.

Kamon lahhhhh macam mana Ekonomi orang Islam nak naik jika kau sebagai orang Islam sendiri tidak support produk Islam….? 

Tahun ini 20 cawangan baru akan dibuka, tunggu kemunculannya ditempat anda..

Maklumat lanjut: http://www.hpa.com.my/rfc/

Cawangan-Cawangan lain yang dijangka dibuka.
1. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
2. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
3. Cawangan Ipoh (awal april)
4. Cawangan Kulim (awal april)
5. Cawangan PJ (awal mei)
6. Cawangan Bangi (awal april)
7. Cawangan Kluang (awal mei)
8. Cawangan Kuantan (awal mei)
9. Cawangan Kelantan (awal april)
10. Cawangan Kangar (hujung march)

*psst: Mana Shah Alam????



Jomm kita tengok antara set hidangan yang disediakan. Adakah ianya Kool?

radixfc4

Set Minuman

radixfc5

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Random Posts

8 Responses to “Radix Fried Chicken, KFC wannabe?”

  1. aloqmalaiNo Gravatar Says:

    bro,..gambaq atas tu katna r??…kat alor star ka???..macam familiar bangunan tu…huhu…kalau nak beat KFC tu susah ckit r..bole survive n tahan lama pun dah cukup biz ni…long live RFC…


  2. MaJaNo Gravatar Says:

    pergh, baru2 bukak dah 20 cawangan. besar pulak tue bangunan 3 tingkat. ini kalau lingkup mmg byk r rugi dia.

    ayam organik tu apa pon aku x tau sebenarnya. boleh jadi ayam vegetarian yg hanya makan hasil tanaman hidroponik je.


  3. wandisini Says:

    setahu aku baru ada cawangan kat alor star je kan. tempat lain belum ada lagi
    kalau betul nak bukak kat shah alam memang aku tunggu kan, tapi bro.
    betul ke KFC tu penyumbang terus kepada israel? setahu aku KFC malaysia dimiliki oleh QSR brad S/b


  4. loqNo Gravatar Says:

    bagus2..
    lepas ni tok sah makan kat KFC..
    sini ada…

    jadi,tengah menunggu kedatangan nya ke Melaka…
    wehhaaa
    happy nye


  5. markonah seksi okeh Says:

    banggaaaa..bangga..bagga sgt2…semoga dimurahkan rezeki yg berpanjangan aminnnnnnn


  6. Uncle GNo Gravatar Says:

    pakcik dah makan kat sungai petani nye.. memang ramai woo orang datang ke RFC nie.. memang sempoi… dengar citer ramai pekerja KFC lari kerja ngan RFC nie


  7. TrucksterNo Gravatar Says:

    Wahhhh biar betik??? bankrap KFC camnih


  8. LuQs Says:

    pakcik hpa kate, bulan 5 ni rfc bukak kat seksyn 7. tunggu la


Leave a Reply