Apr 30
Blog IT & Komputer yg perlu kau tahu
Posted by Truckster in Internet on 04 30th, 2009| | 2 Comments »

Jika kau pening & buntu mencari penyelesaian berkenaan masalah teknikal  berkaitan Komputer & dunia IT maka bolelah kau melawat blog2 yang disenaraikan dibawah ini, banyak tutorial2 yang berguna untuk anda. 

Kredit to: JomPHP

Selain JomPHP, banyak lagi blog-blog komputer dan IT yang mempunyai informasi yang tak kurang hebatnya.Oleh itu tak rugi pembaca semua melawat blog mereka kerana ini dapat menambahkan ilmu pembaca.Berikut saya senaraikan untuk pengetahuan semua.

 

Nota : Klik pada thumbnail untuk melawat blog

JomPHP.com – Pusat Informasi IT anda!

jomphp

 

SembangKomputer.com

sk

 

Amanz.my – Informasi Teknologi terkini

amanz

  Read the rest of this entry »

Apr 23

Sejak seminggu dua ni aku sangat sibuk meng”arrange” satu acara, jika kau tanya kemana aku menghilang maka ini lah jawapannya……..

*updated Live Broadcast dari Rumah Kelab AIC, seksyen16 PJ:

 Watch live video from anwaribrahimclub’s channel on Justin.tv

152

Amanat oleh Datuk A Samad Said akan disiarkan SECARA LANGSUNG di www.justin.tv/anwaribrahimclub

Pada 26 April 2009, bertempat di Rumah Kelab Seksyen 16 Petaling Jaya, AIC akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Amanat Buat Pejuang Muda” Persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron serta wakil-wakil dari AIC.

 

Tarikh : 26 April 2009

Masa:8 malam

Tempat: Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ)

Websites:

http://www.anwaribrahimclub.com/pentas152/

http://pentas152.blogspot.com/

Seterusnya acara kemuncak merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said Sasterawan Negara dan merupakan Pejuang yang banyak mengangkat martabat Bahasa Melayu, Pak Said akan menyampaikan amanat beliau buat anak-anak muda. Semua dijemput hadir bagi meriahkan acara!

Apr 15

Jika kau rasa manusia sahaja yang terlampau, tahukah kamu yang haiwan juga boleh menjadi terlampau? kamu layan video dibawah ini dan kamu pasti terkejut…

Dannn…….kini aku kompius dengan pelajaran yg di pelajari semasa sekolah rendah dulu, yaaa berkenaan pengkelasan haiwan karnivor, omnivor dan herbivor

Apr 2

Khamis lepas….Gua besama Syafik pergi menonton perhimpunan Gerombolan United Malays National Organization, ramai para gedebe dapat dilihat kesana-dan kemari, menyebar retorik mungkin??

Kami Mendapat dua tag untuk dipakai bertulisan nombor calon 08 (calon vice President) – Hishamuddin Tun Hussin

Syafik dengan tanpa membuang masa memakai tag tersebut untuk menunjukkan “sokongan padu” kepada Hisham Keris…beliau sempat berteriak sakan “Hidup Hisham!! dan mengeluarkan slogan perkauman sempit UMNO seperti Hidup Melayu!! jgn cabar melayu!! dan jangan cabar Sultan Melayu!! 

kah kah kah!! aku hanya mampu tersenyum!! sorry guys aku tidak dapat menyelamatkan dia pada malam itu..Motif utama beliau adalah mahu mencium tangan Najib Razak dan Bik Mama, tapi puas ditunggu sehingga lewat malam, Najib tidak jugak muncul2….damnn!!!

Kelihatan sekumpulan geng Mohawk  tidak ketinggalan berada di dalam PWTC..cool dude!!

Sekumpulan kanak-kanak  (or maybe remaja sekolah)….memakai TShirt memaparkan gambar Azalina Othman Said dan nombor pencalonan 21, aku hairan dan tertanya-tanya rombongan dari sekolah mana mereka ini datang

Puteri UMNO usah cerita bersebaran……

Segerombolan makcik Chubby mungkin dari Perlis?..memakai Vest bernombor 24 (calon MT – Shahidan Kassim)…

 

Psst: dengar cerita UITM menghantar 1 bas wakil mahasiswa….untuk apa yaa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...